Fahami Maksud “Lemak Tepu” Yang Dikatakan Cukup Membahayakan Kesihatan Anda
Lemak tepu biasanya mudah dikenali daripada bentuknya yang padat seperti lilin dan banyak djumpai pada produk yang berasal daripada haiwan dan juga pada tumbuhan seperti santan dan lemak sayuran.
Bahayanya lemak tepu ini adalah ia boleh memekatkan darah sehingga mudah melekat pada dinding pembuluh darah sekaligus mengganggu peredaran darah dalam tubuh. Oleh kerana peredaran darah dan oksigen terganggu, mereka yang mengamalkan pengambilan lemak tepu berisiko menghadapi penyakit seperti serangan jantung, darah tinggi dan juga obesiti.
Makanan Yang Mengandungi Lemak Tepu
Lemak tepu biasanya boleh membeku pada suhu biasa seperti suhu bilik. Contoh lemak tepu adalah seperti lemak pada daging merah, mentega, keju, susu penuh krim dan santan kelapa. Ia juga boleh didapati pada minyak kepala atau minyak sawit. Oleh itu,elakkan pengambilan lemak tepu daripada makanan-makanan ini.
Berikut adalah cara untuk mengurangkan lemak tepu dalam badan. Antaranya ialah:
- Kurangkan Pengambilan Daging
Daging mempunyai bahagian lemak tepu yang tinggi seperti tulang rusuk dan bacon. Oleh itu, gantikan daging, bacon dan sosej dengan ayam tanpa lemak. Namun anda juga harus kurangkan makan daging ayam di bahagian peha dan kepak kerana ia mengandungi lebih banyak lemak berbanding dengan daging putih di bahagian dada ayam.
Daging yang dipanggang lebih elok berbanding daging yang digoreng kerana lemak pada daging akan mengalir keluar dan tidak diserap semula setelah dipanggang manakala daging yang digoreng akan menyerap semula lemak dan minyak yang digunakan untuk menggoreng.
- Elakkan Makan Makanan Beku
Kebanyakan makanan yang dibekukan mengandungi kandungan lemak tepu yang sangat tinggi kerana kebiasaannya makanan yang dibekukan khususnya makanan yang dipanaskan menggunakan microwave mengandungi banyak kalori.
- Hadkan Pengambilan Harian Produk Tenusu
Keju mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi, sama seperti susu lemak penuh. Oleh itu,pilih keju yang berasaskan susu rendah lemak. Jika ingin minum air susu pula, cuba anda beralih kepada susu tepung atau susu rendah lemak dari susu lemak penuh.
Makanan segera sememangnya sangat terkenal dengan kandungan lemak tepu yang berlebihan. Seeloknya kurangkan pengambilan makanan segera seperti burger kerana sebiji burger sahaja mengandungi lebih kurang 35 peratus kandungan lemak.
Omega-3 adalah sejenis asid lemak yang baik untuk tubuh badan dan mampu ‘melawan' lemak tepu dan kolesterol yang ‘jahat'. Malah ia juga dapat mengawal keradangan dalam badan, menguatkan jantung dan membantu penglihatan yang baik. Omega-3 boleh didapati dari sumber beberapa jenis ikan seperti salmon, ikan kembung, tuna, dan sardin.
Minyak zaitun sangat bagus digunakan dalam masakan kerana ia boleh membantu untuk menurunkan kadar kolesterol dan menggantikan lemak tepu dalam masakan.
Kredit foto: intisari-online
<< Ketahui pelbagai kehebatan serta khasiat buah mahkota dewa di sini.
No Comment