Apa Yang Akan Terjadi Jika Anda Tidak Menggunakan Pelembab Muka?Baca Di Sini!
Sebelum ini WOM.my ada menulis tentang manfaat penyegar muka, tetapi kali kita bercerita pula mengenai pelembab muka.
Penggunaan pelembab muka memberikan manfaat yang besar kepada kulit muka. Pelembab muka dapat membantu kulit untuk menjaga kadar air dan membuat wajah tetap anjal. Pelembab muka juga menjaga kulit daripada bahaya dehidrasi.Namun begitu, pelembab muka tidak boleh digunakan secara sembarangan. Hal ini adalah kerana, terdapat beberapa jenis kulit yang memerlukan jenis pelembab muka yang berbeza. Untuk memilih pelembab muka yang sesuai dengan jenis kulit anda, jom semak tips berikut.
Kulit yang berkilat merupakan jenis kulit yang berminyak. Jika anda memiliki kulit wajah berminyak di bahagian hidung, bawah dagu dan di sekitar anak rambut anda perlu menggunakan pelembab muka khas untuk kulit berminyak.
Jika anda mempunyai jerawat di sekitar kawasan muka, anda perlu berhati-hati dalam memilih pelembab muka. Hal ini adalah kerana, pelembab muka yang tidak sesuai boleh mengundang kepada pertumbuhan jerawat yang makin banyak.Anda dinasihatkan untuk menggunakan pelembab muka yang mempunyai tekstur yang lebih ringan. Sebagai contoh, pelembab muka yang berbentuk krim, losyen mahupun gel. Jika pelembab muka tersebut menggunakan bahan asas seperti air dan bukan minyak, ini bermakna pelembab muka tersebut adalah sangat baik untuk kulit anda. Selain itu, pelembab muka yang mengandungi bahan ‘non comedogenic’, ini bermakna produk tersebut mampu menutupi pori-pori yang besar.
Jika kulit anda jenis yang kering dan kadangkala terasa pedih dan tegang, kemungkinan besar pelembab muka yang digunakan tidak cukup memberikan kadar kelembapan kepada muka anda.Berbeza pula dengan jenis kulit berminyak yang memerlukan pelembab muka bertekstur ringan, jenis kulit kering pula memerlukan pelembab muka yang bertekstur berat seperti krim. Jika anda tetap merasakan kulit anda kering, anda dinasihatkan untuk menggunakan pelembab muka berbentuk serum pada malam hari.
Jika kulit anda jenis yang sensitif seperti sering merasa panas dan bertompok-tompok merah, ini bermakna anda mengalami salah satu tanda-tanda reaksi alahan pada kulit wajah anda.Hampir kesemua jenis pelembab muka yang ada di pasaran akan memberikan kesan alergi kepada anda yang memiliki kulit jenis sensitif kerana ia mengandungi kandungan bahan pewarna buatan, bahan pewangi, bahan pengawet dan sebagainya. Oleh itu, anda perlu menggunakan pelembab muka khas untuk kulit sensitif.
Jika anda mendapati kulit wajah anda seperti bersisik, mengelupas dan kemerah-merahan, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor. Pelbagai faktor boleh menyebabkan wajah anda tidak cukup kelembapan dan anda perlulah bijak memilih pelembab muka yang mampu memberikan kesan maksima terhadap kulit anda.
Kesimpulan
Penggunaan pelembab muka daripada bahan semulajadi amatlah digalakkan kerana ia tidak memberi kesan sampingan sepertimana bahan kimia. Bahan semulajadi seperti minyak zaitun, telur, susu, dan yogurt boleh menjadi alternatif sebagai pelembab muka.Anda tidak digalakkan untuk menggunakan sabun mandi sebagai sabun untuk mencuci muka. Hal ini adlah kerana pH pada kulit tubuh adalah berbeza dengan kulit wajah. Penggunaan sabun mandi pada wajah boleh menyebabkan kulit muka menjadi kering dan kelembapan asli pada wajah akan rosak.
Umumnya, banyak produk muka yang ada di pasaran mengandungi bahan kimia dan ia akan memberikan kesan jangka panjang kepada kulit wajah anda. Elakkan penggunaan pelembab muka yang mengandungi bahan pewangi, bahan pengawet, bahan pewarna buatan serta bahan kimia yang lain.
Info Ekstra!
- Gunakan pelembab muka yang mempunyai kadar minyak yang banyak kepada jenis kulit kering.
- Jika anda mempunyai jenis kulit muka yang normal, anda boleh menggunakan pelembab muka yang mempunyai kadar minyak yang sederhana.
- Dapatkan nasihat doktor jika anda memiliki jenis kulit kombinasi di mana hanya berminyak di bahagian zon T.
- Kulit wajah jenis berminyak tetap memerlukan pelembab muka.
- Jika kulit muka jenis berminyak dan berjerawat anda dinasihatkan untuk menggunakan pelembab muka yang mengandungi bahan pencegah radang pada jerawat, misalnya’ salicylic acid’, ‘zinc alginate’ atau ‘tea tree’.
- Minum air putih secukupnya
Selamat mencuba!
Kredit foto:
<< Ketahui punca kulit berminyak dan cara merawatnya di sini.
No Comment