Kelakarnya Bila Suami Jadi Suri Rumah… Tonton “Mom’s Time Out” di Astro Lifetime Malam Ini!
Jika anda terlepas menyaksikan siri realiti keluarga baharu ‘Mom’s Time Out’ pada minggu lalu, jangan lupa temujanji pada malam ini!
Siri yang menampilkan tiga buah keluarga dari Malaysia, Singapura dan Filipina, yang mana mereka perlu menjalani eksperimen sosial dengan menukar peranan serta tanggunjawab mereka di rumah. Tiga orang ibu telah dipilih untuk pergi bercuti selama lima hari ke Vietnam. Ketiga-tiganya telah meninggalkan sang suami menjadi suri rumah untuk menguruskan anak-anak serta rumahtangga sepanjang percutian mereka itu.
‘Mom’s Time Out’ buat pertama kalinya telah ditayangkan pada 28 Ogos lalu, di Astro Lifetime (709) dan bakal menemui penonton pada malam nie. Ia ditayangkan pada setiap hari Khamis, jam 9 malam selama setengah jam, bakal menyaksikan pelbagai aksi lucu serta menarik apabila melihat sang bapa yang tidak biasa atau kekok bagi memikul peranan serta tanggungjawab untuk mengurus rumah serta anak-anak. Tentu kelakar bila tengok suami-suami ni tak dapat ‘handle’ anak-anak mereka kan…. Sekali sekala biarlah sang suami merasa jadi suri rumah kan!!
Bagi anda yang belum menonton siri realiti keluarga, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya. Cukup menarik kerana ia menggabungkan pebagai negara meliputi Asia dan disatukan dalam sebuah program. Di samping itu, jenama seperti Angsana Lăng Cô, Central Vietnam, KidZania Kuala Lumpur, Sanrio Hello Kitty Town dan The Big Club turut dijadikan sebagai penaja tiga buah buah negara ini.
No Comment