Resepi Kek Keju Jepun
Foto: blogspot
Kek ialah pencuci mulut yang sering menjadi pilihan di majlis-majlis, terutamanya majlis perkahwinan, ulang tahun, dan hari lahir. Terdapat banyak resipi kek, ada yang seperti roti, beberapa jenis berlemak dan rumit dan dari klasik ke moden.
Kini membuat kek tidak lagi rumit kerana peralatan membakar dan membuat telah diringkaskan agar tukang masak yang paling amatur juga boleh membuat kek.
Kek Keju Jepun
Bahan-bahan:
- 7 keping cheddar cheese
- 4 biji telur
- 70gm butter
- 200ml susu segar
- 70gm gula halus
- 70gm tepung kek
Cara memasak:
- Koyakkan cheddar cheese pada saiz yang kecil. Campurkan 200ml susu segar.
- Masak dengan api yang perlahan, pastikan anda kacau selalu. Masukkan butter, kemudian tutupkan api.
- Asingkan telur putih dan kuning. Pukul telur putih dgn 70gm gula halus hingga kembang. Kemudian pukul pula telur kuning hingga kembang dan masukkan dalam adunan cheddar cheese tadi.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau perlahan. Sekiranya ia berketul, tapiskan. Kemudian masukkan adunan cheddar cheese tadi. Gaul dan sebatikan adunan.
- Lapik acuan dalam loyang bulat dan tuang adunan ke dalam acuan.
- Letakkan loyang di dalam bekas yang berisi air panas. Masukkan ke dalam ketuhar yang telah di panaskan 20min pada suhu 170c selama 20 minit. Kemudian rendahkan suhu kepada 140c dan terus membakar sehingga 40 minit.
- Gunakan teknik membakar “bain marie” atau “steam bath” kerana cheddar cheese sangat lembut dan mudah terbakar.
- Setelah 1 jam, keluarkan kek dari ketuhar dan sejukkan.
- Potong mengikut kretiviti anda dan sedia dihidangkan.
Selamat mencuba!
<< Dapatkan resepi kek lapis sarawak kukus asam manis di sini.
Related Posts
Tags:Kek Keju Jepun
No Comment