Gaya HidupKarier & Wang

Semak Senarai Barang Yang Dikenakan Gst

Barang Yang Dikenakan Gst - Women Online Magazine

Foto:allmanagement,1.bp

Ramai masyarakat kita di luar sana kurang memahami apa itu Cukai GST. Pihak yang berkenaan pula sering menyampaikan penerangan GST lebih kepada aspek pengiraan teknikal. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab pula menggunakan kecelaruan dan ketidakfahaman masyarakat lain berkaitan GST untuk memburuk-burukkan sistem percukaian tersebut.

Apa itu GST?

GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax). Di beberapa negara ia juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah. Ia bukanlah kerajaan telah menambah lagi cukai sedia ada atau mengenakan cukai ke atas cukai.

Kenapa GST dilaksanakan?

Selama ini kita telah membayar dua cukai serentak dalam Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales and Service Tax –SST) bagi setiap barangan dan perkhidmatan yang kita beli.

  • Cukai Jualan – 10%
  • Cukai Perkhidmatan – 6%

Menjadikan setiap barangan yang kita beli dikenakan cukai 16%. Cukai-cukai ini kadangkala tidak disedari oleh kita kerana tiada dalam bil atau resit pembelian kita.

Dengan adanya GST yang berkuatkuasa pada 1 April 2015, kedua-dua cukai ini akan dihapuskan. Selepas tarikh itu kita hanya dikenakan cukai GST 6% sahaja.

Kenapa GST diperkenalkan?

GST diperkenalkan bagi memperbaiki dan menyusun semula sistem percukaian negara supaya lebih berkesan, saksama, efisien dan telus. Kerajaan mendapati Cukai Jualan dan Perkhidmatan mempunyai kelemahan iaitu;

  • Bagi mengelak cukai terselindung yang menjadi kos kepada harga akhir yang sebenarnya melampau akibat pengambilan untung berlebihan oleh para pemborong, peruncit dan peniaga.
  • Bagi mengelak cukai bertindih yang sebenarnya membebankan para pengguna yang dikenakan cukai sebanyak dua kali.
  • Bagi mengelak caj perkhidmatan yang disembunyikan yang mana ia tidak diisytiharkan oleh para peniaga/penjual barangan di dalam resit dan bil-bil kita bagi meningkatkan margin keuntungan mereka.
  • Bagi mengelak perbuatan segelintir golongan pengilang, pemborong, peruncit dan peniaga yang cuba elak dari bayar cukai dengan tidak isytihar sumber, aliran dan jumlah pendapatan mereka.
  • Bagi mengelak perbuatan khianat ekonomi yang dilakukan oleh segelintir golongan peruncit dan peniaga yang sengaja menyorok barangan, mengurangkan sukatan, memonopoli barang dan memanipulasi harga.

Antara barangan yang di jangka akan turun selepas pengenalan GST 2015 adalah:

  • Harga set televisyen
  • Peti sejuk
  • Pendingin hawa
  • Seterika
  • Pengering rambut
  • Lampin
  • Minuman ringan

Berikut pula antara barangan yang mungkin naik harga disebabkan ianya tidak dikenakan cukai sebelum ini:

Barangan makanan bukan keperluan walaubagaimanapun dikenakan GST seperti:

  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Mi cawan
  • Tempe
  • Keju
  • Marjerin
  • Telur puyuh
  • Minyak jagung
  • Minyak zaitun
  • Biskut
  • Donat
  • Croissant coklat

Jabatan Kastam telah mengeluarkan sebuah buku dengan menyenaraikan barangan yang dikenakan cukai dan tidak dikenakan cukai dan ia boleh dimuat turun dari laman web di http://gst.customs.gov.my/en/cp/SiteAssets/GST%20List%20of%20Sundry%20Goods%20%2815%20JAN%202015%29.pdf

<< Ketahui lebih lanjut apa itu GST di sini

Previous post

Buat Anda Yang Kurang Berselera Untuk Makan, Baca Tips Penambah Nafsu Makan Ini

Next post

5 Keburukan Susu Rendah Lemak Yang Patut Anda Ketahui

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *