Gaya HidupSantai

Ayuh, Bercuti Ke Pulau Tioman – Syurga ‘Snorkeling’

percutian ke pulau tioman - women online magazine

Musim cuti sekolah adalah masa yang sesuai untuk membawa anak-anak anda pergi bercuti.

Kali ini WOM.my akan membawa anda bercuti anda bercuti ke Pulau Tioman. Mesti ramai yang tertanya-tanya “Best tak pergi Tioman?”, “Buat aktiviti apa je di sana?” bukan?

 

Percutian Ke Pulau Tioman

Pulau Tioman adalah sebuah pulau yang terletak 32 km di luar Pantai Timur Semenanjung Malaysia di Negeri Pahang. Ia mempunyai sepuluh kampung utama manakala kampung yang terbesar dan paling ramai penduduk ialah Kampung Tekek di Utara.

Kecantikan pulau ini yang dikelilingi oleh pelbagai terumbu karang menjadikannya sebagai salah satu tempat popular untuk melakukan scuba diving. Di sini juga terdapat banyak resort dan chalet di sekitar pulau yang mempunyai status bebas cukai.

Pulau Tioman juga merupakan sebuah kawasan rezab alam semulajadi yang dikuatkuasakan dengan tegas kerana terdapat beberapa spesis dilindungi mamalia di pulau itu seperti beruk Long-Tailed, Kongkang, Black Squirrel Giant, Giant Merah Flying Squirrel, rusa Tetikus, Brush-tailed Porcupine, dan Common Palm Civet, daripada sejumlah 45 spesies mamalia dan 138 spesis burung.

Perjalanan Ke Pulau Tioman

Sekiranya anda datang dari bandaraya Kuala Lumpur,anda bolehlah menaiki kereta untuk pergi ke Pulau Tioman yang terletak di Pahang. Meskipun perjalanan merupakan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Tioman adalah sangat jauh,namun keindahan Pulau Tioman itu pastinya membuat perjalanan anda berbaloi. Namun, anda perlulah membuat perancangan yang rapi sebelum memandu ke sana.

 

Tiket Feri

Terdapat dua jeti yang disediakan perkhidmatan feri untuk pergi ke Pulau Tioman. Anda bolehlah memilih samada ingin menaiki feri di Jeti Tanjung Gemuk atau Jeti Mersing. Tiket pergi balik untuk seorang dari jeti Tanjung Gemuk adalah RM70.

Di jeti ini juga turut disediakan tempat parking kereta. Anda tidak perlu risau kerana di sini disediakan penjaga kenderaan.

Perjalanan ke Pulau Tioman dari jeti Tanjung Gemuk mengambil masa yang agak lama iaitu kira-kira 45minit -1 jam. Oleh itu,anda dinasihatkan untuk membawa ubat mabuk laut.

 

Tarikan Pulau Tioman

percutian ke pulau tioman - 1

  1. Pusat Bebas Cukai

Jangan ingat Langkawi sahaja yang ada pusat bebas cukai,malah di sini juga turut mempunyai pusat bebas cukai. Pusat bebas cukai ini terletak di Kampung Tekek. Terdapat pelbagai barangan yang dijual di sini. Menariknya percutian ke Pulau Tioman ini adalah kesemua barangan ini adalah bebas cukai! Untuk pengetahuan anda, Kampung Tekek ini merupakan pusat Pulau Tioman untuk menjalankan segala aktiviti. Di sini terdapat Pejabat Kastam, Pejabat Daerah, sekolah rendah dan menengah dan sebagainya.

  1. Skuba Diving

Sekiranya anda berminat untuk melakukan scuba diving,percutian ke Pulau Tioman sememangnya pilihan yang tepat untuk anda. Di sini anda boleh menikmati kehidupan marin di sebalik air kristalnya yang jernih sambal melakukan aktiviti scuba diving.

  1. Air Terjun

Dari jeti,perjalanan yang singkat melalui hutan akan membawa anda kepada salah satu air terjun yang paling mengagumkan di Pulau Tioman. Di sini anda boleh Anda boleh menikmati kesejukan air terjun asah yang terletak di kampung mukut.  Kepada anda yang gemarkan air terjun,jangan lepaskan peluang ini. Sambil itu juga anda boleh berkelah bersama keluarga atau rakan anda dan nikmati percutian ke Pulau Tioman anda sepuasnya.

  1. Snorkeling

Di samping anda bersantai di pasir pantai Pulau Tioman yang memutih,anda juga boleh melakukan aktiviti snorkeling. Terdapat pelbagai tempat yang boleh anda pilih untuk melakukan snorkeling seperti di Pulau Rengis. Di sini terkenal dengan ‘coral’ yang amat cantik sekali dan pelbagai jenis ‘coral’ yang mungkin anda tidak akan jumpa di pulau lain. Anda boleh bersantai di persisiran pantai yang memutih dan jangan lupa bawa ‘camera’

Selain itu,anda juga boleh melakukan aktiviti snorkeling di taman laut Pulau Tioman dan pulau-pulau kecil di sini. Kawasan ini telah di zonkan sebagai taman laut demi menjaga ekosistem hidupan laut di sini. Taman laut ini berada berdekatan dengan Kg.Tekek dan anda akan berpeluang untuk merasai pengalaman di “serang” oleh ikan-ikan yang comel dengan pelbagai warna.

Jika tidak percaya,bawalah roti semasa aktiviti snorkeling itu dan anda akan melihat pelbagai ikan-ikan yang akan mengerumuni anda dalam sekelip mata. Jangan lupa untuk merakamkan memori indah ketika dalam suasana percutian di Pulau Tioman ini.

 

Tunggu apa lagi? Nikmatilah percutian ke Pulau Tioman bersama keluarga ataupun teman-teman tersayang.

Kredit foto: clicktraveltips

<<Ketahui tempat menarik di Korea bersama keluarga

Previous post

Kacang Tanah Punca Utama Masalah Jerawat?

Next post

Punca Payudara Bengkak Menjelang Menstruasi & Cara Meredakan Kesakitan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *