Apa Punca & Bahaya Uri Bawah Rahim? Baca Di Sini…
Setiap ibu yang hamil tentu mahukan kandungannya sihat, dari awal kehamilan sampailah selamat bersalin. Namun, kadang-kadang perkara yang ditakuti itu berlaku juga misalnya uri bawah. Dalam setiap 1,000 wanita, antara tiga hingga enam orang akan mempunyai masalah ini.
Apa yang dimaksudkan uri bawah. Untuk pengetahuan anda, uri bawah atau lebih dikenali sebagai plecenta previa adalah keadaan di mana kedudukan uri berada di bawah dan menutupi pintu servik.Pendarahan selalunya akan berlaku sekiranya menghadapi masalah uri bawah ini. Apabila bahagian bawah rahim atau uterus mulai regang pada peringkat kedua kehamilan, plasenta mungkin terpisah, menyebabkan berlakunya perdarahan yang teruk. Berita buruknya,bayi tidak boleh dilahirkan melalui vagina jika plasenta menutupi pembukaan rahim secara menyeluruh.
Jenis Uri Bawah
Masalah uri bawah ini boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu:
- Jenis I Atau Uri Rendah
Uri terletak pada bahagian paling bawah rahim tetapi tidak sampai ke pangkal rahim. Namun begitu, bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina.
- Jenis II Atau Pinggiran
Uri menyentuh bahagian atas pangkal rahim, tetapi tidak menutupinya. Bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina.
- Jenis III Atau Separa
Uri menutupi sebahagian pangkal rahim, oleh itu bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan Caesarean.
- Jenis IV Atau Lengkap
Uri menutupi seluruh pangkal rahim dan bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan Caesarean.
Golongan Berisiko Menghadapi Masalah Uri Bawah
- Terlalu kerap mengandung dan kehamilan yang terlalu rapat.
- Pernah menjalani pembedahan Caesarean ketika melahirkan anak terdahulu .
- Wanita yang pernah menjalani pembedahan untuk membuang fibroid.
- Mempunyai luka pada rahim.
- Mengandung pada usia terlalu muda atau lewat.
- Risiko bertambah tinggi dengan peningkatan umur.
- Mengandung anak kembar.
- Merokok atau mengambil dadah.
Caranya ialah:
- Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas atau sandarkan pada dinding jika anda tidak mampu untuk mengangkat kaki. Baringlah dalam keadaan begini selama mana yang anda mampu lakukan.
- Kemudian,tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan anda. Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu. Lakukan senaman ini dalam 10-15 kali untuk satu sesi senaman.
- Selain daripada senaman, anda juga boleh cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agar pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi.
- Malah,sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal.
Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur.
Kredit foto: eggdonors
<< Ketahui tips mencegah dan menunda kehamilan anda di sini.
No Comment