ResepiSajiSelera

Resepi Daging Salai Versi Pedas

resepi daging salai - women online magazine

Bercakap tentang daging salai, terbayang keenakkan daging salai yang terdapat di Kuala Pilah.

Tidak dinafikan, daging salai Kuala Pilah cukup ‘power’ dan tiada tandingannnya. Sesuailah dengan proses pembuatannya yang memerlukan banyak kesabaran serta perlu tahan ‘bermandikan asap’!

Namun, resepi daging salai yang Chef WOM.my  bawakan ini tersendiri. Berbeza dengan resepi asal daging salai yang menggunakan garam serta kunyit sebagai bahan utama serta dibakar menggunakan kayu arang.

Semoga Resepi Daging Salai Versi Pedas ini boleh memberikan alternatif dalam masakan daging salai yang mungkin menjadi kegemaran anda.

 

Berikut Resepi Daging Salai Versi Pedas

Bahan-bahan yang diperlukan:

½ kg daging lembu di potong sederhana ketebalannya (sebaiknya daging segar/batang pinang)

6 biji bawang merah – dikisar

2 biji bawang putih – dikisar

5 cm kunyit hidup – dikisar

Serbuk ketumbar , serbuk lada hitam, serbuk jintan, garam dan gula secukupnya.

1 sudu besar air asam jawa

3 sudu besar serbuk cili

2 cawan santan pekat

 

Cara Membuatnya:

1. Kisar kunyit hidup, bawang putih dan merah.

2. Kemudian gaul dengan serbuk ketumbar, serbuk lada hitam, serbuk jintan, garam, gula dan serbuk cili hingga sebati.

3. Setelah itu, masukkan santan pekat , air asam jawa dan gaul sampai rata.

4. Masuk daging yang telah dihiris sederhana nipis, gaul merata dan perap selama dua jam.

5. Kemudian bakar atau salai daging tersebut sampai masak.  Jika tiada kayu arang, boleh juga dibakar menggunakan ketuhar pembakar.

6. Selepas itu, bolehlah hiris daging / ‘ketuk-ketuk’  tersebut untuk dibuat gulai masak lemak dicampur dengan pucuk ubi, rebung ataupun belimbing buluh.  Tak pun dicicah dengan sambal kicap dan dihidangkan bersama nasi panas serta ulam-ulaman.

Foto: sekadar gambar hiasan

<< Dapatkan resepi daging pekasam di sini.

 

Previous post

Biar Betul... Hello Kitty Bukan Kucing,Tapi Manusia!

Next post

'Best Giler' Cuti-Cuti Di Penang!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *