ResepiSajiSelera

Resepi Kek Pisang Coklat Keju

resepi kek pisang - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Ramai yang menggemari resepi kek pisang. Aromanya cukup harum teksturnya yang lembut melunakkan tekak.

Kek pisang ini enak dimakan sebagai hidangan santai sambil minum teh ataupun kopi panas bersama-sama keluarga tersayang. Selain itu, kek ini juga sesuai disajikan untuk pelbagai jamuan ringkas. Boleh juga di bawah untuk bersantai bercuti di mana-mana.

Bagi yang mencari-cari Resepi Kek Pisang Coklat Keju yang paling sedap, jomlah cuba resepi yang disediakan oleh Chef  WOM.my ini.

Berikut Resepi Kek Pisang Coklat Keju

Bahan-bahan yang diperlukan:

200 gram tepung gandum

½ sudu teh baking powder

½ sudu the serbuk garam

4 biji telur

175 gram gula pasir

100 gram minyak jagung

100 gramkeju cheddar parut

75 gram serbuk coklat

300 gram pisang Montel/Ambon, dikisar atau dilenyek halus.

Cara Membuat resepi kek pisang adalah seperti berikut:

1.Ayak tepung gandum dengan baking powder. Ketepikan.

2.Dalam bekas lain tuang pisang yang sudah dikisar dan masukkan minyak jagung. Baur sehingga rata.

3.Kemudian, dengan menggunakan mixer dengan kelajuan sederhana, kacau gula pasir dan telur. Tukar kelajuan yang paling tinggi, berhenti setelah ia mengembang dan bertukar menjadi warna putih.

4. Setelah itu, masukan tepung gandum dan pisang yang sudah dikisar itu secara sedikit demi sedikit ke dalam adunan tersebut.

5. Gaul perlahan-lahan dengan spatula dan biarkan ia sebati.

6. Setelah siap, bahagikan adunan kepada dua bahagian. Adunan pertama diisi denga parutan keju. Gaul hingga sebati.

7. Adunan kedua pula masukan serbuk coklat dan gaul hingga merata.

8.Masukkan adunan coklat dan adukan keju secara berselang seli.

9. Anda boleh menggunakan kreativiti anda sendiri untuk mengayakannya. Lakukan sehingga adunan habis.

10.Sediakan alat pengukus, masukan loyang berisi adunan Kek Pisang.

11. Tutup dengan penutupnya dan kukus selama 45 minit.

12. Setelah masak, keluarkan kek. Biarkan ia sejuk selama 10 minit sebelum dikeluarkan dan dipotong untuk dihidangkan.

Nota: Tutup permukaan kukusan dengan kain putih bersih yang mampu menyerap air, kerana jika tidak terserap kelebihan air akan menitis masuk ke dalam kek. Akibatnya kek akan jadi berlubang-lubang. Selain itu, jangan buka penutup kukus selama ia dikukus, kerana ia boleh menyebabkan kek gagal mengembang.

Kredit foto kepada carblicious

<< Jom cuba resepi unik di sini iaitu resepi lasagna..

Previous post

Resepi Lasagna

Next post

Cara Kurangkan Berat Badan Lepas Kahwin

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *