CantikKulit

Wajib Makan! 6 Makanan Sihat Untuk Atasi Masalah Kulit Muka Kering

Kulit Muka Kering - Women Online Magazine

Memiliki kulit kering, tak kiralah samada di muka, tangan mahupun kaki ia tetap membuatkan seseorang itu berasa tidak selesa.Selain boleh mengurangkan keyakinan diri, kulit kering juga boleh mempercepatkan lagi proses penuaan.

Ketika mengalami masalah kulit muka kering, ramai di antara kita yang berpendapat bahawa pelembab adalah penyelesaian terbaik, sedangkan anda sebenarnya boleh mengambil makanan tertentu untuk menjaga kulit agar tetap lembab.Biarpun pelembab mampu membuatkan kulit anda lembab, namun jika tak kena caranya ia tetap boleh membuatkan kulit anda menjadi lebih kering.Banyak pelembab yang mengandung bahan sentetik yang tidak sepenuhnya dapat melembabkan kulit. Ini membuatkan anda terasa seperti sentiasa perlu atau wajib memakai pelembab.

Untuk menjaga kelembaban kulit, anda perlu untuk melembabkannya dari dalam. Langkah pertama, anda perlu minum air masak dengan jumlah yang banyak. Di samping itu, anda juga perlu menambahkan makanan sihat ke dalam diet harian anda.Pengambilan makanan sihat akan membuatkan kulit anda menjadi lebih sihat dan terjaga kelembabannya.

  1. Walnut

Walnut merupakan salah satu dari beberapa kacang-kacangan yang memiliki asid lemak Omega 3. Ia sangat berguna untuk menghidrasi kulit kerana memiliki sifat anti-inflamasi.

  1. Almond

Cukup kaya dengan vitamin E, almond menjadi salah satu makanan terbaik untuk kulit terhidrasi. Vitamin E merupakan pengambilan penting bagi tubuh, kerana merupakan antioksidan yang membuatkan kulit menjadi lebih halus dan gebu.Selain itu, almond juga merupakan sumber lemak baik yang sangat bagus untuk melembabkan kulit.

 

  1. Nanas

Nanas mengandung enzim khas yang disebut bromelain. Enzim bromelain memiliki kemampuan untuk memecah protein dan mengeluarkan racun dari tubuh.Jika tubuh anda dipenuhi racun, ia boleh membuatkan kulit anda menjadi kasar dan kering. Jadi, untuk mendapatkan kulit yang cantik dan tidak kerang, makan nanas secara teratur mulai sekarang!

 

  1. Mentimun

Mentimun memiliki kandungan air yang sangat tinggi, yang membuatnya sangat baik untuk menghidrasi kulit dari dalam dan luar.Selain memiliki kandungan air yang tinggi, mentimun juga memiliki beberapa nutrisi yang unik yang sangat bermanfaat untuk kulit anda.Mentimun adalah salah satu sumber terbaik dari ‘silikat’, yang merupakan mineral yang meningkatkan kelembaban dan keanjalan kulit.Mentimun juga mengandung ‘asid caffeic’, yang fungsinya hampir sama dengan asid lemak Omega 3 – anti-inflamasi mencegah kekeringan.Jadi, untuk mendapatkan kulit yang indah, pastikan untuk selalu makan mentimun.

  1. Avocado

Avocado merupakan menyumbang terbesar lemak baik. Ini bermakna buah ini betul-betul akan membantu anda menjaga kelembaban kulit.Avocado mengandung vitamin E dan vitamin C. Vitamin E merupakan nutrisi yang baik untuk menghidrasi kulit. Selain itu, vitamin C juga merupakan vitamin yang sangat sihat untuk kulit. Vitamin C bukan sahaja bermanfaat untuk mencerahkan kulit dan membuatnya tetap anjal, tetapi juga dapat mencegah kulit muka kering.

  1. Bayam & Sayuran Hijau

Bayam dan sayuran hijau lain banyak mengandungi zat besi, asid lemak, Omega-4 dan vitamin A, B, dan E yang melindungi kulit dan meningkatkan sistem ketahanan tubuh anda. Fitokimia dan folic membantu melembabkan kulit muka kering dan menjaganya agar tetap sihat

 

  1. Ubi Jalar

Ubi jalar mengandungi beta karoten dalam jumlah yang tinggi dan membantu untuk mengatasi masalah kulit muka kering.Beta karoten adalah antioksidan yang mencegah kulit menjadi kering. Ia mampu melawan kerosakan akibat sinar matahari yang boleh membuatkan kulit muka kering.Selain mengandung beta karoten, ubi jalar juga memiliki vitamin A dan vitamin C, yang memperbaiki kolagen yang rosak ketika kulit muka anda kering.

 

  1. Minyak Zaitun

Extra Virgin Olive Oil kaya akan vitamin E dan lemak yang baik untuk melembabkan kulit, baik dari dalam (dimakan) dan luar (diaplikasi). Sungguhpun begitu, penggunaan minyak zaitun ini tidak disarankan untuk kulit yang bermintak kerana dapat merangsang pertumbuhan jerawat.

Kredit foto: healingthebody

<< Kenali jenis makanan pencegah penyakit di sini.

 

Previous post

Manfaat Daun Kari Lebih Daripada Itu. Bukan Sekadar Penyedap & Penambah Keharuman Masakan

Next post

Batu Karang Penyebab Sakit Ketika Kencing?

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *