13 Penyebab Terjadinya Kulit Sensitif
Kredit Foto: emmagem
Kulit Sensitif. Bagaimana untuk mengesan kulit sensitif?
Jika anda sering mengalami kulit wajah yang gatal, kemerah-merahan, tegang dan kelihatan berbintik, itu petandanya anda mempunyai kulit sensitif. Lebih parah lagi jika hari panas, anda sedang berpeluh-peluh dan terdedah kepada cahaya matahari.
Hal ini terjadi kerana kulit bertindakbalas dengan bahan kimia dan sel kulit tidak dapat bertahan atau ia sendiri tidak mempunyai bahan pelindungan. Kulit yang sensitif mudah ditumbuhi jerawat apabila terkena kotoran, radikal bebas atau ketika menggunakan produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia.
Baca Juga: Hilangkan Jerawat Pasir
Kenapa Terjadinya Kulit Sensitif?
1.Ketidakseimbangan Hormon
Untuk pengetahuan anda, ketika anda mengalami tekanan dan bebanan kerja atau masalah yang lain, kulit anda akan menjadi sensitif. Ini kerana perubahan hormone anda yang tidak seimbang. Ia juga berlaku ketika tempoh kehamilan dan pertambahan usia.
Perubahan iklim cuaca yang berbeza-beza juga dapat mempengaruhi kadar penghasilan minyak sehingga menyebabkan kulit sensitif. Jangan sangka kulit sensitif hanya terjadi ketika cuaca panas sahaja ya, ia juga terjadi jika anda terdedah kepada sejuk yang melampau dan menyebabkan kulit anda menjadi kering, gatal dan sensitif.
3. Penggunaan Produk Kecantikan
Kandungan bahan kimia yang terdapat dalam produk kecantikan menyebabkan kulit mudah terhakis pada kulit perlindungan. Ia menipiskan lapisan kulit sehingga urat-urat kapilari merah pada sekitar wajah akan timbul.
4. Pola Makanan
Kekurangan nutrisi dan air yang diperlukan tubuh badan juga akan mengakibatkan kulit kering, sehingga paras sensitiviti meningkat.
Baca Juga: Jus Lemon Penyelamat Muka Kering
5. Pancaran Cahaya UV
Ketika kulit anda terkena cahaya UV, pembentukan kolagen pada kulit menjadi tidak sempurna, pigmen dan melanin kulit juga menyebabkan proses penuaan terjadi lebih awal sehingga kulit menjadi sensitif.
6. Faktor Genetik
Biasa kita dengar mengenai faktor genetik sebagai penyebab jika anda ahli keluarga memiliki eczema, psoriasis atau dermatitis yang merangsang kepada terjadinya kulit sensitif.
7. Alergik Pada Makanan
Kulit sensitif juga cenderung kepada anda jika mempunyai terhadap sesuatu makanan. Ini kerana tubuh anda yang mengalami alergik pada sesuatu makanan itu menolak makanan tersebut.
Merawat Kulit Sensitif
Sebahagian besar kulit mempunyai kira-kira 80 peratus air, tetapi permukaan kulit hanya menampung hingga 30 peratus air sahaja. Untuk menyembuhkan dan melindungi kulit wajah sensitif dari keradangan dan jangkitan, maka kelembapan di lapisan permukaan perlu untuk dipertahankan. Pelembab mengembalikan kelembapan kulit wajah.
9. Gunakan Sun Protection Factor (SPF)
SPF juga akan membantu anda mengetahui jika kulit mempunyai cukup perlindungan terhadap sinar UV yang akan menyebabkan kulit anda menjadi sensitif. Pilih SPF yang tidak mengandungi wangian, bahan asid dan minyak.
10. Pilih Pembersih Yang Sesuai
Ramai orang menggunakan pembersih untuk menghilangkan lebihan minyak dan kotoran. Namun, tak ramai memilih produk yang benar-benar sesuai dengan wajah. Jika anda memakai produk itu lebih enam bulan tetapi masih tiada perubahan, mungkin produk itu tidak sesuai untuk anda.
11. Elakkan Pemakaian Scrub Wajah Dengan Kerap
Walaupun anda mencuci wajah dua kali sehari, cara yang terbaik adalah tidak menggunakan scrub wajah lebih daripada sekali atau dua kali seminggu. Untuk seseorang dengan kulit sensitif, cucilah dengan lembut, dan kurangkan penggunaan scrub yang boleh merangsang kulit anda.
12. Produk Kosmetik
Pilih produk kosmetik yang sesuai. Pilih produk yang tidak hanya mempunyai antioksidan yang kuat, tetapi juga bahan-bahan anti keradangan. Apa kata, anda cuba menggunakan serum. Ia bukan hanya mengandungi vitamin C yang baik untuk pertahanan kulit, tetapi juga mengandungi antioksidan.
13. Pengambilan Makanan Yang Sesuai
Perkayakan makanan anda dengan pengambilan rempah-rempah anti keradangan, misalnya kunyit, halia, kayu manis dan lada hitam. Manfaatkan rempah-rempah untuk mengurangkan keradangan pada kulit, dan mencegah garis-garis halus dan kedutan. Elakkan mengambil makanan yang tidak sesuai dengan anda jika anda mempunyai alergik.
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya
<< Ketahui khasiat bunga lawang yang mampu mencantikkan kulit wajah di sini.
No Comment