Manfaatkan Cuti Hari Pekerja
Hari pekerja kebiasannya di sambut pada 1 mei setiap tahun. Nak tahu apa itu hari pekerja? jom baca di sini..
SEJARAH RINGKAS HARI PEKERJA ATAU HARI BURUH
Dari sudut sejarahnya, Hari Pekerja yang dahulunya dikenali sebagai Hari Buruh adalah satu hari bagi mengingati pencapaian sosial dan ekonomi hasil perjuangan para pekerja.
Sejak awal kurun ke-19, perubahan daripada sektor pertanian kepada perindustrian telah menarik jutaan warga desa berhijrah ke bandar. Perkembangan ini mewujudkan budaya baru dari segi masa, gaji, dan etika kerja.
Bagaimanapun, kebanyakan pekerja mendapati mereka terperangkap dengan terpaksa bekerja lebih masa, dibayar gaji yang rendah di samping bekerja dalam suasana yang teruk. Masa bekerja biasanya antara 10 hingga 16 jam sehari dengan cuti hanya sehari seminggu.
Pada tahun 1810, pergerakan pekerja menuntut suasana kerja yang lebih berperi kemanusiaan. Slogan ‘8 jam kerja, 8 jam rekreasi, 8 jam rehat’ mula dipopularkan. Walau bagaimana pun perjuangan ini bukannya mudah.
Di Australia, para pekerja pembinaan melancarkan mogok selama dua minggu. Di Kanada pula 10,000 penduduknya berarak dalam demonstrasi jalanan, manakala di Amerika, lapan orang dihukum mati kerana terlibat dalam rapat raksasa yang menimbulkan kekecohan. Pada 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh mendesak lapan jam waktu berkerja di Amerika Syarikat. Desakan ini akhirnya berjaya dan mula dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886.
PENGENALAN HARI PEKERJA DI DUNIA
Keseronokan bercuti dan bersenang-senang bersama keluarga pada setiap kali cuti Hari Pekerja Sedunia menyebabkan sebahagian besar umat Islam leka dan lalai dengan hadharah Barat di sebalik sambutan Hari Pekerja Sedunia ini.
Dari segi sejarah, dua orang yang dianggap telah menyumbang kepada gagasan untuk menghormati para pekerja di Amerika Syarikat adalah Peter McGuire dan Mathew Maguire, seorang pekerja mesin dari Paterson, New Jersey.
Pada tahun 1872, McGuire dan 100,000 orang pekerja telah melakukan mogok untuk menuntut pengurangan jam kerja. McGuire telah mengadakan pertemuan dengan para pekerja dan para penganggur serta melobi pemerintah kota untuk tujuan tersebut. Pada tahun 1881, McGuire berpindah ke St. Louis, Missouri dan mula mengorganisasi para tukang kayu.
Akhirnya didirikanlah sebuah persatuan yang bergelar United Brotherhood of Carpenters and Joiners of America yang terdiri dari tukang kayu di Chicago. Idea untuk mengorganisasikan pekerja menurut bidang keahlian mereka kemudian merebak ke seluruh Amerika. McGuire dan para pekerja di kota-kota lain telah merencanakan hari cuti untuk para pekerja pada setiap hari Isnin pertama bulan September antara Hari Kemerdekaan dan Hari Pengucapan Syukur (Thanksgiving Day).
Pada tanggal 5 September 1882, perarakan Hari Pekerja Sedunia pertama diadakan di kota New York dengan peserta seramai 20,000 orang yang membawa sepanduk bertulis “8 jam kerja, 8 jam istirahat, 8 jam rekreasi”. Maguire dan McGuire memainkan peranan penting dalam menyelenggarakan perarakan ini. Dalam tahun-tahun berikutnya, gagasan ini semaking berkembang dan banyak bahagian di Amerika mula merayakannya.
Kini, ramai yang telah lupa mengenai sejarah Hari Pekerja ini. Malah cuti yang diisytiharkan pada hari berkenaan hanyalah dianggap sebagai satu daripada cuti umum yang biasa.
Walau apapun, ia seharusnya tidak dipandang remeh kerana sejarah inilah yang telah mengiktiraf hak-hak para pekerja agar tidak lagi ditindas oleh pihak majikan. Pelbagai undang-undang atau dasar telah dibuat bagi memastikan hak pekerja lebih terjamin dari semasa ke semasa.
Apa yang boleh anda buat semasa cuti Hari Pekerja?
Hari Buruh atau Hari Pekerja semestinya ditungu-tungu oleh semua pekerja di seluruh dunia. Walaupun sesetengah negara akan menyambutnya pada bulan yang berlainan seperti di Kanada, Amerika Syarikat, Australia, dan New Zealand.
Bagi yang tidak tahu hendak buat apa pada hari ini, WOM ada tipsnya…
1) Menghabiskan Masa Bersama Keluarga
Gunalah kesempatan di hari cuti ini untuk melakukan aktiviti bersama keluarga atau saudara mara bagi mengeratkan lagi ikatan persaudaraan. Mungkin selama ini masing-masing sibuk dengan urusan sendiri dan tidak punya banyak masa untuk menghabiskan waktu bersama. Hari ini, apa kata anda ajak mereka pergi menonton wayang, bermain boling, berkaraoke atau pun bersiar-siar pada sebelah petang nanti di taman atau pun tasik.
2) Kemas Rumah dan Basuh Kereta
Bagi yang sudah bekerja, keluar pagi, balik petang atau malam, tentunya tidak punya banyak masa untuk mengemas rumah, membasuh kereta ataupun mencantikkan bilik tidur. Betul, kan? Kalau tak percaya, cuba lihat di sekeliling rumah atau bilik tidur anda. Penuh dengan pelbagai barangan dan nampak ‘semak’.
Apa yang ditunggu lagi, asingkan yang mana masih boleh digunakan. Mana-mana yang rosak dan tidak diperlukan lagi, buangkan sahaja! Sekarang adalah masa terbaik untuk anda mengubahnya menjadi istana idaman.
3) Aktiviti Untuk Kesihatan Badan
Hari ini juga merupakan saat yang sesuai untuk kita menghabiskan masa bersama-sama keluarga atau rakan-rakan dengan aktiviti yang boleh memanaskan badan.
Disebabkan komitmen adan kekangan masa sewaktu bekerja anda mungkin jarang bersenam. Jadi, apa kata petang nanti anda ajak family atau kawan-kawan berjoging, berenang, bermain badminton atau berbasikal di taman. Boleh keluarkan peluh dan sihatkan badan.
4) Menziarahi saudara-mara atau sahabat andai.
– Kadang-kadang kita hanya menziarahi saudara-mara atau sahabat andai bila tiba Hari Raya sahaja. Apa kata, hari ini anda ambil sedikit masa untuk menziarahi saudara-mara atau sahabat andai supaya anda dapat menjalinkan hubungan silaturrahim yang kuat.
– Dengan kita menziarahi, sedikit sebanyak kita dapat mengurangkan tekanan semasa bekerja, kerana bergembira setelah lama tidak berjumpa dengan mereka.
5) Melawat orang sakit
– Jika anda mempunyai keluarga atau rakan anda yang terlantar di hospital, lawatlah mereka dan berdoakanlah kepada mereka supaya cepat sembuh. Dengan kita melawat mereka membuatkan pesakit itu merasakan dirinya dihargai.
– Kepada si isteri yang mempunyai minat dalam masakan tetapi agak sibuk semasa bekerja, tidak mengapa kerana anda bakal mencubanya di hari cuti ini. Luangkan masa di rumah untuk menyiapkan resepi seperti kuih-muih, biskut atau masakan lain.
– Jangan lupa ajak sekali si dia tersayang membantu anda supaya dapat mempercepatkan keadaan. Sudah pasti anda akan berasa lebih gembira apabila berpeluang menghabiskan masa cuti ini tersayang.
Jom terjah post yang lain untuk mendapatkan informasi berguna untuk anda.
| Kecantikan | Gaya Hidup | Kesihatan | Keluarga | Saji |
No Comment