Penyebab Kulit Kering, ‘Bersisik’ & Gatal
Kulit kering, ‘bersisik’ dan gatal boleh membuatkan anda berasa tidak selesa.
Lebih terseksa apabila anda ‘hang out’ bersama teman-teman. Situasi sebegini tentunya tidak menyenangkan dan boleh buat anda rasa malu serta hilang keyakinan diri. Apatah lagi, apabila ada yang menegurnya serta menyangkakan anda diserang penyakit kulit. Malahan, disebabkan terlalu gatal juga tidur anda yang selama ini nyenyak, kini terganggu!Kulit kering dan gatal selalunya dikaitkan dengan masalah iritasi, namun ada banyak lagi penyebabnya. Jom, semak!
- Lapisan luar kulit disebut sebagai stratum korneum, ia terdiri daripada sel-sel kulit mati dan minyak yang membantu menjaga kulit supaya sentiasa lembap.
- Lapisan ini berperanan untuk mmengumpul air, menjaga kulit supaya kekal sihat dan lembap. Jika lapisan korneum ini tidak dijaga, ia tidak dapat menjaga kelembapan kulit dan masalah kulit kering akan terjadi.
- Mandi menggunakan air panas dan penggunaan sabun yang banyak dapat menghilangkan kadar minyak semulajadi kulit. Ini bermakna kadar kelembapan juga akan berkurang. Selain itu, kadar kelembapan kulit juga dipengaruhi oleh cuaca yang sejuk, panas ataupun beriklim kering.
- Pengambilan ubat jerawat, ubat alergi dan ubat hipertensi juga boleh menyebabkan kulit kering dan gatal.
- Perubahan hormon estrogen ketika mendekati usia monopaus akan merangsang penghasilkan kulit yang kering dan gatal.
- Penyakit kulit seperti eksim juga boleh mengurangkan kadar kelembapan kulit dan penyebab kepada kulit kering dan gatal.
- Penyakit genetik juga penyebab kepada kulit kering dan gatal. Penyakit seperti ‘ichthyosis’ (sisik ikan), “xerosis”, “asteatosis” akan menyebabkan dermatis di mana kulit menjadi merah dan gatal
- Penggunaan sabun bakteria juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering.
Bagaimana Mencegah Kulit Kering Dan Gatal?
- Kulit kering boleh diatasi dengan menggunakan pelembab kulit tetapi jika anda mendapati penggunaan produk tersebut menunjukkan kesan sampingan ataupun kulit tetap menjadi kering, anda boleh bertukar kepada produk pelembap yang lain.
- Hindari pelembap kulit yang mengandungi pewangi. Pilihlah pelembap yang lembut dan mengandungi humektan serta emolien. Humektan merupakan zat yang berfungsi sebagai penarik air dari udara dan menyimpan air di dalam kulit. Emolien pula bertindak untuk menghaluskan permukaan kulit.
- Selepas mandi, anda dinasihatkan untuk mengelap air menggunakan tuala, bukannya menggosok badan dengan menggunakan tuala. Ia akan mengurangkan kadar kelembapan minyak kulit.
- Elakkan dari kulit terdedah dengan panas matahari terlalu lama. Pakailah pelindung matahari dengan SPF 15 atau lebih tinggi.
- Pakaian yang berbulu boleh menyebabkan kulit menjadi gatal. Pakaian berbulu memang tampak cantik jika dipakai, namun jika ia menyebabkan kegatalan lebih elok untuk memakai baju yang boleh menyerap peluh.
Tips Mencegah Kulit Kering Dan Gatal
- Sarung tangan
Gunakan sarung tangan ketika mencuci pakaian atau apa-apa yang berkaitan dengan sabun. Hal ini adalah kerana sabun boleh menyebabkan kulit tangan menjadi kering.
- Sapukan losyen pelembap selepas mandi
Anda dinasihatkan untuk menyapu losyen pelembap selepas selesai mandi kerana ia akan membantu kulit anda untuk mengumpul kelembapan berpanjangan dan mencegah kekeringan.
- Minyak ikan
Pengambilan makanan laut seperti ikan boleh membantu mengurangkan kulit kering kerana ikan mempunyai minyak khas yang mengandungi EFA iaitu asid lemak essential. Ia membantu kulit anda dari dehidrasi.
- Petroleum jelly
Bagi kulit sensitif, anda boleh menggunakan petroleum jelly. Ia sangat lembt pada kulit dan berperanan untuk mengurangkan kulit kering.
- Oats
Cara paling mudah untu mengurangkan kulit kering ialah dengan menggunakan oats yang ada di rumah anda. Oat mempunyai bahan kimia yang dianggil sebagai avenanthramides yang boleh melawan peradangan dan kemerahan. Anda boleh merendam badan anda bersama oat yang telah dikisar selama 15 minit, kemudian mandi seperti biasa.
Kredit foto: yimg
<< Ketahui punca jeragat tumbuh di wajah serta cara menghilangkannya di sini.
No Comment