Anda Bakal Menjadi Ibu? Ketahui Makanan Yang Baik Untuk Anda & Bayi
Setiap ibu pasti inginkan yang terbaik untuk ‘buah hatinya’ daripada segala segi, termasuklah soal pemakanan yang baik untuk bayi yang dikandungnya.
Bagi wanita yang pernah hamil, sudah pasti anda sudah tahu makanan apa yang terbaik semasa hamil berdasarkan pengalaman lepas. Namun, kepada para ibu yang baru kali pertama hamil,sudah semestinya anda ingin mengetahui apakah makanan yang baik untuk wanita hamil seperti anda.
Makanan yang baik dan berkualiti sangat penting semasa proses kehamilan kerana ia menyumbang kepada pembentukan bayi/janin yang sempurna. Ini kerana, makanan yang mempunyai khasiat-khasiat tertentu akan membantu kepada proses perkembangan janin yang masih di dalam kandungan ibu. Bayi akan mendapat makanan melalui apa yang ibunya makan setiap hari. Oleh itu, penting bagi ibu yang hamil mendapat khasiat makanan secukupnya agar bayi tersebut boleh memperoleh khasiat-khasiat makanan yang berkualiti untuk proses pembesarannya.
Antara Makanan Yang Baik Untuk Wanita Hamil:
Buah delima mempunyai kebaikan yang tinggi kerana ia dapat membantu daripada segi perkembangan otak bayi dan melindungi bayi daripada kecederaan otak. Selain itu, buah delima juga dikatakan makanan yang berkhasiat untuk otak bayi anda. Jik anda mahu memiliki bayi bijak,maka selalunya makan buah delima. Manakala khasiat buah delima buat si ibu pula, buah ini boleh membantu mengekalkan paras hemoglobin yang baik.
- Walnut
Anda tidak suka ikan atau telur? Tapi masih ingin mendapatkan Omega-3 yang sangat penting untuk pertumbuhan otak bayi anda? Makanlah walnut kerana ia adalah salah satu sumber sayur-sayuran yang kaya dengan Omega-3. Walaupun walnut mempunyai lemak,namun ia merupakan lemak yang baik untuk kesihatan anda dan si bayi di dalam kandungan. Anda juga bolehlah mencampurkan walnut di dalam jus buahan-buahan yang anda minum untuk menambahkan lagi khasiatnya.
Pastinya anda mahu bayi anda mempunyai kulit yang cantik, kan? Jadi, selalulah minum air kepala kerana ia sangat bagus sepanjang kehamilan. Ia memberikan kebaikan kepada si bayi di dalam kandungan anda kerana khasiatnya yang dapat mencantikkan kulit bayi.
- Minyak kelapa
Minyak kelapa atau juga dipanggil minyak tanak ini sangat penting untuk ibu hamil kerana ia dapat memudahkan proses bersalin nanti.
- Buah-buahan dan sayuran beraneka warna
Bagi wanita hamil, anda juga digalakkan makan pelbagai warna sayur serta buah seperti warna hijau, merah, oren, kuning, ungu, putih untuk memastikan bahawa anda dan bayi anda mendapatkan pelbagai nutrisi. Setiap kelompok warna memberikan memberikan vitamin, mineral, dan antioksidan yang berbeza
- Sayuran daun berwarna hijau tua
Manfaat sayuran untuk wanita hamil tidak dapat diragukan, terutama sayuran yang berwarna hijau tua. Contohnya, bayam, atau sayuran berdaun hijau lain yang sarat dengan vitamin dan nutrisi, termasuk vitamin A, C, dan K, serta folat yang sangat penting.
Daging merupakan salah satu sumber protein yang tinggi, namun anda dinasihatkan supaya mencari daging yang tidak mengandungi lemak kerana ia mengandungi lemak tidak baik untuk si bayi dalam kandungan. Anda juga dinasihatkan supaya jangan makan sosej, kecuali jika dagingnya dipanaskan dengan wap panas. Ada risiko kecil untuk dalam makanan seperti ini kerana ia boleh menjadi perantara bakteria dan parasit dari daging seperti ‘toxoplasma isteria monocytogenes’, atau ‘salmonella’ sekaligus dijangkiti pada bayi.
Jika anda tidak mendapatkan kalsium (Vitamin D) yang cukup, maka perkembangan bayi anda akan terbantut. Oleh itu yogurt biasanya menjadi salah satu makanan kesukaan sepanjang kehamilan. Semua jenis yogurt merupakan sumber kalsium yang penting dalam diet kehamilan.Kalsium dapat membantu menjaga tulang anda sendiri agar tetap kuat dan pada masa yang sama juga menguatkan tulang bayi.
- Telur
Selain lebih daripada 12 vitamin dan mineral, telur mengandungi banyak protein berkualiti yang penting untuk kehamilan. Telur secara keseluruhan dapat mendorong pertumbuhan bayi dan kesihatan otak, sekaligus membantu mencegah kecacatan sistem saraf.
- Ikan salmon
Ikan salmon bukan sahaja dipenuhi dengan protein kualiti tinggi, bahkan salmon juga merupakan sumber Omega-3. Kandungan protein pada salmon ini sangat bagus untuk ibu hamil. Selain itu juga,ikan ini memiliki jumlah merkuri yang lebih rendah. Bahaya ikan yang lainnya bagi ibu hamil adalah kerana kandungan merkuri yang tinggi,yang boleh menjejaskan perkembangan sistem saraf bayi. Namun ingat, jangan makan salmon terlalu banyak, setidaknya dengan sekadar 12 auns per minggu untuk mengurangi bahaya merkuri itu.
- Kacang
Kacang sememangnya memberi banyak manfaat kacang kepada wanita hamil kerana ia memiliki kandungan serat dan protein terbaik. Antara semua jenis kacang, kacang buncis merupakan kacang yang mengandungi serat dan protein terbaik. Semasa kehamilan,proses pencernaan agak lambat, menyebabkan anda berada pada risiko untuk sembelit. Jadi serat berfungsi membantu mencegah dan meringankan masalah ini.
Info Ekstra!
Sesetengah wanita hamil mungkin risau dan agak panik dengan berat badannya yang naik mendadak sejak hamil,lalu memutuskan untuk berdiet. Tahukah anda,berdiet semasa kehamilan mungkin berbahaya kepada anda dan bayi anda yang sedang membesar.
Sesetengah diet boleh menyebabkan anda kekurangan zat besi, asid folik, dan vitamin dan mineral penting yang lain. Ingatlah bahawa pertambahan berat badan adalah salah satu tanda positif bagi kehamilan yang sihat. Jika berat badan anda berlebihan, anda boleh mengubahsuai diet anda dengan mengurangkan makanan yang tinggi kandungan lemak dan gula serta melakukan senaman.
Walau bagaimanapun, mintalah nasihat doktor dahulu sebelum menukar corak pemakanan atau meningkatkan senaman. Keselamatan bayi anda lagi penting daripada segala-galanya. Anda juga diingatkan agar mengawal kuantiti makanan yang diambil agar tidak berlebihan kerana makanan yang berlebihan juga tidak baik untuk perkembangan si bayi. Diharapkan artikel kali ini dapat membantu para ibu untuk memilih makanan terbaik untuk bayi mereka.
Kredit foto: ehonami
<< Ketahui ‘kuasa' senaman kagel atau senaman kemut buat anda dan suami di sini.
No Comment