Makna Di Sebalik 9 Warna Bunga Ros Yang Patut Anda Tahu
Kredit foto: fanpop
Bunga Ros.Anda pernah menerima pemberian bunga ros? Sekuntum bunga ros boleh membawa sejuta makna yang tersendiri.
Sungguhpun begitu, pemberian bunga ros merah tidak semestinya membawa erti sebuah percintaan.Bagaimana jika anda menerima sekuntum bunga ros berwarna lain? Anda bingung untuk mentafsirnya? Daripada anda membuat tekaan yang salah, jom ketahui maksud di sebalik warna bunga ros bersama WOM.my.
1. Bunga Ros Merah
Ia membawa erti sebuah cinta yang tulus ikhlas, keghairahan dan juga keberanian. Bunga ros merah boleh dijadikan hadiah untuk menyampaikan mesej bahawa anda sangat mencintai dan sayangkan seseorang, umpama berkata “Aku Cinta Padamu”.Namun, disebabkan populariti bunga ros merah yang sangat meluas, tujuan pemberian bunga ros merah ini menjadi sangat meluas dan kadangkala digunakan untuk tujuan rasmi atau penghargaan.
2. Bunga Ros Pink
Berbeza dengan bunga ros merah, bunga ros pink menunjukkan rasa kegembiraan dan kesyukuran terhadap sesuatu perkara. Selain itu, bunga ros berwarna pink gelap sering digunakan untuk menunjukkan tanda penghargaan dan terima kasih seumpama anda mengucapkan “Terima Kasih”.
Namun, bunga ros berwarna pink cerah pula melambangkan kekaguman dan tanda simpati. Ia juga sering dikaitkan dengan sifat penerima itu sendiri yang mempunyai sifat lemah lembut, comel, ayu, bersopan santun, pemalu dan juga mempunyai sifat kewanitaan yang tinggi.
Baca Juga: Khasiat Bunga Rose Untuk Kecantikan Wanita
3. Bunga Ros Kuning
Bunga ros kuning pula membawa maksud persahabatan, kegembiraan, kelegaan dan juga kebebasan. Namun, ada sesetengah yang mengatakan bahawa bunga ros kuning memberi maksud permulaan dalam melakukan sesuatu yang baru.
Anda juga boleh menggunakan bunga ros kuning untuk mengucapkan tahniah kepada rakan atau kekasih pada hari yang menggembirakan seperti pada hari graduasi.Warna kuning sering dikaitkan dengan warna matahari. Sifat matahari yang bermanfaat untuk kehidupan lain digunakan sebagai simbol kepada warna bunga ros kuning. Ia lebih kepada perhubungan dan bukannya perasaan.
4. Bunga Ros Putih
Putih melambangkan kesucian, pengakuan, kemurnian dan juga kerohanian. Sejak dahulu lagi, bunga ros putih digunakan sebagai luahan cinta sejati yang suci berbanding dengan bunga ros merah yang membawa maksud luahan cinta yang penuh dengan keghairahan perasaan pada pasangan.Biasanya, bunga ros putih dijadikan sebagai gubahan bunga pengantin yang menggambarkan kegembiraan cinta pada hari bahagia.
Baca Juga: Cinta Bertepuk Sebelah Tangan
5. Bunga Ros Ungu
Jika anda mendapat hadiah pemberian bunga ros berwarna ungu, itu bermakna anda telah mendapat cinta dari pandang pertama. Anda juga boleh menggunakan bunga ros ungu untk menyampaikan suatu mesej istimewa tanda cinta yang sangat mendalam sehingga tidak tertanggung rasanya.Warna ungu juga sinonim sebagai lambang keagungan, kemegahan serta kemewahan.
6. Bunga Ros Oren
Warna oren biasanya memberi mesej seperti keghairahan dan keinginan yang tulus murni, kebanggaan serta semangat yang tinggi.Ia merupakan suatu pilihan yang bagus untuk menunjukkan harapan anda untuk mempunyai perhubungan yang lebih panjang. Ia juga sesuai untuk menggambarkan perkongsian perniagaan yang baru.
Warna oren adalah hasil daripada campuran warna kuning dan merah. Jadi, bunga ros oren lebih mudah untuk difahami sebagai cubaan untuk membawa perhubungan lebih serius lagi iaitu daripada seorang kawan kepada cinta sejati
Baca Juga: Ketahui 5 Rahsia Hati Lelaki
7. Bunga Ros Hitam
Bunga ros hitam atau bunga ros berwarna merah gelap membawa erti permulaan yang baru, kelahiran semula ataupun kematian. Ia mungkin digambarkan sebagai tanda selamat tinggal dan boleh juga memberi mesej positif seperti permulaan yang baru.Namun, bunga ros jenis ini adalah yang paling sukar untuk ditemui.
8. Bunga Ros Biru
Biru merupakan suatu warna yang tenang, tetapi bunga ros biru membawa erti mustahil atau tidak dapat disempurnakan. Bunga ros biru tidak boleh didapati secara semulajadi dan ia hanyalah buatan semata-mata. Jadi, amatlah sesuai jika diberikan untuk menunjukkan hubungan itu adalah mustahil dan tidak dapat diteruskan.
9. Bunga Ros Hijau
Hijau melambangkan ketenangan, kedamaian dan juga kesetiaan. Oleh itu, bunga ros hijau lebih kepada perhubungan percintaan yang penuh dengan kedamaian serta kesetiaan.
Baca Juga: Tips Tawan Hati Lelaki Pendiam
Bagaimana pula dengan jumlah bilangan bunga ros? Adakah ia juga memberi maksud yang lain atau sebagainya?
- Sekuntum Bunga Ros
Melambangkan cinta pandang pertama dan “kaulah satu-satunya untukku”.
- 2 Kuntum Bunga Ros
Saling menyayangi antara satu sama lain
- 3 Kuntum Bunga Ros
“Aku cinta padamu”.
- 6 Kuntum Bunga Ros
“Aku ingin menjadi milikmu”.
- 7 Kuntum Kuntum Bunga Ros
“Aku tergila-gilakan kamu”.
- 9 Kuntum Bunga Ros
Cinta abadi hingga ke hujung nyawa
- 10 Kuntum Bunga Ros
“Kamu terlalu sempurna untukku”.
- 11 Kuntum Bunga Ros
“Kau adalah yang paling berharga”.
- 13 Kuntum Bunga Ros
Peminat rahsia
- 15 Kuntum Bunga Ros
“Saya minta maaf, tolong maafkan saya”.
- 20 Kuntum Bunga Ros
“Percayalah, aku sangat jujur terhadap dirimu”.
- 100 Kuntum Bunga Ros
“Aku akan mencintaimu sepanjang hidupku”.
Info Ekstra!
- Mencium bau bunga ros dapat menguatkan daya ingatan anda yang mudah lupa.
- Meredakan kebimbangan dan kemurungan pada seseorang.
- Menenangkan ketegangan saraf dan emosi serta perasaan.
- Melancarkan kitar haid dan masalah rahim.
- Mengandungi vitamin A ,B3, C, D dan E.
- Menghilangkan sakit kepala dan pening.
- Merawat jangkitan pada kawasan mata.
- Meredakan sakit tekak.
- Merangsang pertumbuhan tisu dan penghasilan kolagen (awet muda).
- Menghilangkan keletihan.
Nota Kaki: SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda supaya mereka juga tahu makna tersirat di sebalik pemberian bunga ros tersebut.
<< Singkap keperibadian diri anda melalui warna lipstik di sini.
No Comment