Digi Lancar Indentiti Jenama Berwajah Baru
Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini memperkenalkan identiti jenama baru dengan janji menjadi pemangkin inspirasi digital kepada para pelanggan dan komitmen terhadap perkhidmatan cemerlang, berlandaskan rekod prestasi dan inovasi syarikat.
Identiti baru Digi di Malaysia yang mencakupi logo baru dan falsafah ‘Jom Berinspirasi’ ini menyokong usaha Digi Malaysia untuk membentuk operasi berfokuskan maklumat selama empat tahun bagi memberikan perkhidmatan internet mudah alih berkualiti tinggi kepada para pelanggan yang gemarkan internet. Berucap di majlis pelancaran, Ketua Pegawai Eksekutif Digi Lars Norling berkata bahawa Digi kini melayan sebahagian besar pelanggan internet, dengan satu dalam setiap dua pelanggannya mempunyai capaian internet dan menghabiskan lebih kurang tiga jam sehari dalam talian. Jelas beliau, “Pembaharuan jenama Digi Malaysia ini menjadi simbol kehidupan berinspirasikan internet yang kami janjikan kepada para pelanggan. Kami melihat peranan kami sebagai sumber inspirasi kepada pelanggan, memungkinkan platform untuk capaian kandungan internet yang lebih bermakna, yang mengalakkan warga Malaysia saling menjadi inspirasi antara satu sama lain. Kami akan menyediakan kandungan internet yang meriangkan dan bermakna bagi sentiasa menyampaikan detik-detik inspirasi kepada pelanggan yang sentiasa bergerak.
“Keseluruhan firma telah diatur semula bagi merealisasikan janji kami kepada pelanggan. Pelancaran ini tepat pada masanya dan sejajar dengan fokus strategik kami untuk terus membawakan internet untuk semua dengan manfaat daripada pemodenan meluas rangkaian, sistem IT dan struktur retail Digi. Kami sedang mempercepatkan dan memacu penggunaan internet di kalangan lebih ramai rakyat Malaysia. Ini terbukti dengan peningkatan stabil dalam bilangan pelanggan internet mudah alih kami setiap tahun. Kami akan meneruskan usaha ini di samping meningkatkan lagi fokus kepada pelanggan dan komitmen terhadap perkhidmatan terbaik,” sambung Norling.
Digi telah memperkenalkan empat usul berbeza sebagai asas kepada janjinya untuk memberikan pengalaman istimewa kepada para pelanggannya:
- Digi Live: Membawa kandungan hiburan terbaru dan mengagumkan (video, muzik dan games), dan pakej produk yang berbeza yang menawarkan inovasi digital terbaharu dari rakan kongsi global strategik
- Digi Value: Sentiasa memberikan istimewa untuk pelan suara dan internet dan menawarkan capaian internet mudah alih pada pelbagai harga.
- Digi Easy: Berjanji untuk memberikan pengalaman pengguna yang terbaik, dan saluran-saluran layan diri dengan rangkaian yang terbesar. Semua panggilan kepada khidmat pelanggan adalah percuma.
- Best for Internet: Rangkaian data paling pantas berkembang menjamin pengalaman internet yang paling konsisten, dan penggunaan media sosial dan platform kandungan yang terbaik.
Identiti visual baru Digi mengekalkan warna kuningnya dan menampilkan logo Telenor yang melambangkan kaitannya dengan salah sebuah syarikat telekomunikasi utama di dunia. Identiti yang baru ini akan digunakan di dalam semua komunikasi dengan pelanggan termasuk laman web, saluran media sosial, pengiklanan, infrastruktur syarikat dan kedai-kedainya di seluruh negara bermula hari ini.
Janji untuk menjadi pembekal internet mudah alih terunggul di pasaran.Digi sejak beberapa tahun telah melabur dengan banyak dalam semua aspek perniagaannya untuk menyiapkan diri menghadapi perubahan penting dalam industry, dan percaya bahawa asas teguh yang telah dibina untuk perniagaan data telah mengukuhkan jenamanya untuk memenuhi permintaan perkhidmatan internet yang berkualiti tinggi. Digi hari ini merupakan pembekal internet mudah alih paling pantas berkembang di Malaysia, dengan pertumbuhan hasil keuntungan internet sebanyak 40.3% (Q3 2014).
Norling berkata, firmanya komited untuk menjadi pembekal internet mudah alih terunggul di pasaran umum dengan membuatkan capaian internet mudah, tanpa halangan dan menyeronokkan menerusi rangkaian berkelajuan tinggi, produk dan pelan yang menarik, dan pengalaman terbaik untuk pengguna.
“Digi kini memberikan perkhidmatan sebaiknya kepada pelanggan kami yang menyukai internet. Rangkaian baru kami yang lebih stabil akan memberi peluang kepada pelanggan menikmati jaringan internet berkualiti tinggi, sentiasa tersedia dan pantas. Kami juga telah meluaskan rangkaian 3G kepada 86% liputan populasi, memperkenalkan perkhidmatan LTE di lebih banyak lokasi dan meningkatkan rangkaian gentian ke lebih daripada 4,000 kilometer di seluruh negara untuk memberikan pengalaman data yang berkualiti kepada lebih ramai warga Malaysia di lebih banyak tempat di seluruh negara.”
“Peningkatan yang ketara dari segi prestasi dan perlindungan rangkaian, dan capaian mudah ke pelbagai telefon pintar mudah milik menerusi produk dan inovasi perkhidmatan digital serta rangkaian retail kami yang meluas akan mendorong pengunaan perkhidmatan internet. Fokus kami ialah memastikan semua orang – pengguna kali pertama, pengguna celik atau sesiapa yang memerlukan internet untuk perniagaan – mempunyai capaian kepada perkhidmatan internet yang berkualiti dan relevan,” tambah beliau lagi.
<< Ketahui kisah Marsha dan Daiyan yang terpilih dalam kalendar Disney Princess 2015 di sini.
No Comment