Atasi Masalah Muka Berkedut Dengan Pemakaian Toner Muka
Kredit Foto: savaronline.com
Toner Muka.Penjagaan kulit yang sihat sebenarnya memerlukan hanya 15 minit daripada rutin harian anda dan pemakaian toner muka sangat penting!
Walaupun anda membeli produk kecantikan yang mahal harganya, tetapi jika anda tidak mengamalkan toner muka, semuanya akan menjadi sia-sia! Penyegar muka dicipta khas untuk menyegarkan dan menyejukkan kulit.
Ia mudah meresap ke dalam kulit apabila ia disapukan menggunakan kapas muka. Penggunaan toner muka adalah sangat penting kerana ia dapat menanggalkan lebihan minyak pada permukaan kulit.
Jenis -Jenis Toner Muka:
- Perkataan astrigen pada botol toner muka bermaksud ia mengandungi kandungan alkohol yang lebih dan ia sangat sesuai kepada sesiapa yang mempunyai masalah kulit berminyak.
- Perkataan tonik dan penyegar pada botol toner muka pula membawa maksud ia sesuai untuk kulit normal dan kombinasi strukturnya yang lembut berbanding astrigen.
- Toner muka buatan sendiri. Air mawar boleh dijadikan toner muka untuk kulit yang sensitif.
Manfaat Toner Pada Wajah
Toner muka pastinya memberi kelembapan dan membuat kulit terasa bersih. Namun, masih ada beberapa manfaat lain yang anda perlu tahu. Antaranya:
- Membantu menstabilkan pH kulit yang akan terganggu akibat mencuci wajah atau penggunaan pembersih lainnya.
- Meminimalkan ukuran pori-pori dengan penggunaan yang tepat, iaitu dengan menepuk-nepuk toner pada wajah dengan menggunakan tapak tangan.
- Bertindak sebagai kunci kelembapan sehingga dapat mengurangkan kekeringan ketika kulit terkena sinaran matahari.
Tips Pemakaian Toner Muka
- Bagi yang menggunakan mekap setiap hari, bersihkan wajah sebelum meletakkan toner pada wajah agar mekap yang akan anda gunakan tidak akan menyumbat pori-pori pada wajah. Pori-pori yang tersumbat akan menyebabkan masalah seperti jerawat.
Baca Juga: Cara Terbaik Atasi Masalah Jerawat
- Bagi yang tidak menggunakan mekap, anda dinasihatkan untuk menggunakan toner muka sekali sehari dengan tujuan untuk menghilangkan kotoran pada wajah serta menyihatkan kulit.
- Bagi yang mempunyai masalah dengan pemakaian toner muka pada wajah akibat kekeringan, anda boleh menggunakan toner daripada sari mentimun, air mawar dan lemon dengan menggunakan kapas muka yang sudah dibasahkan.
Baca Juga: Khasiat Mentimun
Anda juga boleh menggunakan hirisan tomato atau ais batu sebagai toner muka.
INGAT! Jangan tersalah pilih toner muka kerana ia akan megakibatkan kulit muka anda semakin nipis.
Cara Memakai Toner Muka Yang Tepat
- Anda boleh gunakan kapas muka ataupun menggunakan tangan anda.
- Tuangkan toner muka bersaiz 20 sen dan sapukan. Pedapkannya secara merata di muka.
- Sapukan dari dagu ke atas dan dari tulang pipi ke hidung, serta dari sudut luar mata ke sudut dalam mata, buat pusingan ke dalam.
- Ini adalah kerana ketika anda mengurut muka anda, tekstur kulit manusia akan lebih lembut .
- Jika anda tersalah sapu, kulit wajah akan cepat berkedut.
Selamat Mencuba!
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE!
<< Ketahui cara mengatasi masalah muka berjerawat dan hitam ketika hamil di sini.
No Comment