Bengkel Jom Cantik & Sihat, Meriah Dan Banyak Manfaat
Baru- baru ini telah berlangsung Bengkel Jom Cantik dan Sihat, anjuran Women Online Magazine (WOM.my).
Bengkel buat julung-julung kalinya ini merupakan anjuran WOM.my bersama FIT Club (Kelab Sri Muka).Bengkel yang bertemakan Cantik & Sihat ini berlangsung di Space D9 Training Centre, Seksyen 9, Shah Alam, 9 November lalu ternyata cukup bermanfaat. Ia bukan sahaja bertujuan untuk memperkenalkan WOM.my . Sebaliknya turut berganding bahu dengan FIT Club dalam usaha mendidik masyarakat tentang tabiat pemakanan dan gaya hidup sihat.
Bengkel yang berlangsung selama tiga jam ini mendapat sambutan yang meriah daripada para peserta. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dan rata-rata peserta merasakan masa yang diperuntukkan tidak mencukupi. Malahan, sepanjang bengkel ini berlangsung kesemua peserta, baik lelaki dan wanita memberikan komitmen yang baik dan cukup sporting.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah menganalisa badan, di mana para peserta diberikan peluang untuk melakukan analisa badan bagi mengetahui tahap kesihatan tubuh badan mereka secara percuma. Di samping itu mereka juga turut diberikan taklimat kesihatan oleh Cik Yana, selaku Jurulatih Kesihatan berpengalaman yang sangat berguna iaitu berkenaan dengan ‘Epidemik Penyakit dan Statistik’. Ia menyentuh serba sedikit tentang cara untuk mengaplikasi gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian serta bagaimana mengubah tabiat pemakanan yang selama ini mungkin salah.
Suasana semakin rancak apabila para pserta diminta merasai sendiri pengalaman melakukan senaman untuk membakar kalori dengan mudah (FIT Hour) yang dikendalikan oleh jurulatih yang berpengalaman daripada FIT Club. Pelbagai aksi para peserta dapat dilihat. Menariknya, senaman yang mereka lakukan tersebut mampu membakar kalori yang sama banyak seperti anda berjoging selama 30 minit. Wah! Cukup mengagumkan. Dengan melakukan senaman ringkas sebegitu rupa, menitis-nitis peluh yang keluar. Betul-betul membakar kalori!
Di samping itu, para peserta turut dihidangkan dengan tiga jenis minuman nutrisi setiap satu jam. Ini adalah kerana nutrisi merupakan makanan gantian yang disarankan bagi mengekalkan kesihatan di tahap optimum. Nutrisi-nutrisi ini disediakan sendiri oleh ahli FIT Club yang terlatih.
Seterusnya, bengkel ini diselitkan dengan acara promosi program 8020 daripada ahli FIT Club bagi menggalakkan para peserta untuk sentiasa tampil cantik dan sihat dengan melakukan pelbagai aktiviti senaman dan larian.
Sebelum berakhir, aktiviti diteruskan dengan taklimat ringkas berkenaan segmen-segmen menarik yang terdapat dalam WOM.my. Segmen ini diterangkan oleh Anie Mohamed, selaku Editor Women Online Magazine. Acara kemuncak bengkel ini diteruskan dengan aktiviti cabutan bertuah serta pemberian ‘goodies bag’ yang ditaja oleh Kotex dan minuman sihat Yeo’s.
Bengkel ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama para peserta dan pihak penganjur. Kesemua peserta memberikan komen yang positif tentang bengkel ini dan berharap agar ia dapat diteruskan lagi bagi menggalakkan semua masyarakat agar mengamalkan gaya hidup sihat serta mengambil berat tentang kepentingan nutrisi dalam kehidupan seharian.
Klik di sini untuk lihat galeri Bengkel Jom Cantik & Sihat
Terima kasih buat semua, khususnya Fit Club, Space D9 Training Centre, Seksyen 9, Shah Alam, Kotex dan Yeo’s kerana menjayakan Bengkel Jom Cantik & Sihat ini. Jumpa lagi di bengkel-bengkel anjuran WOM.my yang akan datang.
Penaja (goodies bag):
Kredit foto: terima kasih Daz (Space D9 Training Centre) & Yan
<< Mencari kasut atau sandal yang sesuai dan selesa untuk dipakai? Baca di sini.
No Comment