Ada Apa?Buletin

Berikan Si Manja Huggies® Keselesaan Terbaik

 

Berikan Si Manja Anda Keselesaan Terbaik - women online magazine

Kemuncak kempen “Huggies® Dry Pants: Most Comfortable Baby Search”. Jadi, berikan si manja anda keselesaan terbaik. Ketahui di sini…

Bayi yang selesa  adalah si manja yang ceria dan sihat. Lebih lagi, apabila si manja mula menjadi aktif dan ingin tahu tentang dunia di sekeliling mereka. Ia akan memberikan bayi kebebasan untuk merangkak, berdiri dan duduk dengan selesa, di samping memberikan mereka tumpuan untuk mempelajari benda-benda baru. Justeru itu, Huggies® mempelawa semua ibu dan si manja mereka menjadi sebahagian daripada kempen Huggies® ‘Maximum Comfort, Maximum Movement’!

“Tiada siapa yang memahami keselesaan si manja seperti Huggies®, dan kami mengetahui betapa pentingnya memberi si manja anda keselesaan terbaik supaya mereka dapat bergerak tanpa kekangan,” kata Soo Woon Yee, Pengarah Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia.

“Dari umur enam bulan apabila mereka mula merangkak, si manja  akan menjadi lebih aktif, terutamanya apabila mereka mula berjalan dan berlari. Inilah sebabnya mereka memerlukan keselesaan dan kebebasan untuk bergerak dengan menggunakan lampin yang berkualiti. Kami yakin bahawa Huggies® Dry Pants memberikan kekeringan yang terbukti dan serasi dengan punggung bayi,”tambahnya lagi.

Huggies® Dry Pants memastikan bayi sentiasa selesa dengan Lapisan Cepat Kering yang menyerap dan mengunci cecair di lapisan dalaman jauh dari kulit bayi, dan dengan Lapisan Luar Beraliran Udara 100% yang membolehkan udara mengalir keluar 10 kali lebih cepat, menjadikan kulit bayi kekal kering. Bahagian pinggangnya yang berelastik dan lembut membolehkan si manja bergerak bebas dan supaya si manja yang aktif dapat terus bermain!

“Bayi yang aktif dan bebas menjadi kebahagiaan semua ibu kerana si ibu tahu bayi mereka membesar dengan sempurna. Ini merupakan detik yang paling memberi kepuasan – apabila si ibu yakin bahawa segala usahanya berbaloi. Bahkan seluruh kempen ini juga merupakan penghormatan kepada ibu-ibu di Malaysia dalam detik paling memberi kepuasan dan menenangkan dalam hidup mereka, melihat bayi mereka bergerak bebas dan riang dengan Huggies® Dry Pants,” tambah Soo Woon Yee lagi.

Ayuh, Sertai Kempen “Maximum Comfort, Maximum Movement”!

Sertailah kempen ini yang meraikan keperluan anak-anak kecil untuk bergerak bebas supaya mereka dapat menerokai dan menyelami dunia sekeliling mereka yang menakjubkan!

Mulai hari ini hingga 1 Ogos, Huggies® Dry Pants mempelawa ibu bapa (dan si manja tersayang mereka yang berumur 6 bulan hingga 3 tahun) untuk mengalami keselesaan terunggul lampin seluar dan memenangi hadiah wang tunai dan barangan bernilai lebih RM20,000 serta peluang seumur hidup untuk menjadi tumpuan utama dalam pengiklanan jenama dan inisiatif promosi.

 

 >> Pertandingan nyanyian Strepsils The Right Note yang dilancarkan sempena sambutan Hari Suara Sedunia,16 April lalu telah tamat. Siapakah pemenangnya?Semak di sini…

 

Previous post

Sensasi Wangian Lelaki James Bond 007

Next post

Resepi Biskut London Almond Chef Wan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *