Pemakanan Lebih Sihat & Menyenangkan Di Bulan Puasa
Peralatan dapur Philips mengukir laluan untuk pemakanan sihat lebih menyenangkan untuk seluruh umat Islam sempena bulan Ramadan ini.
Menurut satu tinjauan yang dilakukan oleh Philips dan telah disiarkan pada tahun lalu, 25% rakyat Malaysia meluangkan lebih masa di dapur sewaktu Ramadan berbanding pada waktu lain sepanjang tahun sebagai usaha untuk makan dengan lebih sihat. 61% penganut agama Islam di Malaysia percaya, pemakanan sihat penting untuk diri dan keluarga mereka, namun mereka akui bahawa pemakanan sihat adalah tabiat yang sukar untuk diamalkan. Menyediakan hidangan Iftar yang sihat adalah satu daripada cabaran terbesar dirasai oleh 32% daripada responden Malaysia kerana ia membabitkan waktu persiapan yang lebih panjang.
“Philips telah mengabadikan diri untuk memperbaiki kehidupan orang ramai menerusi inovasi bermakna dan kami menyedari betapa pentingnya peranan peralatan dapur dalam menyumbang kepada gaya hidup sihat di kalangan masyarakat Islam di Malaysia,” kongsi Muhammad Ali Jaleel, Pengurus Negara bagi Kumpulan Syarikat Philips di Malaysia dan Pengurus Besar, Gaya Hidup Pengguna bagi Philips Malaysia. “Seperti tertera dalam tinjauan itu, sewaktu Ramadan, rakyat Malaysia lebih berhati-hati tentang hidangan yang mereka dan keluarga nikmati sewaktu Iftar. Rangkaian peralatan dapur kami direka untuk menyokong pengguna dan keluarga, selain membantu mereka mengamalkan gaya hidup yang sihat – menerusi penggunaan teknologi inovatif yang menjimatkan masa, memudahkan dan tidak mengkrompomi rasa dan nilai nutrisi dalam setiap hidangan.”
Untuk membantu masyarakat Islam dengan persiapan masakan di rumah yang sihat sewaktu Ramadan, rangkaian peralatan dapur inovatif Philips seperti Philips Airfryer dan Philips Pressure Cooker menawarkan persiapan dan waktu memasak lebih cepat. Di samping itu juga terdapat pelbagai pilihan masakan yang dapat menyumbang pada gaya hidup pemakanan sihat untuk seluruh keluarga.
Airfryer Koleksi Digital Philips Viva
Peminat makanan bergoreng tak perlu meninggalkan terus hidangan Ramadan kegemaran seperti ayam goreng. Philips Airfryer boleh menyediakan makanan bergoreng kegemaran dengan sehingga 80% kurang lemak, membenarkan masyarakat Islam untuk menikmati hidangan tanpa rasa bersalah 100 peratus. Sama ada menggunakan sedikit minyak atau tidak, Philips Airfryer membakar, memanggang dan menggoreng-angin hidangan rumah lazat dalam masa beberapa minit.
Dengan Teknologi Rapid Air Philips, Philips Airfryer menggunakan udara untuk memasak makanan bernutrisi yang rangup di luar dan lembut di dalam dengan 80% kurang lemak, tanpa mengorbankan rasanya. Daripada ayam goreng dan kentang goreng kepada snek dan manisan, menyediakan hidangan buka puasa sihat untuk keluarga dan rakan handai tidak pernah semudah ini.
Periuk Tekanan Koleksi Philips Viva
Dengan ramai penganut Islam memetik tempoh persiapan yang panjang sebagai cabaran untuk pemakanan sihat, Periuk Tekanan Koleksi Viva Philips menawarkan satu penyelesaian yang membantu menjimatkan masa sambil mengekalkan rasanya. Periuk tekanan itu akan melembutkan makanan dalam masa beberapa minit dengan tetapan memasak yang pelbagai untuk hasil yang cepat dan lazat.
Jimat masa dengan memasak nasi lebih awal menggunakan fungsi kekal panas bernutrisi pada Periuk Tekanan Philips yang boleh memastikan nasi kekal segar sehingga 12 jam tanpa kehilangan nilai nutrisi dan rasanya. Program memasak yang pelbagai padanya membolehkan pengguna memasak pelbagai hidangan lazat daripada bubur ke daging kambing rebus ke sup ayam malah kek dalam separuh masa yang biasa diambil – dengan ciri membakar bernutrisi untuk memperoleh rasa rangup pada makanan yang dibakar.
<< Ketahui cara berkesan hilangkan karat periuk dan kuali di sini.
No Comment