Kucing Siam Eksotik
Kredit Foto: wallpapersak
Kucing Siam. Ia juga dikenali sebagai Kucing Siam eksotik berasal dari Thailand.
Mula dikenali pada lewat 1880, Kerajaan Siam (kini dikenali sebagai negara Thailand) menghadiahkannya kepada Duta England di sana, kemudian ia dibawa pulang ke England.
Bermula daripada situ, Kucing Siam mula mendapat perhatian dan diperkenalkan di pameran kucing di England dan Amerika, seterusnya ke serata dunia.Kucing Siam mudah dikenali melalui matanya yang berwarna biru dan tompokan gelap pada bahagian telinga, muka, ekor dan kaki yang memberikan tarikan kerana berlawanan terhadap tubuhnya yang berwarna cerah.
- Bulu pendek, berkilat, halus, lembut, padat dan sesuai dengan badan.Siamese dikenali dengan skema warna khas yang tajam.
- Tarikan warna kontra pada bahagian kepala, mata yang kebiruan dan kaki yang “berstokin”.
- Bersaiz kecil hingga sederhana, tubuh yang ramping serta susuk dan leher yang panjang.
- Kucing ini cenderung mendapat perhatian ramai atau akan menangis jika anda mengabaikannya.
- Kucing Siam merupakan kucing yang peramah dan berkomunikasi melalui suaranya terutama dengan pemiliknya.
- Suka ditemani dan menghabiskan masa dengan pemiliknya serta gemar duduk diriba manusia.
- Warna tumpuan adalah coklat, ungu mudah dan keputih-putihan. Warna keputih-putihan adalah yang paling terkenal sekali.
- Mempunyai mata yang mempesonakan. Matanya yang berbentuk badan, berwarna biru dan kedudukan condong yang menawan.
Baca Juga: Kucing Parsi
Kucing Siam memerlukan rawatan bulu secara rutin di samping menjaga kebersihan mata dan telinganya. Untungnya, Kucing Siam memiliki bulu yang pendek dan memudahkan anda untuk menjaganya.
- Sikat bulu Kucing Siam dengan lembut, biarkan bulu yang lepas terjatuh. Jika menggunakan berus, pilih berus yang lembut agar tidak terlalu banyak bulu yang gugur. Berus yang terlalu kasar juga boleh membuat kucing anda merasa tidak selesa.
- Gunakan tangan untuk merapikan bulu Kucing Siam. Basahi kedua telapak tangan dan usapkan dengan lembut ke seluruh tubuh kucing. Bulu yang gugur akan melekat pada telapak tangan yang lembab.
- Jika diperlukan, usap mata si kucing dengan kain kecil yang sudah dibasahkan untuk menjaganya tetap bersih. Gunakan satu tangan apabila membersihkan mata agar satu tangan yang lain boleh menjaga kucing agar tetap tenang.
- Potong hujung kuku untuk mencegah kecederaan dan bahaya pada Kucing Siam anda. Penyepit kuku manusia juga boleh digunakan untuk memotong kuku kucing. Hati-hati agar jangan terpotong urat pembuluh darah di bahagian kuku.
- Bersihkan bahagian dalam telinga dengan bola kapas untuk menghilangkan debu dan kotoran lain yang terkumpul di telinga Kucing Siam kesayangan anda.
<< Ketahui kebaikan misai kucing yang dikatakan penawar pelbagai penyakit di sini.
No Comment