Ada Apa?Event

Bengkel “Make Me A: Blogger” Cukup Bermanfaat!

make-me-a-blogger-wom-1

Blogger Hebat.Anda teringin untuk menjadi seorang blogger hebat yang berjaya?

Bengkel sehari “MAKE ME A: BLOGGER”, yang diadakan di Hotel Silka, Kuala Lumpur pada 31 Oktober, 2015 lalu memberikan cara sukses untuk menjadi seorang blogger hebat.

Bengkel yang diadakan oleh MYRYL dengan kerjasama Women Online Magazine (WOM.my) sebagai media rasmi buat kali pertama ini bertujuan untuk membantu individu-individu yang tidak mempunyai latar belakang dalam dunia bloging tetapi berhasrat untuk menjadi seorang blogger.

make-me-a-blogger-wom-7

Selain Puan Shuhada Alauddin; The Colour Personality Experct yang bercakap mengenai personaliti, bagaimana untuk mengatasi batasan minda dan memiliki keyakinan, MYRYL juga turut bekerjasama dengan beberapa individu terkenal.

Antaranya Sohoque yang merupakan blogger dan juga perintis dunia blogging di Malaysia.

Secara teknikal, anda tidak boleh menghasilkan duit dari blog tanpa pengunjung!Pada hari itu juga, Sohoque turut memberikan beberapa tips untuk menjadi blogger hebat yang berjaya.Anda perlu meningkatkan jumlah pengunjung blog anda dengan pelbagai cara sebagai kunci kekuatan blog anda.Mulakan dengan meningkatkan produktiviti yang mana boleh membuatkan blog anda lebih SEO friendly dan sebagainya.

 

make-me-a-blogger-wom-5

Penampilan Melanie Elturk, CEO Haute Hijab yang mana beliau juga merupakan salah seorang blogger fesyen hijab paling popular di dunia pastinya amat dinanti-nantikan oleh para peserta. Rekaan Melanie dikagumi ramai, dan ia lebih menjurus kepada gaya busana klasik dan matang.Pada hari itu, Melanie turut berkongsi rahsia kejayaannya dalam dunia online.

Di samping itu, Rachel Wong daripada Nuffnang turut memberikan beberapa tips berguna untuk mencapai pendapatan yang konsisten melalui Nuffnang.

Acara tersebut bermula dari 9:00 pagi hingga 5:00 petang dihadiri lebih kurang 30 orang peserta berserta wakil-wakil dari pihak media, antaranya WOM.my dan Athiya.com. Bengkel ini turut mendapat kerjasama daripada rakan penaja seperti Yeo’s, One Drop Perfume dan Cosmoderm.

yeos-wom

one-drop-perfume-wom

Kesimpulannya untuk menjadi seorang blogger yang hebat anda perlu banyak belajar daripada master-master blogger yang ada. Jangan pernah bosan untuk belajar. Sabar, penuh semangat tanpa kenal erti putus asa adalah kunci utama untuk menjadi blogger hebat yang berjaya.

Selamat berblogging dan jumpa lagi di event yang akan datang!

Penaja yang dibawakan oleh Women Online Magazine (WOM.my):

yeos    one-drop-perfume

 

Previous post

Cara Betul Merawat Rambut Bercabang

Next post

Liyana, Wanita Melayu Yang Hanyut Ke Dunia Malam

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *