Gaya HidupKarier & Wang

Mahu Menjadi ‘Anak Emas’ Bos? Fahami 5 Teknik Budaya Kerja Kelas Pertama

budaya kerja kelas pertama - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Budaya Kerja Kelas Pertama. Apa yang anda fahami tentang teknik budaya kerja kelas pertama?

 

Budaya kerja yang cemerlang adalah antara perkara yang dituntut oleh mana-mana majikan atau organisasi daripada pekerja mereka. Biasanya pekerja yang mempunyai budaya kerja kelas pertama sentiasa akan menjadi ‘anak emas’ kepada majikan mereka.

Apakah itu budaya kerja kelas pertama? Budaya kerja kelas pertama ialah budaya kerja yang menuntut bukan sahaja hasil kerja yang positif dan baik. Bahkan menuntut hasil kerja yang proaktif, berproduktiviti tinggi dan kreatif bagi menjana kecemerlangan sesebuah institusi.

Antara Ciri-Ciri Budaya Kerja Kelas pertama Ialah:

1.     Menepati Masa

Menepati masa yang dimaksudkan di sini terbahagi kepada dua, iaitu menepati masa datang ke tempat kerja atau mesyuarat dan juga melakukan kerja atau tugasan yang diberikan mengikut masa yang sudah ditetapkan. Tidak kira kerja apa yang anda lakukan, ‘masa’ adalah sangat penting!

Anda hendaklah sentiasa datang awal ke tempat kerja seperti yang telah ditetapkan oleh syarikat anda sebelum ini. Ia bagi memastikan keseragaman dan mengelak sebarang permasalahan yang berkaitan dengan kerja, rakan setugas dan majikan anda.

Kerja yang diberikan juga hendaklah disiapkan tepat pada masanya. Ini akan memudahkan organisasi dan syarikat anda bergerak seiring dengan kepantasan masa untuk bersaing dengan yang lain. Elakkan daripada menangguhkan kerja kerana ia bukan sahaja memberi masalah kepada syarikat malah kepada rakan sekerja anda yang mungkin terpaksa bersusah payah disebabkan anda!

 

 

Baca Juga: Cara Menghargai Waktu

 

 

2.     Mahir Menggunakan Teknologi

Kini ialah zaman pasca moden, penggunaan teknologi terutama yang melibatkan IT amatlah meluaskan hingga ia boleh memudahkan segala perbuatan dan kerja yang ingin kita lakukan. Jadi, anda sebagai pekerja, terutama yang melibatkan bidang IT, hendaklah mengambil kesempatan dengan mempelajari dan pandai menggunakan teknologi yang ada.

Ia bukan sahaja menyenangkan segala tugas anda, malah turut membantu anda menyiapkan tugasan anda dengan lebih cepat dan efektif. Ia sekaligus akan membantu organisasi anda mencapai matlamat yang diinginkan.

 

 

Baca Juga: Semangat Yang Hilang

 

 

3.     Jujur dan Amanah

Sebagai pekerja, anda hendaklah sentiasa amanah dan jujur dengan kerja anda. Konsep amanah dan jujur turut ditekankan kepada sesiapa yang bekerja melibatkan wang ringgit seperti akauntan dan juga pihak berkuasa, seperti polis, kastam dan tentera.

Kita hendaklah berpegang teguh dengan janji untuk tidak mengkhianati majikan dan syarikat/organisasi.  Jangan sesekali cuba untuk memecah amanah seperti menggelapkan wang syarikat dan mengambil rasuah untuk kepentingan diri sendiri.

 

4.     Kreativiti

Kreativiti antara perkara yang dituntut daripada kesemua pekerja.Ia bagi memastikan syarikat senantiasa mempunyai idea yang baru untuk memastikan sesuatu organisasi dan syarikat ‘segar’ dan sentiasa inovatif.

Jika anda bekerja di bawah produksi penghasilan produk, kreativiti amat dituntut bagi memastikan produk yang dihasilkan mempunyai pembaharuan dan daya ‘penarik’ yang kuat. Kreativiti juga dituntut untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan tempat kerja anda.

 

 

Baca Juga: Motivasi Diri Untuk Berjaya

 

 

5.     Sifat Kepimpinan Yang Jitu

Sifat kepimpinan yang baik amat penting kepada sesiapa yang menjadi ketua di dalam sesebuah kumpulan, tambahan kepada mana-mana organisasi atau jabatan di sesebuah syarikat atau badan kerajaan.

Sebagai pemimpin, anda hendaklah memastikan setiap gerak kerja di bawah anda sentiasa bergerak dan semuanya berjalan lancar. Amalkan sifat keterbukaan dan terima idea orang yang berada di bawah anda. Wujudkan suasana harmoni di dalam kumpulan anda. Jalankan tanggungjawab anda sebagai ketua kepada kumpulan atau organisasi anda dengan sebaik mungkin.

Sebagai pekerja, jalankan tanggungjawab anda sebagai pekerja dengan baik. Lakukannya ia dengan penuh ikhlas. Ingatlah sesungguhnya bekerja itu adalah antara salah satu ibadah kepada Allah S.W.T. Kerja yang ikhlas pasti akan membawa manfaat kepada keluarga dan kehidupan anda kerana ia adalah sumber utama anda dalam mencari rezeki di muka bumi ini.

 

Nota Kaki:Jika anda merasakan artikel ini menarik, minta SHARE ya. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua.  

<< Jom ketahui 5 tips temuduga berkesan di sini..

Previous post

5 Rahsia Awet Muda Sehebat Selebriti

Next post

Santai-Santai Hujung Minggu Di Sungai Congkak Recreational Forest

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *