Tandas Tersumbat Gara-Gara Wanita Pengotor!
Tandas Tersumbat. Membayangkan sahaja keadaan tandas yang tersumbat sudah cukup menjijikkan. Apatah lagi, terpaksa berhadapan!
Tandas tersumbat ini boleh berpunca daripada bekas plastik, tuala wanita, sabun mandi,pewangi tandas,lampin bayi pakai buang, puntung rokok dan pelbagai lagi yang terjatuh atau disumbat ke dalam lubang tandas.
Namun, yang paling ketara sekali adalah disebabkan oleh tuala wanita. Ia merupakan antara punca kebocoran saluran paip kumbahan akibat tersumbat yang berlaku di kediaman mahupun tandas-tandas awam.
Wanita dan haid atau ‘period’ memang tidak dapat dipisahkan. Namun, disedari ataupun tidak, ada ramai wanita yang gemar membuang tuala wanita ke dalam lubang tandas, sedangkan mereka sendiri tahu menjaga kebersihan itu amat penting.
Perbuatan membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas jelas menujukkan sikap anda sebagai wanita yang pengotor dan mementingkan diri sendiri tapa memikirkan orang lain.
Membuang tuala wanita ke dalam lubang tandas boleh menyebabkan tandas tersumbat.Bahan kotor tersebut bergumpal dan tersekat di dalam paip sehingga menyebbabkan laluan airnya menjadi tersumbat sehingga berlaku kebocoran paip disebabkan tidak dapat menampung tekanan yang tinggi apabila tandas dipam.
Cara terbaik, kalau dah malas sangat nak cuci kesan darah pada tuala wanita tersebut, anda balutkannya kemas-kemas dengan kertas atau suratkhabar. Setelah itu, barulah dibuang ke dalam tong sampah yang telah disediakan itu. Tak susah mana pun, kan…
Memanglah kita boleh hubungi petugas syarikat pembentungan negara, Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK), untuk memeriksa punca sebenar tandas yang tersumbat.
Tapi, kalaulah tandas kita itu tersumbat hanya kerana disebabkan tuala wanita yang dibuang ke dalam lubang tandas, tak ke malu tu! Fikir-fikirkan ya…
<< Baca juga kisah tentang sanggupkah anda minum air kotor?
No Comment