Perodua Axia, Betul-Betul Jimat Minyak!
Ramai di antara kita yang masih binggung dalam memilih kenderaan yang sesuai buat kita dan juga keluarga.
WOM.my ada jawapannya! Bagi anda yang masih tercari-cari sebuah kereta yang senang dipandu, praktikal, mempunyai ruang yang luas dan selesa, menjimatkan minyak, dan yang paling penting harga yang murah dan berpatutan, Perodua Axia adalah pilihan yang paling tepat.
Kini, ia dilihat sebagai sebuah kereta dengan fokus terhadap penjimatan tenaga dan ditawarkan pada harga bermula sekitar RM24, 900.
Bercerita penggunaan namanya, Perodua Axia dikatakan merupakan gabungan perkataan “Asia” dan huruf “S” digantikan dengan “X” yang menandakan ia merupakan model ke-sepuluh daripada Perodua.
Di samping dengan harga yang berpatutan, kereta Perodua Axia juga merupakan kereta model pertama keluaran negara yang dikategorikan sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV – Energy Eficient Vehicle) selain didatangkan dengan jaminan pengeluaran selama lima tahun yang pertama seumpamanya bagi Perodua. Berbaloi, bukan?
Perodua Axia sudah semestinya merupakan kereta jimat minyak, malah mengatasi model Viva. Dengan enjin baru 1KR (all-aluminium 1.0 litre engine) Perodua Axia menjanjikan penjimatan minyak sehingga 21.6 km per liter! Sekiranya anda mengisi minyak penuh 33 liter, perjalanan anda boleh pergi sejauh 712.8 km! Jimat bukan? Maka Perodua Axia ini amatlah sesuai bagi sesiapa yang mengutamakan penjimatan minyak.
Kereta Perodua Axia ini didatangkan dengan empat varian yang mampu dimiliki iaitu Standard E, Standard G, Edisi Khas serta Advance.
Berikut merupakan senarai varian dan harga:
- Perodua Axia Standard E (1.0 E manual) – RM 24,900 (solid), RM 25,300 (metallic)
- Perodua Axia Standard G (1.0 G manual) – RM 32,800 (solid), RM 33,200 (metallic)
- Perodua Axia Standard G (1.0 G automatic) – RM 34,800 (solid), RM 35,200 (metallic)
- Perodua Axia Special Edition (1.0 SE manual) – RM 37,900 (solid), RM 38,300 (metallic)
- Perodua Axia Special Edition (1.0 SE automatic) – RM 40,900 (solid), RM 41,300 (metallic)
- Perodua Axia Advance (1.0 AV automatic) – RM 44,900 (solid), RM 45,300 (metallic)
Manakala pilihan warna yang ditawarkan mengikut varian adalah seperti berikut;
- Standard E : Ivory White, Glittering Silver
- Standard G : Ivory White, Glittering Silver, Ebony Black, Midnight Blue, Cherry Blossom, Lemon Grass Green
- Special Edition (SE) : Ivory White, Glittering Silver, Ebony Black, Midnight Blue, Sun Flower Yellow, Lava Red
- Advanced (AV) : Ivory White, Glittering Silver, Ebony Black, Midnight Blue, Sun Flower Yellow, Lava Red
* Warna baru: Cherry Blossom, Lemon Grass Green, Sun Flower Yellow, Lava Red.
* Semuanya adalah warna metallic kecuali warna Ivory White & Sun Flower Yellow.
Perodua Axia ternyata pilihan anda yang bijak! Lepas ini lebih mudah anda merancang percutian anda menggunakan kereta ini kerana lebih jimat dan menguntungkan.
<< Jom Lihat juga Kereta terbaru dari Subaru di sini.
No Comment