Ada Apa?Buletin

Yayasan Pink Ribbon Wellness (L) Lancarkan Simposium Life Beyond Breast Cancer 2015

anda Tanda Kanser Payu Dara - women online magazineSimposium pada Mac 2015 bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan untuk menghadapi kanser payudara.

Baru-baru ini Yayasan Pink Ribbon Wellness (L) telah melancarkan Simposium Life Beyond Breast Cancer 2015. Simposium berkenaan akan berlangsung mulai 19 Mac sehingga 21 Mac 2015 di Kuala Lumpur ini turut disokong oleh Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM), Kelab Rotary Bangsar dan Connexion@Nexus. Ia akan memaparkan pembentangan oleh 80 doktor mengenai pelbagai topik, antaranya berkenaan wanita muda yang hidup dengan kanser payudara, kehamilan selepas kanser, pemakanan sewaktu berhadapan kanser, mencegah kanser payudara yang berulang dan risiko genetik penyakit berkenaan.

Satu siri bengkel dan perkongsian maklumat oleh bekas pesakit kanser juga menjadi sebahagian daripada agenda buat symposium yang berlangsung selama tiga hari dua malam di Connexion@Nexus, Bangsar South City Kuala Lumpur.

“Simposium Life Beyond Breast Cancer membawakan pakar-pakar daripada pelbagai bidang yang menyediakan maklumat penting yang mungkin tidak diketahui oleh pesakit kanser. Topik yang diketengahkan ternyata penting untuk memberi impak positif kepada kehidupan pesakit kanser payudara dan juga penjaga mereka, doktor serta jururawat,” kata Datuk Dr M Devanand, Pengasas dan Pengerusi Yayasan Pink Ribbon Wellness (L).

Simposium berkenaan akan dikendalikan dalam tiga bahasa untuk kemudahan hadirin yang menyertainya. Yayasan tersebut menawarkan yuran sebanyak RM600 untuk peserta yang mendaftar awal, bermula sekarang sehingga 30 November 2014, manakala yuran untuk mereka yang mendaftar di antara 1 Disember 2014 sehingga 31 Januari  2015 adalah sebanyak RM750.

Datuk Dr M Devanand menambah, “Yayasan menyediakan subsidi sebanyak 40 peratus untuk peserta awal yang mahu menyertai simposium tersebut. Matlamat kami adalah untuk meningkatkan kesedaran, bertukar pengetahuan dan idea mengenai kanser payudara supaya mereka lebih faham tentang penyakit berkenaan dan membantu untuk menyebarkan maklumat tersebut kepada orang di sekeliling mereka.”

Untuk syarikat-syarikat korporat terutama dalam bidang farmaseutikal atau mempunyai produk dan perkhidmatan berkaitan kanser payudara seperti suplemen/pemakanan, makanan kesihatan, senaman, pengurusan tekanan atau produk kecantikan, terdapat peluang untuk membuka ruang pameran pada simposium berkenaan.

Pada majlis pelancaran berkenaan, Yayasan Pink Ribbon Wellness (L) turut memperkenalkan aplikasi telefon mudah alih MyPinkHealth untuk Apple dan Android (menerusi browser), yang direka untuk menyediakan berita dan maklumat terkini mengenai kanser payudara serta menyebarkan informasi tentang kesemua aktiviti Yayasan. Aplikasi telefon mudah alih itu percuma dan tiada yuran untuk pendaftaran.

Untuk menyediakan lebih banyak faedah kepada bekas pesakit kanser payudara, Yayasan juga memperkenalkan kad yang dinamakan “Medal of Pink”, khas untuk semua bekas pesakit kanser payudara yang mana pemegang kad layak menerima kadar diskaun di kedai terpilih yang menjalin usahasama seperti LifeCare Diagnostics Medical Centre, Pharmacie, Natucos MediSpa, Celebrity Beaute, Worthy Media Sdn Bhd, GTF Retail Sdn Bhd, SkinSense Sdn Bhd dan Peekaboo Sdn Bhd. Terdapat yuran pentadbiran sebanyak RM10 yang perlu dibayar sekali saja dan kad tidak perlu diperbaharui.

“Yayasan Pink Ribbon Wellness (L) menggalakkan bekas pesakit kanser payudara untuk mengambil peluang pada simposium ini dan aktivitinya yang turut menghimpunkan bekas pesakit yang lain. Sokongan dan sesi suai kenal adalah langkah tepat bagi memastikan kehidupan yang lebih bermakna selepas menghadapi kanser payudara,” kata Datuk Dr M Devanand.

<<  Ketahui punca payudara lembik dan kendur di sini.

Previous post

Apa Nak Buat Bila Cinta Bertepuk Sebelah Tangan? Lupakan @ Teruskan Menagih Kasih

Next post

Kotex® Luxe Ultrathin Menyerap 3x Lebih Pantas

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *