Memori Chow Kit Road Kembalikan Nostalgia Lalu!
Debaran terus terasa menjelang Memori Chow Kit Road yang berlangsung 29 hingga 31 Ogos ini. Memori Chow Kit Road yang pada awalnya dikenali sebagai Konsert Chow Kit Road 2.0, sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 57 ini tetap memberikan makna yang cukup besar buat seluruh rakyat Malaysia.Ia turut mengembalikan nostalgia Konsert Gergasi Chow Kit Road 1986!
Tema sambutan kemerdekaan pada tahun ini ialah “Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta” yang dipilih daripda salah sebuah lagu penyanyi tersohor tanah air, Allahyarham Sudirman Hj Arsad.
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, perkataan “konsert” akan memberikan konotasi berbeza dan dibimbangi akan menggangu sensitiviti masyarakat dalam keadaan rakyat masih berkabung biarpun tempoh berkabung secara rasminya telahpun berakhir.
Lagipun, terdapat beberapa pihak yang meminta konsert itu dihentikan kerana negara masih bersedih dengan tragedi pesawat Malaysia Airlines(MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Timur Ukraine pada 17 Julai dan kehilangan MH370 sejak 8 Mac lalu.
Memori Chow Kit Road dipilih bagi mengenang kembali konsert terbuka Sudirman, di Chow Kit Road secara percuma, yang mana secara tidak langsung telah menyatukan rakyat bawahan. Semua ini seolah-olah mengembalikan nostalgia yang sudah 23 tahun berlalu. Sudirman adalah penyanyi no. 1 Asia, kebanggaan negara yang memberi impak kepada rakyat Malaysia.
Lagu-lagunya bukan setakat menghiburkan, bahkan mampu menaikkan semangat. Antaranya lagu-lagu patriotik seperti ‘Tanggal 31 Ogos' dan ‘Warisan'. Pada 15 April, 1986, Sudirman telah mengharumkan namanya dalam Malaysia Book of Records setelah mengadakan konsert gergasi percuma di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur dan dihadiri lebih 100,000 penonton.
Konsert tersebut merupakan sebagai tanda terima kasih Sudirman kepada para peminatnya yang kurang berkemampuan untuk menyaksikan persembahannya. Konsert itu juga menyaksikan beliau menyanyikan lagu ‘Chow Kit Road' sebagai lagu pembukaan, serta diakhir dengan lagu patriotik bertajuk ‘Abad'.
Beliau melakar sejarah dan kenangan tersendiri apabila beliau memakai bendera Malaysia sebagai tanda cintanya kepada tanahair Malaysia.
Kredit foto: fotosyndicate
<< Ketahui penyebab virus Ebola, sila klik link ini.
No Comment