ProblemSihat

Mandi Malam Punca Paru-Paru Berair?

Paru-Paru Berair - Women Online Magazine

Paru-paru berair adalah jangkitan paru-paru yang boleh menyebabkan batuk, demam dan masalah sukar bernafas.Radang paru-paru selalu bermula apabila anda menyedut kuman ke dalam paru-paru anda. Jom kenali dengan lebih mendalam tentang penyakit paru-paru berair ini.

Paru-paru berair atau nama lainnya Pulmonary Edema ini berpunca apabila darah yang mengalir ke paru-paru berlebihan dan tekanan darah dalam saluran darah yang mengalir keluar dari paru-paru ke jantung kiri meningkat, maka ia akan menyebabkan darah bertakung dalam paru-paru. Oleh itu,ia menyebabkan kita lemas dengan darah kita sendiri.

Tanda-Tanda Paru-Paru Berair

  • Batuk berkahak atau mungkin disertai dengan darah.
  • Sesak nafas.
  • Menggigil, mungkin sekali atau kerap.
  • Sakit dada
  • Rasa letih.
  • Loya dan muntah.
  • Cirit birit.

Tanda Berbeza Mengikut Tahap Takungan Darah

Tanda paru-paru berair juga bergantung kepada kadar berlakunya takungan itu dan jumlah darah yang bertakung. Sekiranya takungan itu berlaku dalam masa yang singkat dan mendadak, pesakit akan merasai sesak nafas yang ketara, batuk teruk dan nafas berbunyi seperti mereka yang diserang lelah. Manakala kahak yang keluar pula berbuih dan mungkin juga berdarah. Bibir pula akan kebiruan,jari jemari berpeluh teruk dan juga sukar untuk baring.

Selain itu,jika takungan berlaku dalam jangka waktu yang panjang, pesakit lebih mudah sesak nafas apabila bergerak aktif, berjalan, naik tangga malah bersenam ringan.Pesakit juga akan mengadu tidak boleh baring mendatar, memerlukan lebih daripada satu bantal untuk kepala dan sering terbangun pada waktu malam kerana tersedak dan terbatuk-batuk. Ini berpunca kerana isi padu darah yang bertakung meningkat. Selain itu, bengkak kaki dan hati juga boleh berlaku.

Punca Paru-Paru Berair

  • Kegagalan jantung kerana pelbagai sebab seperti penyakit jantung koronari atau masalah jantung berlubang yang berpanjangan atau melebar.
  • Kecederaan pada dada.
  • Kegagalan buah pinggang.
  • Ubat-ubat tertentu seperti hydralazine, procainamide, isoniazid.
  • Kerosakan hati yang kronik.
  • Pemberian cecair atau darah yang banyak dan terlalu cepat secara intravena.
  • Penyakit tiroid yang terlalu aktif.

Rawatan Paru-Paru Berair

  1. Efusi plueral yang besar serta menyebabkan sesak nafas akan dirawat menerusi kaedah penyedutan cecair di dalam kawasan terlibat menggunakan Thoracentesis.
  2. Efusi yang berpunca daripada Pneumonia pula akan akan diberikan antibiotik, dan jika ada bendalir yang terkumpul akan disedut.
  3. Jika bendalir tersebut terkumpul disebalik parut,maka proses penyedutan akan menjadi sukar. Oleh itu kadang-kala sejenis ubat yang dikenali sebagai thrombolytics (fibrinolytics) akan diterapkan dalam kaviti pleural untuk membantu proses penyedutan. Kaedah ini dilakukan untuk mengelakkan pembedahan. Jika kaedah tersebut tidak dapat dilakukan, maka pembedahan pembuangan mana-mana lebihan kulit berfiber yang tebal pada permukaan paru-paru akan dilakukan untuk membolehkan paru-paru mengembang dengan normal.

INFO EKSTRA!

Adakah mandi lewat malam menyebabkan masalah paru-paru berair?

Sebenarnya tidak ada masalah sekiranya anda mandi lewat malam. Ini kerana bakteria dan virus boleh sahaja berada di mana-mana. Contohnya ‘Atypical mycobacteria’ ini hidup di dalam air paip. Warga emas terutamanya memang diketahui tahap antibodinya lemah lebih mudah diserang oleh bakteria ini di dalam paru-paru. Manakala orang muda yang mempunyai kekentalan antibodi tidak menghadapi masalah. Jadi,nikmatilah mandi anda!

Kredit foto: cdn12.grohe

<< Ketahui penyebab anda susah buang air besar di sini.

Previous post

Jom Kenal Taktik Lelaki Gatal!

Next post

Digi Lancar Indentiti Jenama Berwajah Baru

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *