9 Cara Kecilkan Paha Paling Cepat Dan Berkesan
Kredit foto: jennfit.ca
Cara Kecilkan Paha. Ada sesetengah daripada kita yang mengharapkan saiz paha yang besar, tetapi bagi yang memiliki saiz paha yang besar pastinya akan berusaha untuk kecilkan paha!
Ramai di kalangan selebriti tempatan mahupun antarabangsa memiliki paha yang besar atau dengan kata lain berbentuk badan seperti buah pir dan ia tidak memberikan kesan yang maksima terhadap kehidupan mereka. Namun, apa yang mereka lakukan ialah seimbangkan bentuk badan di bahagian atas dengan bentuk badan di bahagian bawah supaya ia kelihatan ideal.
Bagaimanakah cara kecilkan paha? Banyak faktor perlu diambil kira untuk kecilkan paha dan ia bukanlah hanya senaman semata-mata.
Faktor yang menyebabkan paha menjadi besar ialah:
1 . Jantina
Hormon yang ada pada setiap jantina amat mempengaruhi distribusi lemak pada tubuh badan manusia. Estrogen pada wanita kebiasaannya akan mengarahkan lemak untuk berkumpul di sekitar pinggul, paha dan beberapa bahagian lain.Manakala hormon testosteron pada lelaki akan menyimpan lemak di kawasan perut. Ianya adalah lebih sukar untuk mengurangkan lemak di bahagian perut berbanding wanita di bahagian paha.
2 . Bentuk tubuh
Bentuk tubuh amat mempengaruhi ukuran paha bagi setiap wanita. Wanita yang memiliki bentuk tubuh seperti pir mempunyai ukuran paha yang sabgat besar berbeza dengan wanita yang mempunyai bentuk tubuh seperti cili memiliki paha dan kaki yang kurus. Anda tidak dapat mengubah bentu tubuh anda tetapi apa yang pasti anda boleh mengecilkan bahagian tersebut.
3 . Lemak
Bentuk paha anda mungkin menjadi besar kerana terdapat lemak di kawaan tersebut. Anda perlu bersabar ketika dalam proses untuk kecilkan paha kerana ianya bukanlah sesuatu yang mudah.
4 . Otot
Mungkin juga anda memiliki otot paha yang besar. Otot mempunyai saiz dan ukuran yang berbeza yang terdiri daripada berbagai jenis serat otot.
Apa yang patut anda lakukan untuk kecilkan paha serta mengekalkan ukuran idaman paha anda.
- Mengatur pola pemakanan anda. Jika anda tidak dapat mengatur pola pemakanan dengan betul, bermakna sia-sia sahaja usaha anda bersenam untuk kecilkan paha.
- Mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi. Pengambilan makanan berlemak merupakan faktor utama paha menjadi besar. Oleh sebab itu, kurangkanlah pengambilan makanan yang berlemak. Gantikan dengan makanan yang lebih sihat dan mempunyai khasiat yang baik untuk tubuh badan anda. Secara tidak lansung, ia dapat membantu mengurangkan lemak dalam badan anda!
- Memperbanyakkan makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Tahukah anda makanan yang mempunyai serat yang tinggi dapat membantu untuk mengurangkan saiz paha? Ini kerana makanan berserat mempunyai khasiat yang sangat tinggi dan kurang lemak.
Baca Juga: Makanan Serat Tinggi
- Makan juga makanan seperti kekacang kerana kacang dapat menghilangkan lemak jahat yang ada di dalam tubuh.
- Kurangkan minyak di dalam setiap hidangan. Anda boleh menukar kepada minyak yang diperbuat dari jagung ataupun kacang tanah.
Baca Juga: Khasiat Kacang Tanah
- Gunakan produk kesihatan. Makanan tambahan dapat membantu dalam mempercepatan proses mengecilkan bahagian paha dengan cepat. Tetapi anda perlu memastikan bahawa ia telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Karbohidrat yang terkandung di dalam nasi putih,roti putih,bubur, lontong bahkan kerepek kentang akan menyebabkan lemak mudah berkumpul di bahgaian paha. Elakkan dari mengambil makanan ini dalam jumlah yang banyak.
- Minum teh hijau. Hal ini adalah kerana teh hijau sangat berkhasiat untuk membakar lemak yang terdapat di dalam tubuh seperti lemak di bahagian paha.
- Banyakkan meminum air putih kerana ia dapat membantu dalam proses mengeluarkan peluh.
Nota Kaki: Jadikan pemakanan seimbang sebagai makanan harian anda dan lakukan senaman ringan untuk memantapkan bentuk tubuh yang diingini. Jangan lupa SHARE artikel ini ya!
<< Ketahui senaman yang boleh mengecilkan punggung anda yang lebar itu di sini.
No Comment