Ada Apa?Buletin

Ribena® Perkenalkan Minuman Jus Buah Nanas Dan Markisa

 

Minuman buah buahan 1 - woman online magazine  Minuman buah buahan 2 - woman online magazine

Kempen baru yang mengujakan membawa Ribena® ke tahap keceriaan baru dengan keenakan berbeza!

Buah Nanas dan Markisa adalah minuman baharu sedia diminum untuk rakyat Malaysia yang mahu menikmati lebih lagi khasiat kebaikan buah-buahan Ribena®! Nikmatilah sensasi buah-buahan sitrus tropika baru yang enak dengan kualiti yang sama dan rasa menakjubkan yang pengguna harapkan daripada Ribena® – satu-satu jenama sebutan ramai selama 75 tahun.

Langkah berani tersebut menawarkan peminat dua manfaat terbaik sekali gus – rasa segar dan mengujakan minuman buah-buahan baharu Ribena®, Buah Nanas dan  Markisa dan semua kebaikan ekstrak buah-buahan tulen dengan dos harian penuh vitamin C.

  • Ujian rasa pengguna yang dijalankan oleh Ribena® mendapati bahawa 67% peserta lebih menggemari campuran buah-buahan tropika Ribena® Buah Nanas & Markisa yang menyegarkan berbanding minuman buah-buahan campuran lain.
  • Berdasarkan Pengambilan Nutrisi Disyorkan (RNI) Malaysia.

“Sejak diperkenalkan ke seluruh dunia 75 tahun lalu, Ribena® tidak berubah daripada kedudukan asalnya, padat dengan Vitamin C. Sepanjang tempoh tersebut, Ribena® berkembang bagi memenuhi keperluan dan perubahan citarasa pengguna. Justeru itu, kami dengan sukacitanya memperkenalkan perisa baru yang kami percaya akan digemari oleh peminat Ribena® generasi baru,” kata Raymond Khor, Ketua Pemasaran, Suntory Beverage & Food Malaysia.

Minuman buah-buahan baharu Ribena® Buah Nanas dan Markisa merupakan fasa baru bagi jenama ini dan kami amat teruja untuk memulakan siri aktiviti seiring dengan pelancarannya yang termasuk iklan televisyen dan kempen digital untuk mendekati warga muda Malaysia di mana sahaja.”

Wajah Baru Ribena®

Empat wajah baru selebriti terkenal mewakili Jaguh Keceriaan Ribena®. Mereka adalah artis rakaman Fuying & Sam, Hafiz Suip dan Uriah See yang akan menggunakan bakat mereka untuk berkongsi keindahan muzik dengan peminat Ribena®!Bermula Ogos, ikutlah siri terbaru MeleTOP di Astro Ria, Astro Ria HD dan Astro Hitz yang menampilkan Hafiz Suip dan Uriah See yang mengelilingi negara untuk mencari muzik, bakat dan inspirasi baru dalam kalangan rakyat Malaysia sambil berkongsi rasa hebat dengan minuman buah-buahan baharu Ribena® Buah Nanas & Markisa.Seterusnya, peminat akan dapat mendengar lagu baru dan video muzik daripada Fuying & Sam yang menepati intipati dan tenaga minuman buah-buahan baharu Ribena® Buah Nanas & Markisa menerusi kempen digital.

 << Ketahui kebaikan serta khasiat buah ceri di sini.

 

Previous post

Ketahui Jenis Makanan Yang Boleh Buat Bayi Anda Cepat Gemuk

Next post

Susur Lee, Bruno Ménard Dan Audra Morrice Dipilih Sebagai Juri MasterChef Asia

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *