4 Cara Betul Buat Duit Online
Kredit Foto: concur
Cara Buat Duit Online. Kini internet telah menjadi salah satu tepat mendapatkan banyak wang dan penghasilannya juga tidak terbatas.
Peluang terbaik ini memberikan anda,tak kira pelajar,mahasiswa yang menganggur mencari pekerjaan ataupun suri rumah yang ingin bekerja dari rumah menjana pendapatan secara online.
WOM.my berikan beberapa tips untuk anda buat duit secara online.
1. Buat Duit Dengan Menulis Artikel
Menarik bukan? Dengan hanya meluangkan masa sejam hingga dua jam sehari, anda mampu peroleh pendapatan tambahan melalui penulisan artikel. Anda cuma perlukan kemahiran menulis sekiranya ingin buat duit secara online ini. Pada awal penglibatan, anda boleh menulis mengenai apa yang anda suka dan minat. Selepas sudah biasa dengan penulisan, anda bolehlah menulis artikel yang berprofil tinggi.
Artikel yang anda tulis haruslah bersifat seperti berikut:
* Menarik untuk dibaca.
* Tatabahasa disusun dengan baik.
* Trend terkini.
* Menggunakan teknik SEO
Baca Juga: Cara Menyimpan Duit Gaji Yang Betul
2. Buat Duit Dengan Kajiselidik
Caranya mudah sahaja buat duit secara online ini, iaitu anda cuma perlu jawab soal selidik dan anda akan dapat bayaran setelah menjawab soal selidik tersebut. Namun anda jangan lupa,kemudahan internet sangat diperlukan jika mahu mencari duit poket lebih melalui kajiselidik ini.
3.Buat Duit Dengan Blog
Blog sangat popular di kalangan anda bukan? Tahukah anda blog juga boleh memberi anda peluang untuk menjana pendapatan. Salah satu cara paling mudah adalah dengan menyediakan tapak iklan untuk disewakan di blog tersebut. Anda bolehlah menawarkan caj atau sewa kepada sesiapa yang ingin mempromosikan atau meletakkan iklan di blog anda. Contohnya, jika ada pemilik butik tudung yang mahu mengiklankan tudungnya di dalam blog tersebut, anda boleh kenakan caj yang berpatutan. Namun, anda dinasihatkan memastikan trafik blog anda sentiasa mantap dan berbaloi untuk pengiklan meletak iklan. Dengan itu,pengiklan tahu bahawa sewaan tapak iklan itu berbaloi dan tidak merugikan mereka.
Baca Juga: Cara Terbaik Simpan Duit
4. Buat Duit Dengan eBay
Ebay adalah satu nama yang tidak asing lagi pada kita. Ia adalah sebuah portal jual beli diatas talian online seperti Lelong.com.my di Malaysia. Hingga ke saat ini, eBay adalah salah satu laman jual beli terbesar dan paling menguntungkan di dunia dan bilangan ahli mendaftarnya sangat ramai. Pastinya anda tertanya-tanya bagaimana ingin buat duit secara online melalui eBay ini. Caranya mudah sahaja, anda cuma perlu menjana pendapatan melalui Dropship di eBay.
Apa itu dropship? Dropship adalah satu perniagaan yang tidak perlu mengeluarkan modal dan simpan stok produk. Anda hanya perlu jual dengan menunjukkan gambar produk sahaja. Antara produk yang boleh anda jual adalah seperti kerusi,meja,pinggan mangkuk,almari,seluar,baju dan sebagainya.
Dropship sangat digemari kerana anda tidak perlu susah payah buat kerja. Hanya carikan produk yang bagus dan pilih pihak dropshipper yang boleh dipercayai. Kemudian dapatkan contoh produk dan ambil gambar produk tersebut untuk diletakkan di laman eBay.
Pelanggan yang ingin membeli produk tersebut akan membayar kepada anda,kemudian anda akan membayar kepada dropshipper sebelum produk itu dibungkus dan dihantar kepada pelanggan tersebut. Senang bukan? Tugas anda cuma menjual dan dapatkan keuntungan dan yang paling menarik adalah anda tidak perlu simpan stok tersebut.Apa yang penting adalah anda mestilah mengetahui teknik yang betul dan berkesan.
Baca Juga: Cara Pengurusan Wang Paling Bijak
Tips Berjaya Buat Duit Dengan eBay:
- Anda seharusnya terlebih dahulu mempunyai akaun di eBay
- Dapatkan idea tentang produk yang ingin dijual
- Dapatkan produk yang ingin dijual dengan harga yang sangat murah
- Dapatkan info kos untuk membungkus barang dan juga kos penghantaran luar negara
- Jual dengan harga di dalam nilai mata wang dollar USD$
Nota Kaki:Pendek kata,anda juga boleh menambah duit melalui online. Kadang-kala berbaloi-baloi keuntungan yang anda dapat dan jangan lupa SHARE artikel ini ya!
<< Ketahui “kunci” untuk menjadi kaya raya di sini.
No Comment