Program Tanggungjawab Sosial Korporat ‘Colourful Dreams’ Nippon Paint
Nippon Paint mengumumkan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ‘Colourful Dreams’ yang memasuki fasa baru bersama rumah kebajikan kanak-kanak.
Nippon Paint menyedari kepentingan untuk melibatkan diri dengan lebih mendalam dengan kanak-kanak ini untuk terus membangunkan mereka sebagai individu. Perancangan pada tahun ini termasuk bengkel membaca (Colourful Reads) dan melukis (Colourful Picasso) untuk menyemai keseronokan belajar di dalam hati kanak-kanak, serta pameran seni untuk menzahirkan bakat kreatif kanak-kanak, di samping terus meneguhkan keyakinan dan kepercayaan diri.
“Kami di Nippon Paint bertekad untuk mewujudkan kesan positif dalam komuniti kita dengan memupuk minda yang kreatif,” kata Gladys Goh, Pengurus Besar Kumpulan Nippon Paint (M) Sdn Bhd.
“Dalam fasa baru ‘Colourful Dreams’ ini, kami berharap dapat terus bekerjasama dengan kanak-kanak dari rumah kebajikan ini yang memerlukan peluang yang lebih besar untuk mengasah kreativiti diri, dan memberikan mereka pentas untuk membangun sebagai individu,” tambah beliau lagi.
‘Colourful Dreams’ direka untuk terus kekal sebagai program pembangunan jangka masa panjang yang menggabungkan seni dan kreativiti sebagai cara pembelajaran. Rumah kebajikan yang telah mendapat manfaat daripada program ini sejak ia dilancarkan pada Jun 2013 termasuklah Pure Life Society, Rumah Juara, Yayasan Gurpuri, Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Rumah Kanak-kanak Rapha di Kuantan, Pusat Kebajikan Vinashini di Seremban, dan yang terkini Rumah Kasih Harmoni di Paya Jaras, Sungai Buloh. Hampir 400 kanak-kanak telah diberikan bantuan.
“Rumah Kasih Harmoni menempatkan 93 kanak-kanak yang berusia antara 3 ke 17 tahun dan kami sungguh gembira rumah kami diipilih oleh Nippon Paint untuk menyertai program ‘Colourful Dreams’,” kata Encik Jamal Wahab, Pengetua/Pengurus Rumah Kasih Harmoni yang juga seorang anak yatim sejak beliau berusia 16 tahun.
“Peluang sebegini adalah suatu penghormatan dan rahmat kepada kanak-kanak di sini, dan kami amat berterima kasih kepada semua individu di Nippon Paint dan PKGG yang telah menjayakannya,” tambah beliau lagi.
Dengan mewujudkan persekitaran fizikal dan sosial yang lebih selesa untuk merangsang kreativiti dan keyakinan diri, ‘Colourful Dreams’ bertujuan menyemai nilai dan pengajaran positif sepanjang hayat mereka
Foto: Nippon Paint
No Comment