10 Sebab Yang Akan Buat Anda Tertarik Makan Buah Pisang
Tahukah anda pisang mempunyai banyak khasiat yang dapat membantu menyihatkan tubuh badan. Baca lagi untuk ketahui info lanjut..
Khasiat buah pisang ini terlalu banyak, antaranya mengandungi potassium yang tinggi, untuk saiz pisang sederhana. Ia mengandungi 422 miligram mineral tersebut yang mencukupi 12 peratus daripada keperluan sehari. Selain itu, khasiat buah pisang juga mengandungi tiga gram serat yang boleh menimbulkan rasa kenyang serta memenuhi 20 peratus keperluaan vitamin C dan B6 harian.
Apa lagi ya khasiat buah pisang?
1.Mengurangi Masalah Penghadaman
Buah pisang dapat membantu mengatasi masalah-masalah yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Serat yang terdapat dalam pisang akan terbahagi menjadi dua bahagian, iaitu serat larut dan tidak larut. Serat larut akan memberikan rasa kenyang yang lebih lama, sementara serat tak larut akan membantu ‘membersihkan’ sisa-sisa makanan yang terdapat di usus besar sehingga melancarkan pembuangan air besar.
2. Menjaga Tekanan Darah Agar Tetap Normal
Kandungan potassium dalam pisang dapat menjaga tekanan darah. Semakin banyak potassium yang diambil, semakin banyak sodium dikeluarkan oleh tubuh. Ini adalah kerana mineral tersebut bersifat diuretik yang mengarah ginjal untuk mengeluarkan sodium yang berlebihan sehingga mengurangkan tekanan darah. Tekanan darah yang terkawal memberikan manfaat bagi kesihatan jantung.
3. Baik Untuk Bakteria Usus
Probiotik atau bakteria ‘baik’ dapat memperbaiki sistem penghadaman yang ditemui dalam makanan tertentu seperti yogurt. Selain itu, khasiat buah pisang adalah mengandungi nutrisi yang diperlukan oleh bakteria ‘baik’ sehingga sistem penghadaman tetap sihat.
4. Mempercepatkan Kelajuan Metabolisme
Buah pisang mampu membantu tubuh untuk menjadi lebih langsing. Pati resisten dihadamkan secara lambat sehingga membuatkan orang yang memakannya berasa lebih kenyang untuk tempoh lebih lama. Pati ini juga membuatkan organ hati lebih banyak membakar lemak.
5. Sumber Energi & Perbaiki ‘Mood’
Kandungan karbohidrat dalam buah pisang boleh dijadikan sumber energi untuk tubuh. Jika anda mengambil dua biji pisang sehari, ia dapat meningkatkan daya ketahanan tubuh dan menambah energi dalam melakukan aktiviti sehari-hari. Selain itu, pisang juga dapat membantu meningkatkan suasana hati sehingga mood anda menjadi stabil dan terus positif sepanjang hari. Jadi, sesiapa yang ‘bad mood’ tu bolehlah makan pisang ok!
6. Ubat Jerawat
Jerawat menganggu penampilan anda? Hapuskan jerawat dengan masker buah pisang. Caranya mudah sahaja, anda haya perlu melumatkan isi pisang yang sudah masak, kemudian sapukan pada kulit wajah yang berjerawat. Biarkan selama 15 hingga 30 minit, lalu bersihkannya. Lakukan tips ini secara rutin sehingga jerawat tersebut hilang.
7. Menghaluskan Kulit Wajah
Kulit wajah anda kelihatan kusam dan terasa kasar. Masker pisang dan madu ini boleh dijadikan merealisasikan impian anda untuk memiliki kulit wajah yang halus dan tampak berseri. Hancurkan pisang masa dengan alat pengisar, kemudian campur dengan dua sudu madu. Sapukan pada muka, dan biarkan selama 10 hingga 25 minit, kemudian barulah anda cuci bersih wajah anda.
8. Mengurangi Rasa Sakit Ketika Menstruasi
Sering berasa sakit setiapkali menstruasi ataupun datang ‘period’? Khasiat buah pisang ternyata dapat membantu anda meredakan kesakitan tersebut. Anda disarankan makan dua tiga biji pisang menjelang dan ketika menstruasi.
9. Mencegah Penyakit Jantung
Pisang dapat mencegah penyakit jantung kerana kandungan vitamin C dan flavonoid ada buah pisang yang bersifat antioksidan dapat mencegah proses oksidasi lemak yang boleh menyebabkan penyakit jantung.
Kalium dalam pisang juga merupakan tonik yang baik untuk jantung. Manakala serat pektinnya turut berpengaruhi dalam membantu menurunkan kolesterol.
10. Mampu Membantu Menurunkan Berat Badan
Bagi anda yang sedang berdiet, jangan ragu-ragu untuk menikmati buah pisang. Karbohidrat kompleks yang terkandung dalam pisang tidak akna menaikkan kadar glukos dengan drastik. Selain itu, pisang juga rendah lemak sehingga sesuai digunakan dalam program diet anda asalkan ia tidak diolah menjadi ‘banana milk shake,’ ‘goreng pisang’ ataupun ‘chekodok pisang’. Kandungan serat pada pisang dapat melancarkan proses metabolisme sehingga dapat menurunkan berat badan.
Kredit foto: studiodxavier
No Comment