5 Teknik Solekan Mata Sepet
Kredit Foto: cutemakeupideass
Mata Sepet. Adakah anda salah seorang daripada mereka yang bermata sepet atau kecil serta sering berasa sukar untuk menyolek bahagian ini?
Ramai wanita Asia mempunyai kelopak mata yang nipis atau dipanggil ‘monolids’. Justeru itu, apakah teknik solekan yang sesuai untuk menyerlahkan mata sepet ini?Sebelum anda mulakan solekan mata,pastikan anda telah pakai foundation,concealer dan powder seperti biasa.
Jangan lupa untuk celakkan kening anda dengan pensil coklat gelap. Sekiranya anda mempunyai eyeshadow primer,pakaikan pada seluruh kelopak mata dan dan garisan bawah mata anda. Tujuannya adalah supaya warna eyeshadow yang anda pakai itu lebih menyerlah.
Trik Solekan Untuk Si Mata Sepet
Teknik Solekan Mata Sepet 1
Sapukan white shimmering eyeshadow pada kawasan tulang kening. Tujuannya supaya tulang kening anda nampak lebih tinggi dan menjadikan mata anda lebih besar. Teknik ini dipanggil highlight.
Teknik Solekan Mata Sepet 2
- Gunakan eyeshadow coklat gelap dan sapukan di seluruh kawasan bebola mata. Selepas itu blend eyeshadow melebihi daripada kawasan bebola mata dan menghala ke sudut luar mata. Tujuan ini ialah untuk membentuk kelopak mata kerana mata sepet tidak mempunyai kelopak mata,sekaligus menjadikan mata anda kelihatan besar.
- Kemudian,di sudut luar mata sapukan warna eyeshadow gelap seperti hitam atau coklat tua. Adunkan warna-warna gelap ini di sekeliling kawasan bebola mata seperti bentuk bulan sabit.
- Seterusnya highlightkan kawasan tengah bebola mata dengan warna putih.
- Jangan lupa sapukan juga eyeshadow di bawah garisan bawah mata
Teknik Solekan Mata Sepet 3
Gunakan soft brown eyeshadow dan blend pada bahagian atas bebola mata(bahagian eyeshadow coklat gelap) tadi supaya tone eyeshadow anda akan berubah menjadi semakin cerah apabila menghampiri kawasan tulang kening.
Baca Juga: Mekap Mata
Teknik Solekan Mata Sepet 4
Aplikasi penggaris mata membuatkan mata sepet anda kelihatan lebih besar semulajadi. Ikuti dua trik solekan penggaris mata berikut:
- Lukis garis tipis pada garisan atas mata sepet atau kawasan yang paling hampir dengan bulu mata. Anda tidak perlu menggaris di bahagian bulu mata bawah untuk efek lebih segar.
- Lukis garis tebal dan bersayap seperti gaya solekan popular di zaman 50-an dan 60-an. Penekanan di bahagian ini akan memberikan efek mata yang galak. Kemudian gariskan separuh sahaja eyeliner di bawah mata.
Teknik Solekan Mata Sepet 5
Pakaikan mata sepet anda dengan bulu mata palsu dan lentikkan dengan pelentik bulu mata. Sapukan juga maskara agar mata sepet anda lebih kelihatan galak dan besar.
Tips Penting Untuk Solekan Smokey Eyes
Elakkan memakai warna lipstik merah atau gelap sekiranya anda mengaplikasikan solekan smokey eyes. Sebaliknya,pakailah warna lipstik yang lembut seperti soft pink atau nude.
Info Ekstra
- Pensil – Sesuai untuk mereka yang tidak begitu mahir bersolek.
- Gel/krim – Untuk mereka yang sudah mahir melukis garis mata.
- Cecair – Pastikan tangan anda tidak menggeletar sewaktu mencipta garis bersayap yang kemas.
- Kohl/celak – Seperti krayon untuk mencipta garis tebal.
Jangan lupa SHARE artikel ini.
<< Ketahui magik bulu mata palsu di sini.
No Comment