Ada Apa?

4 Manfaat Terapi Ikan Untuk Kesihatan Manusia

Terapi Ikan - woman online magazine

Kredit Foto : ansideng

Terapi Ikan.Ternyata kini rawatan spa ikan semakin popular dan dikatakan mampu membuatkan tubuh menjadi lebih segar dan sihat.

Ikan-ikan yang menggigit kaki yang dimasukkan ke dalam kolam akan membuatkan kaki menjadi lebih relaks dan ringan. Jenis ikan yang digunakan juga bukan sembarangan ikan.

Berikut beberapa perkara manfaat terapi ikan buat kesihatan manusia. Jangan lupa atau takut untuk mencubanya!

 

  1. Meredakan Stress

Tentu ramai di antara kita yang terhimpit dengan pelbagai masalah.Tekanan atau stress yang dihadapi perlu diredakan supaya tidak merosakkan sistem tubuh kerana banyak penyakit berpunca daripada stress. Ketika anda melakukan terapi ikan di tempat yang tenang secara automatik fikiran anda juga berasa tenang. Sensasi gigitan ikan akan menimbulkan rasa yang cukup menyenangkan buat tubuh dan mental anda sehingga anda boleh melupakan semua yang berserabut di otak!

 

Baca Jug: Makanan Mencerdaskan Otak

 

  1. Baik Untuk Kulit

Sewaktu ikan-ikan tersebut menggigit kulit kaki anda, ia akan mengeluarkan satu enzim yang dinamakan ‘dithranol’. Enzim ini boleh membantu ikan-ikan tersebut mengelupas sel kulit mati pada bahagian kaki anda secara semulajadi.

Selain itu, gigitan ikan-ikan tersebut juga akan membantu kulit kaki agar menjadi lebih sihat kerana sel-sel kulit yang sudah keluar dan membentuk proses pertumbuhan kulit yang lebih baik lagi. Efeknya adalah ketika anda keluar dari kolam, kulit kaki akan menjadi lembab dan sihat.

 

Baca Juga: Atasi Masalah Bau Kaki

 

  1. Menurunkan Lemak

Lemak memang tidak elok untuk tubuh terutama jika memiliki lemak yang berlebihan. Untuk mengatasinya anda boleh mencuba untuk melakukan terapi ikan. Ikan-ikan tersebut akan menggigit beberapa bahagian kaki secara menyeluruh.

Efek gigitan ikan untuk menurunkan lemak memang tidak terjadi secara serta merta. Ia terjadi ketika otot dan saraf pada bahagian kaki mendapatkan urutan lembut dan membuat sistem ini berjalan untuk semua bahagian tubuh. Urutan yang terhasil melalui gigitan ikan ini juga boleh melancarkan proses metabolisme sehingga kandungan lemak dalam tubuh anda menjadi tidak terlalu banyak.

 

Baca Juga: Bakar Lemak

 

  1. Melancarkan Perjalanan Darah

Kesan sampingan daripada terapi ikan ini juga elok untuk membantu melancarkan perjalanan darah. Gigitan ikan pada bahagian kaki boleh membuatkan reaksi pada bahagian saraf. Inilah yang membuat kaki anda menjadi lebih ringan di saat melangkah keluar dari kolam.

Gigitan ikan-ikan tersebut turut memberikan urutan yang sangat lembut buat kaki sehingga anda kaki anda berasa tidak penat atau lenguh ketika berjalan. Bahkan gigitan ikan terasa seperti anda sedang melakukan refleksi kaki.

 

Nota Kaki: Jom, SHARE artikel ini.

<< Ketahui cara mengatasi jerawat di kepala di sini.

 

Previous post

5 Makanan Berkolesterol Yang Wajib Anda Elakkan

Next post

Resepi Cekur Manis Udang Kering

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *