Gaya HidupPerihal Lelaki

13 Kriteria Wanita, Calon Isteri Idaman lelaki

wanita idaman lelaki - women online magazine-2

Mencari pasangan hidup bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai perkara perlu di ambil kira.Takkan nak main ‘rembat’ sahaja!

Khasnya buat kaum Hawa, bagaimana untuk menjadi wanita idaman lelaki yang boleh menambat hati kaum Adam? Apakah ciri-ciri wanita idaman lelaki untuk dijadikan isteri? Adakah anda memiliki ciri-ciri- tersebut? Semak, di sini…

13 Kriteria Wanita Idaman Lelaki

1. Rupa Paras

Rupa paras yang cantik adalah kelebihan kepada wanita. Tetapi rupa paras yang cantik itu terlalu subjektif untuk digambarkan. Ada yang manis di pandang, ada yang comel, dan pelbagai lagi. Namun, kadangkala lelaki tidak memandang paras rupa semata-mata untuk dijadikan isteri. Rupa paras yang cantik belum menggambarkan hati yang suci.

2. Pegangan Agama 

Kebiasaannya wanita idaman lelaki untuk dijadikan isteri perlulah mempunyai pegangan agama yang kuat supaya dapat mendidik anak-anak mereka kelak. Biarpun lelaki tersebut kurang pegangan agama, pasangan hidup perlulah kuat pegangan agama dan masing-masing dapat memperbetulkan apa yang salah.

3. Budi Pekerti 

Budi pekerti yang baik pasti menjadi idaman setiap lelaki. Tingkah laku, adab, kesopanan menjadi elemen penting dalam menilai seseorang. Ibu yang baik budi pekerti pasti melahirkan anak yang baik.

4. Pandai Masak 

Ini merupakan bonus bagi kaum adam. Jika mendapat bakal isteri yang pandai masak, maka bahagialah mereka, tetapi bagi yang kurang pandai memasak anda masih lagi boleh belajar. Air tangan si isteri mampu mengukuhkan lagi mahligai yang dibina. Jadi, bagi yang kurang tahu memasak, belajarlah dari sekarang.

5. Bijak Menguruskan Kewangan 

Ini sangat penting kerana sedikit sebanyak dapat membantu pasangan apabila sudah berkahwin dalam menguruskan kewangan keluarga. Jika bakal si isteri bijak menguruskan kewangan, itu menandakan bahawa dia bukanlah seorang yang boros. Pengurusan kewangan yang baik dapat menjamin masa depan yang cerah bersama anak-anak kelak.

6. Pandai Mengambil Hati Keluarga Mertua 

Anda perlulah bijak mengambil hati keluarga calon mertua. Jangan terlalu peramah, dan jangan terlalu pendiam.Tetapi ingat, jangan bermuka-muka kerana anda akan dianggap hipokrit. Sebaiknya jadilah diri anda sendiri.

7. Menerima Seadanya 

Wanita yang sanggup menerima kelemahan pasangan mereka adalah wanita yang sangat berharga bagi kaum lelaki. Lumrah kehidupan pasti ada turun naiknya. Kehidupan suami isteri perlulah seiring dan sejalan serta bersama-sama menempuh pahit manis dalam perkahwinan. Jangan pula nanti semasa senang sahaja anda bersama suami, semasa susah dibiarkan si suami sendiri.

8. Hormat 

Setinggi mana pun pangkat dan darjat, hormat dan patuh pada suami adalah lebih penting dari segalanya. Biasanya lelaki tidak mengharapkan penghormatan yang tinggi seperti tunduk kepadanya sehingga tidak boleh bersuara, cukup sekadar menghormatinya sebagai seorang suami dan ketua keluarga.

9. Bersedia Menerima Teguran 

Teguran calon suami bukan bermakna benci.  Tetapi teguran itu untuk memberikan kebaikan kepada anda. Semua pasangan menginginkan kesempurnaan dalam hubungan mereka, jadi terimalah teguran calon suami dengan hati yang terbuka kerana lelaki akan berasa lebih selesa dengan bakal isteri yang  tidak mudah ‘sentap’ ataupun merajuk.

10. Setia 

Semua orang menginginkan pasangan yang setia. Jangan cuba bermain dengan api kerana lelaki boleh hilang pertimbangan apabila berbicara tentang isu ini. Kesetiaan dalam perhubungan suami isteri amatlah penting kerana anda akan hidup lama dengan pasangan anda, bukan untuk seketika sahaja. Sudah tentu, lelaki mahukan calon isteri yang setia selamanya.

11. Berdikari

Kaum Adam sangat kagum dengan wanita yang pandai berdikari. Ini bermakna si isteri mampu untuk melakukan sesuatu perkara tanpa terlalu bergantung kepada mereka. Wanita yang boleh berdikari boleh memberi kesenangan dalam mengharungi kehidupan berumah tangga kelak. Terlalu bergantung kepada lelaki bukan sahaja menimbulkan kesusahan tetapi juga akan merimaskan lelaki. Jadi, sebab itulah ramai lelaki tertarik untuk memilih calon isteri yang bijak dan berdikari.

12. Manja

Lelaki sukakan wanita yang keanak-anakan atau yang mempunyai sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang. Lama kelamaan, lekaki akan berasa rimas!

13. Tidak Terlalu  Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Wanita yang cerewet boleh merimaskan dan boleh menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

Kesimpulan

Semoga artikel ini bermanfaat dan boleh menjadi kayu pengukur anda dalam menilai keperibadian diri anda sendiri sebagai calon isteri buat lelaki yang anda cintai. Mudah-mudahan anda mampu kekurangan diri serta terus berusaha untuk memperbaikinya.

Foto: Sekadar gambar hiasan

<< Ketahui cara pikat hati suami di sini.

 

Previous post

Kulit Kembali Lembab & Tidak Kering Dengan Vaseline

Next post

Bengkel Jom Cantik & Sihat, Meriah Dan Banyak Manfaat

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *