CantikKulit

7 Cara Cantik Dengan Minyak Masak

Minyak Masak - Women Online Magazine

Kredit Foto: centexgreaserecovery

Minyak Masak. Guna minyak masak pun boleh buat kita jadi cantik? Biar betul? Tapi, macam mana?

Ternyata minyak masak iaitu minyak kelapa tidak hanya berguna untuk keperluaan dapur sahaja. Sebaliknya, bahan semulajadi ini boleh anda manfaatkan dalam ritual kecantikan anda. Pastikan anda menyediakan satu botol khas untuk minyak masak ini di bilik air dan gunakan secara rutin. Kulit bersih bersinar dijamin menjadi milik anda!

 

  1. Pelembab

Minyak masak atau minyak kelapa mengandungi anti bakteri jahat dan anti kulat yang menyihatkan kulit anda. Jadi, anda boleh menggunakan minyak masak ini sebagai losyen. Lumur badan dan wajah anda secukupnya dengan minyak masak ini, biarkan semalaman. Lakukan secara rutin untuk mendapatkan hasil yang cukup mengagumkan.

 

  1. Make Up Remover

Selepas ini, anda tidak perlu lagi membeli pembersih make up. Memadai jika anda membersihkan wajah anda dengan minyak masak. Gosok perlahan-lahan permukaan kulit dengan kapas. Sisa-sia mekap akan terhapus bersih olehnya, bahkan solekan daripada bahan waterproof yang sukar dihilangkan pun boleh tanggal. Paling best, selamat tinggal mata panda di pagi hari!

 

  1. Masker Rambut

Sesudu minyak masak yang masih belum digunakan untuk hujung-hujung rambut yang kering berkhasiat melembabkannya. Sapukan ke rambut dan biarkan selama 10 minit. Tak jadi masalah jika anda membiarkannya semalaman pun kerana ia tidak akan merosakkan rambut.

 

  1. Peluruh Sel-Sel Kulit Mati

Campurkan gula merah dengan minyak masak tersebut dan gunakan sebagai lulur. Butiran halus daripada gula merah akan mengikis sel-sel kulit mati, dan bersama minyak masak, ramuan ini akan membuat kulit anda menjadi lebih lembab dan bercahaya.

 

  1. Melembabkan Bibir

Tidak seperti kulit tubuh lainnya, bibir tidak memiliki kelenjar minyak. Jadi, sebab itulah ia mudah sekali kering, apatah lagii ketika cuaca panas terik dan tubuh anda kurang terhidrasi. Untuk mengatasinya, sapukan minyak masak secukupnya untuk menjaga kelembaban bibir anda.

 

  1. Mengilatkan Kuku

Gosok dengan lembut kuku anda sehingga ke bahagian pangkal kuku dengan minyak masak. Gunakan untuk mengurut bahagian ini agar kuku anda lebih relaks.

 

Baca Juga: Cara Merawat Tumit Kaki Yang Pecah-Pecah

 

  1. Berendam

Ciptakan suasana yang menenangkan dengan menuangkan sesudu makan minyak masak ke dalam tab mandi Anda. Selain rasa tenang, ini juga akan melembutkan kulit. Lebih-lebih lagi jika anda juga menggunakannya sebagai lulur. Gunakan air suam dan biarkan ia bercampur sebati sebelum anda berendam.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini ya!

>> Ketahui kebaikan facial muka yang boleh buat wajah anda nampak lebih berseri dan anjal di sini.

 

Previous post

9 Cara Kurangkan Risiko Buah Pinggang Rosak

Next post

Resepi Spaghetti Bebola Daging

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *