Ramai Demam Bola Sepak Piala Dunia!
Kehangatan Piala Dunia 2014 di Brazil pagi tadi begitu terasa. Ketahui lebih lanjut di sini…
Demam bola sepak Piala Dunia yang bermula 13 Jun hingga 13 Julai ini tentunya akan membuatkan ramai, khususnya peminat-peminat bola sepak, tak senang duduk serta tak tidur malam dibuatnya! Seboleh-bolehnya mereka tidak mahu terlepas untuk menyaksikan fasa-fasa puncak Piala Dunia ini.
Sungguhpun begitu, jangan sampai lupa akan keindahan Ramadan yang bakal menjelang pada tanggal 29 Jun ini. Tentunya para penggila bola sepak Piala Dunia akan menonton perlawanan tersebut sambil bersahur. Bahkan, ada juga yang mungkin tidak akan tidur sepanjang malam kerana mahu menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia tersebut sampai ke Subuh!
Ingat ya, jangan biarkan keseronokan menonton bola sepak Piala Dunia tersebut hingga melalaikan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim. Lupa terhadap kewajipan seperti bersolat atau berkerja mencari nafkah.
Seronok-seronok juga, tapi alangkah sayang dan ruginya kita apabila hari-hari yang mulia itu lenyap dan dikorbankan demi menonton perlawanan bola sepak semata-mata!
Nota Ekstra!
Fakta Unik Tentang Piala Dunia Yang Harus Anda Tahu!
- Kini sudah 76 buah negara yang mengambil bahagian dalam Piala Dunia. Namun, hanya 24 negara sahaja yang mencapai pusingan semi final.
- Baru lapan buah negara yang merasa merangkul gelaran juara, selama 19 edisi Piala Dunia. Brazil (5 kali), Itali(4), Jerman(3), Argentina(2), Uruguay(2), England, Perancis dan Sepanyol.
- Rekod penjaring gol terbanyak dalam satu edisi Piala Dunia masing dipegang oleh pemain Perancis, Just Fontaine. Dia telah menjaring 13 gol di Piala Dunia 1958.
- Pele menjadi satu-satunya pemain yang paling kerap meraih Piala Dunia. Legenda hidup Brazil itu telah meraih tiga trofi Piala Dunia iaitu 1958, 1962 dan 1970.
- Rekod gol Piala Dunia pada ketika ini masih dipegang oleh lagenda Brazil iaitu Ronaldo Luis Nazario de Lima. Ronaldo telah menjaringkan 15 gol daripada tiga perlawanan Piala Dunia yang disertainya.
- Pada Piala Dunia 2016, telah tercipta satu sejarah apabila seorang pengadil telah mengeluarkan 16 kad kuning dan empat kad merah. Rekod itu tercipta ketika pertandingan Belanda melawan Portugal.
- Jerman adalah team yang paling kerap bertanding di Piala Dunia. Team Panzer sudah bermain 99 kali di seluruh perlawanan Piala Dunia. Namun, Brazil menjadi team yang balik banyak menjaringkan gol, iaitu 210 gol.
- Mario Zaggallo dari Brazil dan Franz Beckenbauer dari Jerman menjadi satu-satunya orang yang mampu meraih Piala Dunia ketika menjadi pemain dan jurulatih. Zagallo meraih trofi Piala Dunia 1858 dan 1962, ketika masih menjadi pemain. Dia kembali meraih trofi itu ketika melatih Brazil di Piala Dunia 1970. Manakala Beckenbauer meraih trofi pada Piala Dunia 1974, sebagai pemain dan Piala Dunia 1990 ketika melatih Jerman.
- Roger Milla menjadi pemain tertua yang mampu menjaringkan gol di Piala Dunia. Lagenda Kamerun itu masih mampu menjaringkan gol ke gawang Rusia di Piala Dunia 1994, beliau yang pada ketika itu sudah berusia 42 tahun. Rekod ini dapat disamakan dengan pemain Colombia iaitu Faryd Mondragon, yang kini berusia 42 tahun, jika Piala Dunia Brazil pada kali ini beliau mampu menjaringkan gol.
10. Pemain yang paling kerap muncul di Piala Dunia masih dipegang oleh Antonio Carbajal dari Mecixo(1950-1966) dan Lothar Matthaeus dari Jerman (1982-1998). Mereka telah beraksi di lima pentas perlawanan Piala Dunia. Namun, Matthaeus menjadi pemain yang paling banyak beraksi, iaitu 25 perlawanan.
Kredit foto: Sekadar gambar hiasan
No Comment