8 Perkara Yang Tak Boleh Anda Buat Bila Main Bola Baling
Kredit Foto: olympicgirls.files.
Bola baling.Ia merupakan permainan yang mudah dan sinonim dengan permainan di sekolah. Bola baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan dan juga di padang.
Malah,peralatan yang diperlukan juga tidak banyak iaitu padang atau gelanggang (tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujuh orang sepasukan). Jom kenali serba sedikit permainan bola baling ini.
3 Kemahiran Asas Bola Baling
3 kemahiran asas tersebut ialah:
- Hantaran bola.
- Menangkap bola.
- Menjaringkan bola.
Baca Juga: Manfaat Jalan Kaki
Peraturan Permainan Bola Baling
1. Gelanggang permainan
Gelanggang permainan berukuran 20 meter kali 40 meter. Garisan kawasan gol atau garisan 6 meter adalah merupakan garisan paling penting. Semua pemain kecuali penjaga gol dibenarkan berdiri di dalam kawasan gol. Tiang gol adalah 2 meter tinggi dan 3 meter lebar. Pemain boleh mendarat dirat di dalam kawasan gol selepas menjaringkan gol.
2. Bola
Dalam perlawanan bola baling,dua biji bola akan disediakan bagi setiap perlawanan yang telah diperiksa dan disahkan oleh pengadil. Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah berwarna yang tidak terlalu keras. Bola saiz 2 digunakan untuk kumpulan wanita dan kumpulan lelaki bawah umur 12 tahun,manakala bola saiz 3 digunakan untuk kumpulan lelaki 15 tahun ke atas. Bola saiz 1 pula digunakan untuk permainan bola baling mini bagi kumpulan umur 8 tahun ke bawah.
3. Bilangan Pemain
Satu pasukan bola baling mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan, 6 orang pemain gelanggang dan seorang penjaga gol akan berada di dalam gelanggang. Manakala,pemain gantian boleh menggantikan pemain di dalam gelanggang pada bila-bila masa dengan syarat pemain di dalam gelanggang keluar terlebih dahulu sebelum pemain pengganti masuk.
4. Pakaian
Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain perempuan bola baling terdiri daripada baju lengan pendek atau panjang, seluar pendek, stoking dan kasut biasa atau but. Penjaga gol pula mesti memakai warna baju yang berbeza dengan pemain gelanggang pasukan sendiri atau pemain gelanggang pasukan lawan. Nombor pemain adalah dari No.1 hingga No.20. Pemakaian segala alat yang dianggap berbahaya kepada pemain-pemain seperti barang kemas, jam dan yang seumpamanya bagi mengelakkan kecederaan.
5. Pengadil
Seorang pengadil gelanggang dan seorang pengadil gol akan bertugas dan keputusan mereka adalah muktamad. Pengadil-pengadil ini akan dibantu oleh seorang penjaga masa dan seorang pencatat.
Baca Juga: Cara Hilangkan Bulu Kaki
6. Tempoh Permainan
Bagi kumpulan lelaki 12 tahun ke atas, tempoh permainan ialah 7 minit setiap separuh masa dengan 1 minit rehat. Manakala bagi semua kumpulan berumur 18 tahun ke bawah (lelaki dan perempuan), tempoh permainan ialah 20 minit setiap separuh masa dengan 10 minit rehat.Pasukan akan bertukar gelanggang bagi setiap separuh masa.
7. Jaringan Gol
Gol dikira apabila keseluruhan bola melepasi garisan gol di antara dua tiang gol. Gol-gol boleh dijaringkan dari mana-mana jenis balingan kecuali balingan referi.
8. Hukuman
Pengadil boleh memberikan balingan percuma kepada pihak lawan sekiranya pasukan tersebut melakukan kesalahan. Jika kesalahan yang lebih serius dilakukan,pengadil boleh memberikan hukuman seperti:
- Amaran (Kad Kuning).
- 2 minit penggantungan.
Perkara Yang Dibenarkan Dan Dilarang Ketika Bermain Bola Baling
Pemain dibenarkan:
- Mengambil 3 langkah dengan bola.
- Memegang bola maksimum 3 saat.
- Menjunam untuk mendapatkan bola.
Pemain tidak dibenarkan:
- Membahayakan pihak lawan dengan atau tanpa bola.
- Merampas, memukul atau menumbuk bola dari kawalan pihak lawan.
- Menggunakan bahagian anggota di bawah lutut.
Jom jadikan permainan bola baling ini sebagai satu riadah bersama rakan-rakan anda dan jangan lupa SHARE artikel ini.
<< Singkap rahsia keperibadian melalui warna lipstik pilihan di sini.
No Comment