CantikKewanitaanSihat

Payudara Tegang Dengan Senaman Tiga Jari!

Payudara Tegang - women online magazine

Kredit Foto: sheknows

Payudara Tegang. Payudara atau buah dada merupakan salah satu aset tubuh yang penting buat wanita.

Memiliki payudara yang tegang, ‘mengkal’ atau montok serta menawan mampu meningkatkan keyakinan diri seorang wanita.

Payudara yang tidak dijaga dengan baik boleh meninggalkan kesan yang tidak di ingini seperti masalah kekenduran payudara,penyusutan kelenjar susu,kurang keanjalan, ‘strech mark’ dan lain-lain.

 

Baca Juga: Punca Payudara Kendur

 

Namun,tidak dinafikan ramai wanita yang sering mengabaikan dan mungkin kurang arif tentang penjagaan payudara. Jika tidak dijaga dengan baik,payudara tentunya akan hilang keindahan dan ketegangannya. Apatah lagi, jika seseorang wanita itu telah melalui proses melahirkan dan menyusui anak.Payudara yang menawan bukan setakat dilihat daripada bentuknya sahaja, tetapi juga boleh dilihat melalui ukurannya yang sesuai dengan bentuk tubuh.

Senaman Tiga Jari!

Ramai wanita yang berhasrat untuk mendapatkan ukuran payudara yang ideal, sehingga ada yang sanggup membahayakan diri dengan menggunakan suntikan silikon dan sebagainya. Senaman menggunakan tiga jari ini adalah cara semulajadi  yang dikatakan berkesan untuk menegangkan payudara. Teknik menegangkan payudara ini menggunakan urutan tiga jari selamat dipraktik, sehingga mampu merangsang pertumbuhan payudara menjadi ke satu tahap daripada ukuran normal.

Selain senaman tiga jari ini, ada beberapa teknik yang boleh juga anda gunakan untuk menegangkan payudara secara semulajadi, iaitu menggunakan air suam dan air sejuk secara bergantian, dan siramkan ke payudara.

Pertama, siram payudara anda dengan air suam selama 30 minit, kemudian tukar dengan air sejuk pula selama 10 minit. Buatlah secara rutin selama sebulan, payudara anda akan membesar lebih satu ukuran daripada ukuran normal.

Manakala senaman tiga jari ini merupakan urutan memutar kedua belah payudara dengan gerakan memutar arah yang berbeza di antara satu sama lain.

Gerakan payudara yang dibantu dengan tiga  jari tangan ini dilakukan sebanyak antara 100 hingga 300 putaran setiap hari. Jika payudara sebelah kanan diputar searah jarum jam, maka payudara bahagian kiri diputar ke arah berlawanan jarum jam.

Teknik ini cukup efektif dijadikan sebagai cara untuk menegangkan payudara secara semulajadi kerana lebih selamat. Lakukan semua teknik tersebut selama sebulan secara rutin. Teknik memutar akan merangsang ‘fitoestrogen’ dan ‘prolaktin’, zat yang mampu menegangkan payudara dengan perantaraan perjalanan darah di sekitar payudara.

 

Baca Juga: Kanser Payudara

 

Info Ekstra!

Kekalkan Ketegangan & Kemontokkan  Payudara

1. Lakukan Senaman Payudara

Seperti bahagian-bahagian tubuh yang lain,payudara juga perlukan senaman agar otot-ototnya tetap tegang. Lakukan senaman secara rutin dengan memberikan tumpuan pada bahagian dada.

 

2. Pemakaian Coli Yang Tepat

Pemilihan dan pemakaian coli yang tepat saiz dan ukuran dapat memastikan payudara anda dapat disokong dengan baik. Selain itu,semasa tidur sebaiknya elakkan daripada memakai coli agar payudara dapat bernafas dengan bebas dan saraf-saraf dapat berjalan lancar serta baik untuk menghindari daripada kanser payudara.

 

3.Guna Krim Khas Untuk Payudara

Menggunakan krim khas untuk penjagaan payudara baik untuk memastikan payudara tetap tegang dan anjal. Tetapi pastikan krim yang digunakan selamat dan bebas daripada bahan-bahan kimia yang merbahaya.

 

4. Jaga Kelembapan Kulit Payudara

Amalkan membersihkan puting susu dan bahagian disekitarnya dengan kapas yang dibasahi air hangat. Sapu dan oleskan minyak zaitun pada kulit payudara untuk menjaga kelembapannya sambil memberi urutan ringan dengan gerakan memutar.

 

Baca Juga: Khasiat Minyak Zaitun

 

5. Ambil Makanan Bernutrisi

Amalkan pola pemakanan dan diet yang teratur dengan mengambil makanan yang memiliki zat dan nutrisi yang baik untuk kesihatan tubuh agar dapat memiliki berat dan bentuk tubuh yang ideal. Dengan berat  badan dan bentuk tubuh ideal pastinya secara semulajadi payudara anda juga akan tetap sihat, segar serta terjaga keindahannya.

 

<< Macam mana nak kira kitaran haid yang betul, jom baca di sini.

 

 

Previous post

8 Cara Mengenalpasti Bayi Berak Berdarah

Next post

4 Punca Utama Kelemumur

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *