“Kuasa” Senaman Kagel @ Senaman Kemut. Seks Makin “Hot”!
Apa yang anda tahu tentang senaman kagel atau senaman kemut?
Senaman kegel merupakan salah satu jenis senaman yang bertujuan untuk melatih otot punggung atau ‘pubococcygeus’. Otot-otot ini bekerja untuk menggerakkan organ-organ yang terdapat di dalam punggung seperti saluran kencing, rahim dan usus.
Senaman kagel bukan sahaja sesuai dipraktik oleh anda selepas melahirkan anak. Ia bertujuan untuk meningkatkan kualiti hubungan intim pasangan suami isteri. Tahukah anda senaman kagel ini juga bagus untuk para suami. Ia mampu mengatasi ejakulasi semulajadi serta meningkatkan kualiti Mr.P ketika eraksi atau klimaks berlangsung.
Para suami turut digalakan melakukan senaman kagel ini supaya meningkatkan keyakinan diri ketika melakukan hubungan intim dengan isteri. Apabila kedua belah pihak menikmati kepuasan, sudah pasti rumahtangga yang dibina akan menjadi lebih manis.
Berikut Beberapa Manfaat Senaman Kagel Buat Para Suami
1. Mampu meningkatkan kualiti dalam hubungan seksual. Pihak isteri akan berasa puas dengan daya ketahanan eraksi Mr. P, suami yang tahan lama. Manakala isteri yang turut melakukan senaman kagel akan memiliki daya cengkaman vagina yang kuat. Jadi, sebab itulah untuk meraih hasil yang luar biasa, ajaklah pasangan anda melakukan senaman kagel bersama-sama.
2. Bagi lelaki yang rajin melakukan senaman ini setiap hari, mereka boleh mencagai orgasme berkali-kali dengan tempoh yang tidak terlalu lama untuk kembali eraksi dan kembali mencapai puncak orgasme. Kenyataan ini telah diungkapkan oleh University of California.
Take Note!
Ukuran penis ataupun payudara bukanlah penentu kepuasan seksual. Lakukan senaman kagel secara teratur dan rasakan manfaatnya yang sangat luar biasa. Inilah teknik mudah dan murah untuk mencapai klimaks dan kepuasan seksual anda suami isteri. Selamat mempraktik!
Kredit foto: cyclicx
<< Ketahui rahsia memulihkan kembali vagina yang dirasakan sudah longgar, baca di sini.
No Comment