Mamee Hangatkan Kempen Raikan No.1 Mamee
Penganjuran kempen Raikan No.1 Mamee oleh pihak Mamee Double-Decker (M) Sdn Bhd kini telah memasuki fasa baharu selepas sebulan setengah menerusi Krew Kari Laksa dan majlis penyampaian hadiah melibatkan beberapa pemenang terawal.
Menerusi peraduan Raikan No.1 Mamee yang berlangsung dari 15 November 2014 sehingga 22 Februari 2015, Mamee menawarkan para pengguna setia peluang untuk memenangi sebuah iPhone 6 dan pelbagai hadiah menarik pada setiap hari selama 100 hari.Kempen ini bagi meraikan tiga jenama dan produknya yang menerajui pasaran Malaysia – Mister Potato sebagai snek kentang No. 1 di Malaysia, Mamee Monster selaku snek mi No. 1 di Malaysia dan Mamee Chef Curry Laksa yang dinobat sebagai mi segera dalam cawan No. 1 di dunia oleh penulis blog antarabangsa, The Ramen Rater yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Empat orang pemenang iPhone 6 diraikan di Mamee Jonker House dan berpeluang untuk melihat sendiri pembuatan Mamee Chef menerusi “Make Your Own Mamee Chef”. Tian Joan Sin, 33, berasal dari Bukit OUG Kuala Lumpur menerima ganjaran berganda apabila menyertai peraduan tersebut. Beliau bukan sahaja memenangi sebuah iPhone 6, malah berpeluang memberi sumbangan semua produk Mamee Chef yang dibelinya kepada organisasi-organisasi kebajikan.
Seorang lagi pemenang, Kan Cheah Chan, 48, juga mendermakan produk Mamee Chef kepada rumah orang-orang tua. Beliau memberitahu, ini merupakan kali pertama beliau menang dalam peraduan Mamee. Sebagai seorang peminat Mamee Chef, beliau membeli banyak Mamee Chef untuk disimpan, dimakan, selain diberi kepada rakan-rakan dan mendermanya.
Farizal Mustafa, 38, yang berasal dari Muar yang turut menghadiri majlis penyampaian hadiah bersama keluarganya memberitahu, mereka gemar produk Mamee Monster dan Mister Potato. “Hobi isteri saya ialah menyertai peraduan dan saya menyokongnya dengan membeli produk-produk yang diperlukan. Ini merupakan satu kempen yang bagus daripada Mamee dan kami selalu menyertai peraduan yang dianjurkan. Kami berharap lebih banyak peraduan akan dianjurkan oleh Mamee,” kata Farizal sambil menambah, anak-anaknya suka menikmati produk Mamee Monster dan Mister Potato, selain berkongsi snek tersebut dengan rakan-rakan mereka yang lain.
Pemenang-pemenang yang lain dari Lembah Klang adalah Lazarus Mason Quek Suan See, 26, Maniyamin Mamat, 24, dan Lai Yan Qiu, 26. Lazarus yang membeli 10 karton Mamee Chef Tom Yam dan Mamee Monster dalam cubaan pertamanya menyertai peraduan Mamee menyatakan beliau sukakan perhatian yang diberikan oleh khalayak ramai apabila melihatnya menolak karton – karton makanan itu daripada sebuah pasar raya besar. Maniyamin juga membeli dalam jumlah yang banyak. Beliau membeli 12 karton produk Mamee Chef dan berkongsi mi tersebut dengan ahli keluarganya.
Kempen Krew Kari Laksa melibatkan kolaborasi bersama krew pagi empat stesen Radio AMP – Hitz FM, ERA FM, THR Gegar dan MY FM. Mereka mengunakan nama Krew Kari Laksa sempena Mamee Chef Laksa Kari yang dinobat sebagai mi segera dalam cawan No. 1 di dunia oleh penulis blog antarabangsa di Amerika Syarikat, The Ramen Rater.Kempen tersebut turut melibatkan cabaran diantara para penyampai radio keempat-empat stesyen menerusi Paksa Laksa, selain itu Dato’ Chef Ismail selaku Duta Mamee Chef dan pencipta resipi juga dijemput ke konti untuk berkongsi cerita mengenai kejayaan Mamee Chef.
Memetik kenyataan The Ramen Rater: “Terdapat beberapa produk dari Malaysia yang punya rasa yang cukup mengagumkan akan tetapi Mamee Chef merumuskan semua rasa ini dengan cukup hebat dalam satu cawan. Mi tampak menarik – sama seperti yang tertera di pakej. Sup dan ramuan tambahan membangkitkan rasa kari ramuan tambahan seperti tauhu kering dan lada hitam melengkapkan lagi kehebatan Mamee Chef. Boleh dikatakan inilah mi segera dalam cawan yang paling sedap pernah saya makan.”
“Kempen Krew Kari Laksa dan cabaran Paksa Laksa adalah pendekatan berbeza yang diambil bagi mengumumkan kejayaan ini sepertimana moto Mamee Chef, ‘Lain daripada yang Lain’.” Kolaborasi bersama para personaliti radio menguatkan lagi kempen ini,” kata Pengurus Besar Mamee-Double Decker (M) Sdn. Bhd., Chan Meng Yang. Cabaran Paksa Laksa memerlukan para personaliti radio memakan sebanyak mungkin Cawan Kari Laksa dalam tempoh 15 minit. Cabaran Paksa Laksa telah dilakukan di antara Ean daripada Hitz FM Morning Crew dan Ray daripada JoHaRa Pagi Era dimana Ean berjaya menewaskan Ray dengan memakan 4 cawan Mi berbanding Ray yang hanya 3 cawan.
Sementara itu, pertandingan sama turut diadakan di stesen radio THR Gegar dan MY FM. Di stesen radio THR Gegar, pertandingan di antara Nasa dan Suzana daripada Krew Ceria Pagi menyaksikan Nasa menang dengan skor 7-4. Di My FM pula, Wai Fun dan Royce daripada program My FM Drive Time bersaing di antara satu sama lain. Wai Fun akhirnya muncul sebagai pemenang apabila berjaya menghabiskan 6 cawan, berbanding Royce dengan 5 cawan sahaja.
Menangi Hadiah-Hadiah Hebat
Kempen Raikan No.1 Mamee memberi peluang kepada para pengguna untuk memenangi pelbagai hadiah menarik setiap hari selama 100 hari menerusi peraduan Raikan No. 1 Mamee yang berlangsung pada 15 November 2014 hingga 22 Februari 2015. Sebuah telefon pintar iPhone 6, RedMi 1S dan 10 unit Mi Powerbank akan diberi pada setiap hari. Untuk mengambil bahagian, pengguna hanya perlu membeli produk Mamee tertentu, daftarkan kod peraduan yang ada pada pembungkusan produk dan jawab soalan-soalan menerusi SMS atau aplikasi peraduan di laman Facebook produk-produk terbabit (Mister Potato, Mamee Monster dan Mamee Chef). Pemenang akan diumumkan di laman Facebook terbabit pada setiap hari. Pengumuman pemenang akan diadakan pada pukul 10.00 malam setiap hari untuk penyertaan hari sebelumnya.
<< Dapatkan Resepi Laksa Johor yang cukup menyelerakan di sini.
No Comment