Petua PemakananSihat

19 Kebaikan Minuman Collagen Yang Buat Anda Jadi Bertambah Sihat Dan Cantik

Minuman Collagen - Women Online Magazine

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: theadvantagesofdrinkingjuice

Minuman Collage.Minuman ini memainkan peranan penting untuk membina organ dan tisu-tisu utama seperti ligamen, tulang, otot dan lain-lain.

Terdapat kajian menyatakan, seseorang yang mengalami tanda-tanda penuaan boleh dirumuskan sebagai petunjuk bahawa mereka kekurangan collagen tulang yang boleh menyebabkan risiko tinggi penyakit tulang rapuh.

Kandungan collagen dalam badan manusia akan berkurangan sebanyak 10 peratus bagi setiap dekad pertambahan umur. Jadi, tidak hairanlah minuman collagen sering diambil oleh wanita yang menginginkan kulit muka tegang dan kelihatan muda remaja.

Khasiat minuman collagen sememangnya sudah lama menjadi buah mulut di kalangan wanita yang mementingkan kecantikan luaran dan dalaman. Minuman collagen ini dipercayai memiliki khasiat untuk memperbaiki kerosakan kulit, menunda proses penuaan hinggalah melangsingkan badan. Jom, semak khaisat minuman collagen untuk kecantikan dan kesihatan.

Khasiat Minuman Collagen

Kecantikan

1. Memberikan kecerahan ketara dalam masa 2 hingga 3 minggu.

2. Minuman collagen menutup liang roma dan mengecut serta menghilangkan parut jerawat.

3. Ia mencegah penuaan yang mengakibatkan kulit wajah kelihatan lebih tua dari usia sebenar.

4. Mengecilkan pori-pori yang terbuka dan menjadikan kulit lebih cantik dan anjal.

5. Tona kulit lebih sekata dan menghilangkan parut serta bintik hitam.

6. Minuman collagen memulihkan kulit yg rosak dan bermasalah.

7. Ia memudarkan dan menghilangkan jeragat.

8. Merawat kulit kering dan berminyak dan menajdikan kulit lebih lembab.

9. Membuat kulit lebih bermaya dan sihat.

 

Kesihatan

10. Bagi mereka yang mempunyai masalah resdung, minuman collagen membantu merawat resdung dengan baik.

11. Merawat luka selepas pembedahan atau bersalin.

12. Memulihkan rekahan tumit kaki akibat berat badan.

13. Mengatasi masalah sengugut dan period yang tidak teratur serta masalah keputihan.

14. Minuman collagen mengempiskan perut buncit dan menurunkan berat badan.

15. Ia menguatkan sendi-sendi tulang dan menyelesaikan masalah lenguh-lenguh badan.

16. Memberi tenaga optimum sepanjang hari setelah mendapatkan tidur yang berkualiti.

17. Mengurangkan kolestrol dan membuang toksin dalam badan.

18. Membantu pasangan untuk mendapatkan zuriat.

19. Ia meningkat pengeluaran susu ibu.

 

 NOTA KAKI

Sebenarnya cara terbaik akal merawat kulit adalah dengan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kandungan vitamin C, vitamin D dan mineral di dalam sayur dan buah-buahan diperlukan agar nutrisi kulit tetap terjaga dengan sempurna.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini ya.

<< Ketahui petua hilangkan bintik hitam secara semulajadi di sini.

Previous post

Hangatkan Kembali Cinta Dengan Fantasia Bulan Madu

Next post

Kain Songket Fabrik Warisan Kekal Sepanjang Zaman

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *