Petua PemakananSihat

7 Khasiat Bunga Teratai

Bunga Teratai - Women Online Magazine

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto:alamendah

Bunga teratai ialah tumbuhan akuatik dalam genus Nelumbo. Bunga yang berasal dari Asia ini tumbuh tenang di permukaan air.

Bunga dan daun terdapat di permukaan air, keluar dari tangkai yang berasal dari rizom yang berada di dalam lumpur pada dasar air. Manakala tangkainya berada di tengah-tengah daun.Daun dan bunganya keluar dari akar yang terikat pada lumpur di dasar air. Helaian daun lebar dan bulat serta tangkai yang panjang dan bulat.

 

Khasiat Bunga Teratai

1. Batuk & Muntah Darah

Rizom teratai dicuci bersih, kemudian dibuat jus. Buat hingga satu gelas. Minum ramuan jus rizom teratai tersebut secara rutin setiap hari selama 3-5 hari.

 

2. Hidung Berdarah

Ambil akar teratai secukupnya kemudian dibuat jus. Perahkan airnya, kemudian titiskan ke dalam lubang hidung.

 

3. Menurunkan Darah Tinggi

Rebus 10 gram biji teratai dan 15 gram tunas teratai dengan air bersih. Minum air rebusan tersebut setiap hari.

 

4. Penyakit Jantung & Hati

Cuci bersih 100 gram rizom teratai dan 50 gram akar. Rebus semuanya dengan air bersih. Setelah sejuk airnya ditapis dan diminum.

 

Baca Juga: Tanda-Tanda Penyakit Jantung

 

5. Mengatasi Mata Merah, Sembab & Letih

Ambil 3 gram biji teratai dan 9 gram bunga seruni. Kumpulkan dalam kain bersih dan kukus. Setelah sejuk, kompreskan pada mata. Lakukan 2 kali sehari tiap pagi dan malam hari.

 

6. Mengatasi Insomnia

Sediakan 5-12 gram biji teratai. Kemudian rendamkan dan rebus dengan 3 gelas air. Biarkan ia mendidih sehingga air surut menjadi segelas. Setelah agak sejuk, minum airnya dan bijinya dimakan.

 

7. Mengatasi Kemurungan

Ambil 20 butir biji teratai, Rebuslah semuanya dengan air. Setelah agak sejuk, minum airnya. Biji teratai yang telah direbus boleh dimakan.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui lebih lanjut khasiat asam jawa di sini.

Previous post

6 Tips Menjaga Rambut Bila Berhijab

Next post

6 Cara Paling Berkesan Ajar Anak Gosok Gigi

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *