Wajib Jaga Makan Ketika Berpantang Kalau Tak Nak Darah Nifas Berbau Busuk!
Pengalaman berpantang bagi wanita yang baru bersalin selama 44 hari tentunya menguji kesabaran. Berpantang sangat penting dan perlu dijaga kerana ia akan mengembalikan potongan badan asal seseorang wanita yang baru lepas bersalin.
Selain menjadi sihat dan cergas seperti sediakala, wanita yang lepas bersalin juga pasti mahu kelihatan jelita serta mampu mengekalkan minat pasangannya. Salah satu aspek yang perlu dijaga semasa berpantang adalah makanan.
Makanan Yang Patut Dielakkan Ketika Berpantang:
- Kumpulan Ikan Tertentu
Sewaktu berpantang,anda dilarang makan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Elakkan juga ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.Selain ikan berbisa, ikan yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan juga dilarang. Contohnya, ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.Sebaliknya ikan yang disyorkan ketika berpantang adalah ikan haruan dan ikan yu. Kedua-dua ikan ini dikatakan dapat memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka manakala ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu.
Wanita yang berpantang dilarang sama sekali makan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin seperti kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, kacang panjang, petola, labu, rebung, petai, jering serta terung.Anda juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat,nangka, cempedak, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis dan sebagainya. Ini kerana kesemua makanan tersebut akan mengakibatkan sakit tulang serta lemah sendi.
Makanan Yang Disarankan Ketika Berpantang:
- Ayam dan burung
Burung puyuh dan merpati adalah baik untuk wanita dalam berpantang kerana ia dapat melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam. Malah wanita berpantang juga disyorkan makan ayam hitam, ayam didik ataupun ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh.
- Ulam-ulaman
Serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia mengandungi fiber, zat galian dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan. Oleh itu,ulam-ulaman itu sangat bagus untuk dimakan oleh wanita berpantang.
Ekstra!
Resepi Makanan Dalam Pantang Selepas Bersalin
- Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam
Bahan-bahan:
- Ayam/Daging.
- Halia muda,kunyit hidup,garam secukupnya (kesemua bahan ini adalah untuk diperap bersama ayam).
- Lada hitam,bawang besar,air asam jawa (bahan pencicah).
Cara Membuatnya:
1.Bakar ayam/daging dengan menggunakan bahan perap tadi.
2.Setelah siap masak,hiriskan ayam/daging tersebut.
3.Hidangkan dengan pencicah.
- Daging Goreng Halia
Bahan-bahan:
- Daging batang pinang dihiris nipis.
- Bawang putih diketuk.
- Bawang besar.
- 1 bij lada benggala/cili padi.
- Sedikit sos tiram.
- Sedikt kunyit hidup/kunyit serbuk.
Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak kemudian masukkan daging yang telah diperap dengan kunyit dan garam.
2.Setelah daging itu lembut,tumiskan bawang putih dan halia.
3.Masukkan juga sos tiram dan bahan perasa mengikut kesesuaian.
4.Akhir sekali,masukkan lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
5.Jika anda mahukan kuah,bancuhkan tepung jagung dengan air dan tambahkan sedikit air asam jawa.
Kredit foto: sekadar gambar hiasan
<< Ketahui penyebab keputihan terjadi ketika mengandung di sini.
No Comment