Petua Pemakanan

Cerahkan Wajah & Hilangkan Jerawat Dengan Asam Jawa

 

 

Asam Jawa - Women Online Magazine

Foto: thebrazilianfoodie

Asam jawa ialah sejenis pokok malar hijau yang menghasilkan buah asam untuk kegunaan masakan harian. Pokok asam jawa adalah tumbuhan semula jadi di benua Afrika.

Kini asam jawa telah tersebar luas ke serata dunia dan termasuklah yang ada di Malaysia. Ia diperkenalkan ke negara-negara di Asia melalui pedagang-pedagang Arab yang datang singgah ke Asia Tenggara.Buah asam jawa merupakan komponen utama dalam masakan seharian tetapi khasiatnya juga tidak boleh di ketepikan. Banyak kajian dijalankan bagi mengoptimakan penggunaan tumbuhan asam jawa. Malaysia mengimpot 60-80% asam jawa dari negara jiran terutamanya dari India kerana pengeluaran tempatan sangat kurang.

Khasiat Asam Jawa

Asam jawa digunakan untuk rawatan kulit agar kelihatan lebih cerah. Caranya, lumatkan buah asam jawa dengan air hangat. Tambah sedikit serbuk kunyit lalu kacau hingga membentuk doh seperti lulur. Gunakan ramuan tersebut sebagai lulur, biarkan selama 15 minit agar nutrisi meresap. Kemudian bilas dengan air bersih.

  • Merawat demam

Daun asam jawa mampu menurunkan demam pada orang dewasa. Jika anda diserang demam, ambil 1 genggam daun asam jawa. Rebuskan dengan 1 liter air hingga berbaki setengah. Tapis airnya, lalu diminum 2 kali sehari tiap pagi dan petang.

Rendam asam jawa bersama air sehingga mengembang. Lalu gosokkan pada bekas luka yang gatal.

  • Mengubati alergi

Ambil 3 biji asam jawa, ¼ sudu kapur sirih dan garam secukup rasa. Semua bahan direbus dengan 3 gelas air hingga tinggal hanya 1 gelas saja. Setelah sejuk airnya, tapis dan minum dua kali sehari.

12 helai daun sambiloto, 10 keping temulawak, 5 cm kencur, 1 sudu teh jintan, dan 10 helai daun jintan, semua bahan dicuci. Asam jawa sebesar ibu jari orang dewasa. Ambil semua bahan ditumbuk hingga halus dan tambah asam jawa. Bancuhkan bersama 2 gelas air panas. Setelah sejuk, airnya ditapis dan diminum 3 kali sehari.

  • Melegakan sakit perut

Ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas dan disapukan air tadi di perut dan kemudian biarkan seketika sebelum dibilas dengan air yang bersih.

  • Menghilangkan bengkak gigitan serangga

Ambil 3 biji asam jawa lalu ditumbuk hingga halus. Bahagian yang bengkak dibersihkan dulu dengan kain yang sudah disapu dengan minyak kayu putih. Selepas itu tampal asam jawa yang sudah ditumbuk halus pada bahagian yang bengkak.

Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak. Caranya dengan mengambil air asam jawa, dicampurkan bersama gula dan air. kemudian ditapis, minum seperti biasa.

<< Ketahui khasiat minyak kelapa dara di sini.

Previous post

Kurus Secara Sihat Dengan Senaman Kardio

Next post

Tonton Cerita Menarik di Astro, Februari Ini!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *