Nak Kulit Cantik, Bersih & Bebas Daki? Wajib Scrub Badan!
Selalunya banyak orang mengabaikan aspek penjagaan kulit tubuh kerana lebih mementingkan penjagaan kulit wajah. Namun tahukah anda tubuh badan juga layak untuk dijaga dan dibelai agar ia sentiasa lembut, bersih dan cerah sekata.
Dengan adanya scrub badan, kulit badan akan lebih licin dan bersih sepenuhnya. Jadi, WOM.my akan kongsikan dengan anda cara untuk menyediakan scrub badan buatan sendiri di rumah. Kini anda tidak perlu lagi untuk membayar kos yang agak mahal di spa untuk melakukan scrub badan.
Kepentingan Scrub Badan
- Membersihkan dan menyingkirkan sel kulit mati.
- Membantu kulit untuk bernafas.
- Menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah.
- Menanggalkan daki pada badan.
- Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti pelipat paha, lutut,siku dan celah ketiak.
- Mengurangkan keletihan.
- Menghindarkan bau badan dan peluh berbau.
- Memperbaiki tekstur kulit.
- Mengurangkan dehidrasi.
Mengapa Scrub Wajah Tidak Boleh Dipakai Pada Tubuh Dan Sebaliknya?
Kulit wajah mempunyai tekstur yang lebih tipis, lembut, serta lebih sensitif dibandingkan kulit tubuh yang tebal dan kasar. Oleh sebab itu,scrub wajah tidak disarankan untuk digunakan pada tubuh anda.
Kekerapan Yang Sesuai Untuk Melakukan Scrub Badan
Skrub badan sebaiknya dilakukan 2 minggu sekali sesuai dengan keadaan kulit anda.
DIY Scrub Tubuh Anda Di Rumah
Campurkan serbuk kopi dengan gula dan gaul sehingga sebati. Anda juga boleh mencampurkan minyak kelapa ke dalam campuran kopi dan gula tadi. Setelah siap,letakkan dalam balang kaca dan sedia untuk digunakan.
- Scrub Lavender dan Vanilla
Campurkan 2 cawan gula, 1 cawan minyak biji anggur,1 sudu teh ekstrak vanilla,2 sudu besar bunga lavender kering dan 12 titik minyak essential lavender ke dalam satu mangkuk bersaiz sederhana. Gaul rata sehingga sebati dan sedia untuk digunakan sebagai scrub badan.
- Scrub Koko
Campurkan minyak kelapa bersama gula perang dan serbuk koko ke dalam sebuah mangkuk bersaiz sederhana dan kacau sehingga sebati. Simpan ramuan yang sudah siap di dalam balang kaca.
- Scrub Garam Rosemary Dan Lemon
Campurkan garam laut bersama minyak zaitun dara,lemon dan rosemary kering dan letakkan dalam balang bertutup rapat supaya anda mudah untuk digunakan pada lain hari. Senang, bukan?
- Skrub Mandian Bergula
Skrub mandian ini juga sangat mudah untuk dibuat. Anda cuma perlukan bahan-bahan seperti gula kasar,minyak zaitun dan 15-20 titis minyak kegemaran anda. Campurkan kesemua bahan sehingga sebati dan siap untuk digunakan. Fungsi scrub badan mandian bergula ini adalah untuk membuang lapisan kulit yang mati.
- Scrub Kelapa Bersama Gula Perang Dan Vanila
Campurkan sedikit minyak kelapa,gula perang dan vanilla mengikut keperluan anda dan gaulkan kesemua bahan-bahan tersebut. Kemudian,scrubkan kulit tubuh anda semasa mandi dan bilas. Scrub ini dapat melembapkan kulit anda.
- Scrub Garam Sitrus
Campurkan ½ cawan garam laut, minyak jojoba(minyak zaitun atau apa sahaja minyak yang anda gemari) bersama 1 sudu teh kulit limau dan gosokkan pada kulit semasa mandi. Kemudian,bilas badan anda. Scrub ini akan membuatkan anda jadi lebih hebat selepas mandi pagi atau selepas melakukan aktiviti sukan.
- Scrub Oatmeal
Campurkan 2 sudu madu dan oatmeal. Kemudian,sapukan scrub ini pada badan anda. Urut secara perlahan selama 3-4 minit dan bilas.
Perkara Yang Dilarang Ketika Melakukan Scrub Badan
- Elakkan melakukan scrub badan terlalu kerap bagi anda yang memiliki kulit kering dan sensitif.
- Jangan lakukan scrub badan pada kulit yang sedang berjerawat.
- Jangan gunakan scrub badan pada kulit wajah.
- Hindari bahagian mata dan bibir kerana ia sensitif.
- Jangan tekan terlalu kuat ketika melakukan scrub badan kerana ia boleh merosakkan kulit atau terjadinya pengelupasan secara terpaksa.
Info Ekstra!
Anda diingatkan supaya menggunakan body lotion sejurus selepas mandi ketika kulit tubuh anda masih kering. Ini kerana ketika tubuh masih lembab,vitamin yang terkandung dalam body lotion akan lebih mudah diserap oleh kulit.
Kredit foto: alphacoders.
<< Ketahui penyebab jerawat suka tumbuh di bibir dan cara untuk mengatasinya di sini.
No Comment