Ada Apa?Buletin

Raikan Hari Ibu Dengan Penuh Kasih Sayang

raikan hari ibu - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Mungkin anda terlupa mengenai hari ibu 2014 tahun ini. Tidak mengapa kami ingatkan tarikhnya ialah 11 mei 2014.

Ibu, adalah wanita yang tidak mungkin akan kita lupakan sepajang hayat hidup kita. Segala pengorbanan serta kasih sayangnya tidak pernah berbelah-bahagi, sekalipun kita sudah dewsa. Ibu tetap juga mahu mahu memastikan kehidupan kita sentiasa sihat dan bahagia.

Cuba pejamkan mata anda buat seketika. Renung kembali sambil berfikir dan bertanya kepada diri sendiri, apakah pengorbanan yang telah anda lakukan untuk ibu selama ini? Apakah juga pengertian Hari Ibu bagi diri anda? Bagaimana anda meraikannya?

Biarpun sejuta hadiah yang mampu kita berikan buat ibu, namun semua itu masih belum mencukupi untuk membalas jasa dan pengorbanan ibu buat kita selama ini. Sempena Hari Ibu, apakata anda bagi sedikit kejutan buat  ibu anda agar dia tahu bahawa dirinya  amat  anda hargai.

1) Ucapan “Terima Kasih”

Walaupun dua perkataan ini sememangnya memberi kesan yang besar dan kadang-kadang kita lupa untuk mengucapnya. Jika anda mengucapkan dengan penuh ikhlas dan telus tentunya ibu anda akan rasa lebih bahagia dan teruja.

Kini ada pelbagai cara untuk anda menyatakannya, sama ada memberitahunya secara peribadi, melalui telefon, e-mel atau dengan cara lama iaitu menggunakan kad.  Jika menggunakan video, pelbagai inspirasi yang boleh disuntik ke dalam video tersebut agar lebih ‘touching’ dan jelas membuktikan betapa anda menyayangi ibu anda tanpa rasa sangsi.

2) DIY hadiah

Daripada anda membazirkan duit untuk membeli sejambak bunga atau kad. Lebih baik anda sediakan sendiri hadiah tersebut dan ini tentunya lebih membahagiakan ibu anda.

3) Menyediakan sarapan

Anda boleh menyediakan layanan VVIP buat ibu anda dengan menyediakan sarapan yang enak dan hantar ke bilik ibu anda. Oleh itu, sediakan sesuatu hidangan yang ibu anda suka dan lazat serta ikhals.

4) Mengemas rumah

Sebagai hari istimewa buat ibu anda, berikan mereka rehat untuk sehari dan biar anda yang mengemas, membersih bersama adik-beradik yang lain. Ini juga boleh membuatkan ibu anda terharu dengan apa yang telah anak-anaknya lakukan.

5) Memberi kupon spa, dinner atau sebagainya kepada ibu anda

Setiap ibu harus diingatkan kecantikan yang mereka miliki. Mungkin ibu anda penat, kerana hari-hari rutin ibu anda adalah mengemas, memasak dan membersihkan rumah. Apa salahnya jika anda memberi ibu anda peluang untuk merehatkan minda, badan dan fizikal dengan menikmati suasana yang mendamaikan di spa-spa terkemuka.

Buat semua kaum ibu di mana juga anda berada, apa pun profesion anda, Selamat Hari Ibu 2014. Semoga anda selalu mendapat kekuatan, kesihatan yang baik, kesabaran, ketakwaan dan keikhlasan yang tidak pernah putus asa untuk terus berusaha menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak anda.  Insya-Allah.

Kredit foto kepada topfoodfacts

<< Jom kita ketahui cara bagaimana nak mengenang jasa ibu bapa kita di sini..

Previous post

Chicken Chop Black Pepper Fuh, sedap!

Next post

Cabaran Ibubapa Cemerlang Mendidik Anak

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *