Ada Apa?Buletin

UPSR 2014 Penuh Tragik

UPSR 2014 - women online magazine

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kisah kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang melibatkan kertas peperiksaan subjek Sains.

Sepatutnya peperiksaan UPSR 2014 akan berakhir pada minggu lalu bagi calon peperiksaan UPSR 2014 darjah 6, tetapi malang tidak berbau apabila soalan UPSR 2014 bocor sehingga memaksa Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat keputusan peperiksaan UPSR 2014 bagi subjek Sains diadakan pada 30 September 2014.

Media sosial seperti Whatapps, Facebook dan juga Twitter menjadi medium penyebaran kertas soalan UPSR yang bocor. Sudah jatuh ditimpa tangga, tidak cukup dengan kebocoran kertas soalan Sains UPSR 2014, kali ini kertas soalan Bahasa Inggeris UPSR 2014 turut tidak terlepas menjadi “mangsa” kebocoran. Ini merupakan kertas kedua UPSR yang bocor selepas kertas soalan subjek Sains.

Oleh itu, seramai 473,175 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu menduduki semula kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 berikutan berlaku kebocoran soalan. Lembaga Peperiksaan turut mengumumkan ujian kertas Bahasa Inggeris itu akan turut diadakan pada 30 September 2014. Namun kebocoran kertas soalan UPSR itu bukan terhad kepada soalan peperiksaan sahaja,malah skema jawapan turut tersebar luas di Internet.

Ekoran kejadian ini, Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Perdana Menteri meminta maaf kepada semua calon dan ibu bapa mereka. Menurut beliau lagi, satu jawatankuasa bebas akan dilantik dalam masa terdekat melibatkan pegawai berpengalaman dalam menguruskan peperiksaan umum bagi memastikan integriti dan kerahsiaan peperiksaan tidak lagi dikompromi. Selain itu, Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang.

Lembaga Peperiksaan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab dan seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan.Dalam pada itu, berita mengenai kertas soalan Matematik yang turut bocor masih dalam siasatan Kementerian Pendidikan malaysia (KPM) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

WOM.my bersimpati dengan nasib pelajar-pelajar Tahun 6 yang sudah melakukan persiapan rapi menjelang peperiksaan. Semoga adik-adik ini diberikan kekuatan menghadapi permasalahan ini serta dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Diharapkan kumpulan dan individu yang terlibat dalam pembocoran kertas soalan UPSR 2014 dihadapkan muka pengadilan secepat mungkin supaya ia menjadi pengajaran ke semua.

Kredit foto: akamaihd

Andakah anda betul-betul faham apa itu GST? Ketahuinya di sini.

 

Previous post

Segera, Turunkan Berat Badan Anda Dengan 6 Pilihan Makanan Ini!

Next post

Atasi Masalah Muka Berjerawat & ‘Hitam’ Ketika Mengandung

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *