“Mamil® MomMe Saturday” Bantu Para Ibu Pertingkatkan Kesihatan Penghadaman Anak
Sistem Penghadaman Memainkan Peranan Penting Dalam Kesihatan Dan Tumbesaran Seseorang Kanak-kanak.
Siri kedua “Mamil® MomMe Saturday” yang berlangsung di hotel berprestij Eastern & Oriental Pulau Pinang dihadiri oleh 40 orang ibu yang berminat untuk mengetahui bagaimana nutrisi dan kesihatan penghadaman yang baik saling berkait untuk menghindari masalah kesihatan yang biasa berlaku kepada kanak-kanak seperti sembelit.
“Mamil® percaya bahawa penubuhan asas yang betul amat penting untuk pertumbuhan seorang kanak-kanak dan akan memanfaatkannya sepanjang hayat. Sebagai pakar dalam bidang pemakanan kanak-kanak, kami sememangnya prihatin terhadap khasiat penting yang diperlukan oleh anak anda untuk membesar dengan sihat, serta nutrisi baik untuk kesihatan penghadamannya demi mengurangkan masalah sembelit,” kata Cik Jane Ee, Pengurus Pemasaran Danone Dumex (M) Sdn Bhd. “Mamil® mengandungi campuran prebiotik oligosakarida, GOS/lcFOS (9:1) yang berpaten antarabangsa yang boleh membantu mengekalkan kesihatan usus. Kesihatan penghadaman yang baik akan membantu tumbesaran kanak-kanak.”
Bengkel setengah hari yang bertema “Nutrisi untuk Kesihatan Penghadaman di Kalangan Kanak-kanak” ini juga menyaksikan penceramah jemputan Wendy Yeow Kim Sian, Pakar Pemakanan Klinikal dari Pusat Pakar Perubatan Loh Guan Lye, yang berkongsi tentang peranan nutrisi dalam membina kesihatan sistem penghadaman yang baik, dan juga bagaimana ia boleh membantu dalam proses tumbesaran kanak-kanak secara keseluruhannya.
“Kepelbagaian, keseimbangan dan kesederhanaan berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Malaysia adalah kekunci utama untuk nutrisi yang baik untuk kanak-kanak,” kata Yeow, yang berpengalaman lebih 11 tahun dalam bidang pemakanan klinikal.
Tambah beliau, panduan ini juga menekankan kepentingan minum air kosong yang mencukupi – kanak-kanak berusia antara 2-3 tahun harus minum 1-2 gelas air kosong sehari sementara yang berusia 4 tahun ke atas harus minum 6-8 gelas sehari.
Kaitan antara Pemakanan dan Sembelit
Sistem penghadaman memainkan peranan penting dalam kesihatan dan tumbesaran seseorang kanak-kanak dari memastikan penyerapan nutrien yang baik serta membantu fungsi imunisasi.Sebenarnya, 70% daripada sel imunisasi terletak dalam sistem penghadaman, yang bertindak sebagai sebahagian daripada baris pertahanan pertama tubuh dan juga sebagai penghalang bakteria merbahaya.
Justeru itu, masalah penghadaman di kalangan kanak-kanak mungkin akan menjejaskan pertumbuhan mereka. Pada masa yang sama menyebabkan masalah sembelit dan masalah pembuangan air besar. “Ketidakselesaan yang berpunca daripada sembelit boleh bertambah teruk; apa lagi jika ia sembelit yang berulang atau menjadi tabiat. Ibu-ibu perlu menangani masalah ini dengan pantas dan efektif,” kata Yeow. “Selain daripada memastikan kanak-kanak mendapat air dan serat yang mencukupi dalam pemakanan harian mereka, masa tandas yang tetap dan makanan tambahan seperti susu untuk membesar yang diperkuat dengan prebiotik GOS dan IcFOS dapat membantu kesihatan penghadaman yang baik termasuk memudahkan pembuangan air besar.”
<< Ketahui lebih lanjut tentang kepentingan pemakanan seimbang buat bayi anda di sini
No Comment